SLOT 6

5K 96 11
                                    

Aku dan Fahmi menjadikan rumah di Bangsar sebagai "tempat persembunyian" daripada Papa setelah dia pulang daripada outstation. Kaki aku sudah beransur baik sejak 2 hari lepas.

Bangun dari tidur tengok tengok dah pukul 11.30. Jarang aku lewat macam ni. Pergi bilik Fahmi tapi takada orang. Ingat dia tak bangun lagi ~Oh ya. Memang aku tak kongsi bilik dengan dia.

Fahmi menyibukkan diri di dapur sempena hari jadi Naufal. Aku dah bagi cadangan semalam, tempah katering je senang, tak payah susah-susahkan diri nak prepare itu ini. Ameer pun setuju dengan cadangan aku semalam. Tapi Fahmi nak jugak masak.

"Asal tak kejut aku? Boleh gak aku tolong" tanya aku bila masuk ke muka pintu dapur.

"Sapa suruh kunci pintu? Aku dah ketuk banyak kali" jawab dia sambil memotong tomato.

Tengok dekat atas meja penuh dengan makanan ala barat. Hidangan semua berasaskan western. Rasanya dari pukul berapa lah dia bangun. Tak cukup yang dekat atas meja, yang dalam oven pun ada macam daging. Nak buat steak kot?

Aku sempat lagi curik donut yang ada atas meja. Donut nya pun tak macam donut malaysia yang ada lubang dekat tengah.
"Banyaknya masak?? Macam mana boleh tahu masak banyak banyak resepi ni?" tanya aku sebab pelik atas meja tak ada buku resepi.

"Dah aku duduk Amerika memang lah aku tahu masak masakan amerika. Lagipun aku pernah jadi tukang masak dekat restoran kedutaan Malaysia dekat California."

"California?"

"Yelah... Kenapa dengan California? Tempat kau sambut valentine dengan Kaem?" soal Fahmi sampai buat aku terkedu. Aku terus rebut pisau ditangan dia. "Mana ada valentine. Kebetulan je pun.---Bak la aku tolong potong. Kau buat benda lain. Ni nak buat apa dengan tomato potong dadu dadu ni?"

"Kau ni main rampas je. Kalau terodok macam mana?!"

"Kena rodok matilah." jawab aku dan terus memotong tomato.

"Ye ke mati? Kau tu bukan banyak kali kena 'rodok' ke? Tak mati pun?" balas Fahmi dengan maksud yang amat mendalam tapi dapat difahami.

"Aku tanya tomato ni nak buat apa?"

"Lepas potong ko buat la sandwich."
Kemudian dia bangun pergi ke peti ais. Aku mula slow down ketika potong tomato. Rasa macam 'eh dia tak kisah hubungan aku dengan Kaem'. Oh ya~ Macam mana dia boleh tahu hubungan aku dengan Kaem?

Begini....

Satu malam sebelum peristiwa diatas terjadi....

Fahmi seperti biasa akan mengambil masa yang lama untuk mandi. Aku ambil kesempatan untuk video call dengan Kaem dan aku cerita pada dia tentang kembalinya Fahmi disisi aku. Air muka Kaem berubah dan cara dia cakap pun aku dapat rasa yang dia rasa diri dia tergugat. Tapi dia akan sorokkan kerisauan dia. Aku pulak sedaya upaya akan pujuk dia supaya tak risau. Tapi... Entahlah.

Telefon Fahmi berdering diatas meja. Aku kononnya macam nak jawabkan tapi macam shock sebab tengok caller name "Naufal Alvaro". Naluri aku sangat kuat mengatakan yang Naufal dan Ameer mesti bersetongkol juga merahsiakan tentang Fahmi sebenarnya masih hidup. Ni kalau aku tanya pasal Fahmi mesti Naufal kata kenapa nak ungkit lagi kisah bertahun. Rasa macam seronok je "game" ni ? Aku terus telefon Naufal dan Ameer suruh dia jumpa aku dekat Cheras. Aku masih lagi dengan keadaan kaki memerlukan tongkat. Belum sempat diletakkan bandage, aku terus meluru ke pintu bilik secara senyap sambil menelefon uber taxi.

Fahmi dah call aku secara berturut-turut masa aku dalam kereta tapi aku tak jawab. Ketika aku sampai di Q Bistro, nampak Ameer dan Naufal juga sedang mengangkat tangan melambai ke arah aku.

MY BROMANCE (SEASON II)Where stories live. Discover now