SLOT 11

3.8K 88 10
                                    

Waktu malam tu, aku drive ke Chiang Mai untuk mencari rumah sewa sementara menunggu keadaan pulih semula. Sebab aku rasa macam tak patut tinggal dengan Kaem dalam satu rumah buat masa ni. Tambah-tambah pulak Fahmi ada dekat kawasan resort tu? Entah berapa hari dia nak duduk situ aku tak tahulah. Mula-mula aku nak ajak Ameer sekali duduk menyewa dengan aku, tapi bila difikir balik, biarlah dia temankan Kaem di chalet. At least tak ada lah Kaem tu sunyi sangat dengan adanya lawak-lawak tahi Ameer.

Lebih kurang 1 jam aku drive, aku singgah di Ruammit1 Restaurant untuk makan. Sementara menunggu pesanan, aku gunakan aplikasi LINK untuk lihat people nearby. Dan punca aplikasi itu lah aku jumpa rumah sewa. Er... bukan rumah sewa tapi bilik untuk disewa di sebuah kondominium. And of course lah "mereka" tu bukan sebangsa aku. "Mereka?" Yes. dalam rumah kondominium tu ada 4 orang penghuni termasuk aku. Agama masing-masing berlainan. Jackson, mamat yang paling handsome dalam rumah ni beragama Kristian. Aku dapat tahu sebab dia pakai rantai salib. Wan pula beragama buddha dan seorang lagi, Michael, seorang Ateisme, tidak menganut mana mana agama.

Esok paginya aku bersiap-siap untuk ke Resort Krisda Doi. Akulah yang paling lambat bersiap walaupun subuh-subuh dah bangun. Semasa mahu keluar rumah, Wan daripada dapur memanggil nama aku kemudian tersasul cakap dalam bahasa Thailand menjemput aku sarapan. Kemudiannya baru dia translate ke inggeris bila dia terperasan.

"Don't worry its just sandwich. Just mayo, sauce and tuna. Halalllll." tegur Jackson sambil menolak sandwich dalam piring ke hadapan aku. Eh tahu pulak dia aku tengah fikir pasal halal ke idak aku nak makan ni?

Kemudian, aku terus berangkat ke Resort Krisda Doi dan terus duduk di kerusi kaunter yang ketiadaan penjaga. Mungkin Thara sedang berurusan dengan customer. Letak saja beg diatas kerusi, aku ternampak kelibat Fahmi yang menuju ke arah aku

"Morning" tegur Fahmi pada aku.

"Nak check out ke? Jap eh..." kata aku sambil mencapai mouse komputer lalu mencari data. Dalam hati aku berasa lega sebab dia nak check out. At least aku boleh jumpa dia diluar kawasan kalau rindu sangat pun, asalkan masalah aku dengan Kaem diselesaikan dahulu.

"Eh tak tak. Aku nak ajak kau breakfast lah."
.
.
"Kau dah breakfast ke?"

"A. Belum. Aku tunggu Kaem. Eh kau bila nak balik Amerika hah? Boleh pulak datang ke sini."

Fahmi memghembus nafas kesal.
"Alah lagi 2-3 hari aku balik lah. Lagi pun kau kan rindu aku kan?"
.
.
"Jomlah teman aku breakfast. Malam tadi tak puas ke spend time dengan Kaem?"
.
.
"Okay lah, nanti kalau Kaem dah datang duduk semeja dengan aku eh?"

"Mana ada aku waste time dengan dia lah. Malam tadi aku tinggalkan dia dengan Ameer je. Aku menyewa dekat luar kawasan." jawab aku dengan perasaan hampa.

"Eh malam tadi Ameer tidur dengan aku lah. Ameer kata taknak ganggu malam jumaat kaurang. Menanah pulak telinga aku dengar. Bytheway kenapa tidur luar kawasan?"

Lah mati mati aku ingat Ameer dengan Kaem.

"Entah. Kaem merajuk aku pun merajuk lah. Tapi kau bukan dah explain semua ke masa jumpa dia kat Hatyai??"

"Dah. Dia nak perhatian la tu daripada kau. Itu pun nak diajar ke?" jawab Fahmi sambil menonggek di kaunter.

"Eh malam tadi kau tidur dengan Ameer?" Riak wajah aku agak berubah. Fikiran aku dah mula meracau benda bukan-bukan, Sebabnya kalau dengan Ameer, aku tak rasa cuma tidur semata-mata. Pengaruh dan godaan Ameer power kot! Budak str8 pun boleh tumbang, ini kan pulakk... member sendiri?

"Yelah. Tidur dengan Ameer. Lagi pun malam tadi malam jumaat kan? Kenapa? Cemburu??"

"Cemburu? Ameer je kot nak cemburu apa? Aku tanya je... Ingat dia temankan Kaem"

MY BROMANCE (SEASON II)Where stories live. Discover now