SLOT 5

4.9K 102 11
                                    

Hutan Melintang, Perak.

Tipikal orang Melayu kampung biasanya bila nampak orang turun dari kereta besar masing-masing akan intai keluar tingkap. Ada yang jenis time itu lah nak menyapu halaman rumah, nak angkat kain dekat ampaian. Sebab tu drama dalam tv memang tak boleh dipersetankan. Aku cuma berjumpa dengan kawan kawan mak yang sentiasa tolong mak bila kami susah walau pun mereka pun susah. Yang lain bila nampak mak turun kereta, mereka macam segerombolan lembu betina yang tak ada pendirian. Banyak sebenarnya yang dengki dekat mak bila berniaga pagi petang laris. Lepas tu tiap awal subuh kami datang ke gerai dengan kuih-kuih dan nasi lemak, mesti ada taburan beras kunyit pelik-pelik dekat depan gerai. Setakat digelar Janda Gatal adalah benda biasa bagi mak. Masakan mak nak menggatal kalau kerja dia hari hari menggentel kuih? Sedangkan suami sendiri yang nakkan Mak. Tapi cerita lagi hebat bila Papa selalu datang ke gerai Mak dan beli kuih banyak-banyak. Dituduh pula mak ada guna-guna untuk Dato' .

Pernah sekali bila aku terdengar mak cik dikedai runcit mengata mak aku macam macam. Dengan geramnya aku baling beberapa biji telur ayam ke arah mak cik mak cik tua yang tak ada kerja lain selain mengumpat. Dan ya-- Dia sedang ada di hadapan aku sekarang. Memories.

Aku dan Fahmi cuma duduk sebentar sahaja di dalam rumah Mak Cik Enon. Kemudian Fahmi dah tak senang duduk ajak aku  pergi Teluk Intan. Mak seperti mengesot ke arah kami.

"Fahmi, tolong bawakkan anak kawan Ma ke kedai runcit belikan barang dapur sikit. Kesian, barang dapur habis. Ni tetamu-tetamu nak buat air pun tak ada." bisik mak pada Fahmi sambil hulur duit.

"Alah Ma tak payah la hulur-hulur duit. Mana anaknya?" sampuk Fahmi dalam bisik yang keras.

"Kamu pergi je masuk kereta nanti mak panggilkan dia"

Fahmi pun bangun daripada bersila dan berdiri lama. Dah dapat tangkap lah yang kaki dia mesti tengah kebas. Kemudian dia hulur tangan dia untuk memudahkan aku berdiri dengan bantuan tongkat.

Semasa dalam perjalanan ke pekan dan pulang ke rumah-- cuma Fahmi yang banyak berbual dengan Anak MakCik Enon, Zakirah.

"8A SPM? Wah hebat tuu.. Tak sambung belajar mana mana?" tanya Fahmi

Zakirah ambil masa lama untuk jawab, "Tak sambung mana mana lagi. Sebab mak tengah-tengah sakit ni, tak rasa perlu untuk belajar lagi kot" jawab Zakirah samar-samar.
Lepastu suasana jadi senyap.

Masa pulang ke rumah pula semasa dalam kereta Fahmi mencapai buku cek dan sebatang pen. Setelah menulis dia terus hulur dekat Zakirah dibelakang.

"Apa ni?" tanya Zakirah sambil menerima.

"Tu hadiah untuk SPM yang Cemerlang. Tahniah" ujar Fahmi tersenyum menoleh ke arah Zakirah.

Setelah Zakirah menatap cek itu, dia menghulurkan semula. "Zakirah tak boleh terima"

"Zakirah, ambik jelah. Ni rezeki untuk Zakirah, untuk mak." ujar Fahmi lalu keluar daripada kereta dan menganggkat barang-barang dapur daripada bonet.

Fahmi mengetuk tingkap kereta aku.
"Weh Fiqry tolonglah angkatkan beras"

Aku pandang dia speechless.

"Oh lupa kau kan OKU. Lupa plak." lepastu dia blah dengan gelakan kecil.

"Bang Fiqry. Terima kasih" suara Zakirah terdengar sebelum dia keluar dari kereta. Aku cuma senyum dan angguk.

Lebih kurang 2.00 petang kami bertolak ke Teluk Intan. Dalam kereta cuma dengar Fahmi menyanyi lagu inggeris yang sedang ke udara di radio. Aku pulak chat bersama Kaem. Random people- Ameer dan Naufal.

"Nak ke mana ni hah? Ada apa dekat anson?"
.
.
.
"Malam ni kita tidur hotel kan?? Mak tidur rumah Cik Anon kan?" tanya Fahmi. Aku cuma angguk sahaja apa yang dia cakap.

"Weh lupa pulak kita mana ada bawak baju kan? Pavilion dekat mana?"

Aku nak gelak tapi air liur tersembur sebab menahan gelak. "Mana ada pavilion"

"Yeke? Bukan ada ke?"

"Menara Pavilion adalah yang dekat Kuala Kangsar."

"Takkan lah dekat perak ni takde Pavi?"

"Bukan takda tapi jauh. Perlu ke nak carik baju pavi-pavi?"

"Aku duduk Amerika. Badan aku gatal kalau takde jenama ni" balas Fahmi dalam nada gurau.

----------0000----------

Selepas check in mandi di Grand Hotel Courts kami keluar lagi untuk makan malam. Tapi perut masing-masing belum lapar jadi kami buat keputusan lepak dalam kereta berdekatan menara condong.

Aku takut nak pegang telefon sangat sebab nanti mesti Fahmi perli asyik pegang telefon 24 jam. Jadi aku macam banyak diamkan diri je. Tiba-tiba Fahmi genggam tangan aku yang aku letak atas peha. Rasa macam romantik sebab lagu inggeris dekat radio pun romantik je.

"Kau kenapa tak banyak cakap hari ni? Semalam macam macam kau tanya aku kan?" tanya Fahmi lembut sambil menatap mata aku dari sisi tepi.

Aku pun toleh ke arah dia dan pandang anak mata dia.

"Ni mesti sebab malam semalamkan? Pasal lovebite dekat puting kau tu? Kau rasa serbasalahkan dekat aku?" tanya Fahmi. Aku terus tundukkan pandangan. Tapi Fahmi tarik dagu aku toleh ke mukanya tapi anak mata aku memandang ke tingkap hadapan. "Pandang lah mata aku." arah Fahmi perlahan.

"Kenapa kau tak marah aku?"  tanya aku perlahan dalam samar-samar.

"Nak marah buat apa? Kita bukan ada apa-apa pun." cakap Fahmi sambil mengerutkan dahi.

Lepastu tiba tiba aku menangis bila dengan 'kita bukan ada apa-apa' .

"Lah kau kenapa tiba-tiba ni?"

Aku tak jawab apa apa dan aku lap air mata aku yang keluar sebab rasa malu.

"Kau mengharap apa lagi dekat aku, Fiqry? Kau tak ingat ke janji terakhir kau dekat aku? Kau yang nak kita kembali jadi adik-beradik kan? Takkan kau suka aku balik kot?"

"Bila masa aku cakap aku suka dekat kau?" ego aku membangkang.

"Kau boleh tipu aku tapi kau tak boleh tipu perasaan kau"
.
.
"Eh tak, Kau TAAAK  boleh tipu aku, sebab dari air muka kau, aku boleh tahu apa yang ada dalam hati kau. Dan aku nampak kau tengah tipu perasaan kau sendiri" ujar Fahmi lalu mengesatkan air mata aku.

"Mana ada." bangkang aku menepis tangannya.

"Okay. Terpulang dekat kau."
Dan dia mula drive ke  Restoran Gulam Rasul.

Sebelum turun daripada kereta setelah enjin kereta dimatikan...

"Kau memang tak ada perasaan dekat aku dah ke?" tanya aku seperti nada biasa.

"Kenapa tanya? Kau rasa aku tak ada perasaan dekat kau sebab aku tak cemburu tengok lovebite tu? Memang patutlah kau main dengan orang lain pun sebab aku pun main dengan Alya. Tak ke gitu?"

kemudian dia keluar daripada kereta.

MY BROMANCE (SEASON II)Where stories live. Discover now