SLOT 8

4.5K 104 12
                                    

Jam menunjukkan 2.00 pagi. Aku terjaga daripada tidur. Pergi dapur buka peti ais. Tak ada apa-apa fast food. Cuma ada sebotol bliss straberry dan sekotak susu. Aku pilih susu. Aku tak suka minum air strawberry. Apalagi air strawberry dutchlady. Rasa macam yerks apalah Fahmi suka sangat dengan air rasa macam tu.

Buka almari kabinet pun sama jugak. tak ada apa-apa fast food. Kalau ada maggi ke sedap lah jugak anak tekak. Yang ada dalam kabinet cuma beberapa biji telur. Hm bukan telur ayam tapi telur cicak. Bodoh yall. Aku duduk dekat meja dapur sorang sorang sambil minum susu sejuk. Perut dah berbunyi walau dah terisi.

Masa duduk sorang sorang dibuai khayalan macam ada dengar suara perempuan gelak. Dengar macam menangis pun ada. Pulak daaa meremang bulu roma aku. Aku terus beredar daripada dapur dan aku terkejut bila dia muncul depan aku masa aku mahu jejak anak tangga pertama.

"Ai tengok aku pun terkejut??" tanya Fahmi dengan muka peliknya. Dia pandang muka aku yang tengah dalam kecuakkan. Tambah-tambah pulak Nafas aku tak teratur dan dahi pula berpeluh.
"Kau apehal? Berpeluh peluh bagai. Nampak hantu ke?." tanya Fahmi sambil mengelapkan peluh aku yang ada di dahi menggunakan lengan bajunya.

"Entah. perasaan aku je kot" jawab aku selamba sambil mengetepikan tangan dia daripada aku.

"Memang ada kot 'orang tu'. Aku pun kadang-kadang macam tu gak. Yelah berapa lama rumah ni takde orang duduk, kan?"
.
.
.

Fahmi bertanya lagi, "Kau buat apa tengah-tengah malam ni? Cari makan? Lapar ke??". Fahmi bertanya sambil menggaru-garu bahunya.

"Takde la. Aku nak minum air je" jawab aku sambil memulakan langkah menjejaki anak tangga. Mata aku masih lagi bertentangan dengan mata dia. Nampak macam lepas menangis tapi mungkin sebenarnya baru bangun tidur lah kot. Tapi aku kenallah muka dia kalau bangun tidur macam mana.

"Bukan cari makan ke? Jarang orang pergi dapur semata nak minum air. Betul ke ni tak lapar?" tanya Fahmi bertalu talu ketika aku meneruskan langkah. Bila dia tanya macam macam soalan, aku berhenti toleh pada dia. Tang-tang aku nak jawab "Tak lapar" tang-tang tu perut memainkan muzik keroncong.

"Hm. Tak lapar? Suka macam tu doh" ujar Fahmi sambil pegang tangan aku lalu ditarik turun daripada anak tangga.

Kemudian dia mengajak lagi sambil menggosok perut dia,
"Aku pun tengah lapar ni. Jom ah out carik makan."

Aku nak naik ke bilik untuk bersiap tapi dia tarik lengan aku ajak terus keluar dengan keadaan serabai. "Kau dah hensem tak payah bersiap" katanya.

_______________________

Untuk midnight craving dia pilih MYFOODLOFT, suatu tempat Syurga Makanan dibawah satu bumbung katanya.

Masa jalan-jalan memilih makanan tiba-tiba ternampak Ameer dekat sebuah Kiosk.
"Tu Ameer kan??" tanya aku pada Fahmi sambil tunjuk ke arah Ameer yang sebok pegang kertas dan pen melayan pelanggan. Nampak macam ramai je dekat tempat dia.

"Bang, ada menu apa je eh?" sakat Fahmi dengan suara budak pra matang kepada Ameer yang masih sibuk dengan kertas dan pen nya. Ameer masih tak perasan sebab tak pandang kami.

"Eh Faamiii, Fiqryy!!" teriak Ameer lalu sep-sep bersalaman dengan kami. "Weh nak makan apa? Kalau nasi ada BBQ Chicken Rice je lah doh. Nak order air?" tanya Ameer lagi. Fahmi tanya aku nak makan nasi ke tak. Aku cuma mengangguk.

"Bagi lah BBQ Chicken Rice tu dua. Lepastu minum, milo ais tabur. Kau nak apa Fiqry?" tanya Fahmi.

"Sama" jawab aku sambil jenguk-jenguk tempat duduk yang strategik.
Rasa macam taknak makan nasi malam malam tapi sebab member yang niaga, order jelah. Nanti ambik side order dekat tempat lain.

MY BROMANCE (SEASON II)Where stories live. Discover now