CHAPTER 3

3.4K 102 5
                                    

Selepas malam tu, berkali-kali sudah si Sinut keluar malam. Saya juga yang tolong dia unlock and lock tu pintu rumah. Kadang-kadang tu dia bilang dia tidak mau balik rumah, dia cakap dia pi tidur tempat si Andrew. Sama parents saya pula, dia bagi alasan yang dia tidur di tempat kawan. Saya terpaksa tolong dia menipu juga. Yalah, dia kawan saya kan. Yang penting dia tau jaga diri.

Makin hari, baju dia makin seksi. Makin bergaya, makin minta puji. Saya bulih cakap yang dalam satu minggu tu hampir setiap hari dia jumpa si Andrew, paling kurang pun tiga hingga empat kali seminggu. Jadi kebiasaan sudah dia. Kalau bukan malam, maka time cuti tu berabis sudah dorang berjumpa.

"Okay juga kah ko sama si Andrew?" Saya tanya si Sinut.

"Okay bah. Dia care betul sama saya. Asal ada lelaki kacau saya, dia kuat betul jealous ni.." Si Sinut bilang.

"Dia sama siapa juga tinggal di rumah dorang?" Saya teringin mau tau ni.

"Dia sama family dia, tapi family dia okay ja kalau kami masuk bilik sama-sama." Saya pun "oh.." ja, malas mau tanya banyak. Hal dia.

"Siok tau make love. Ko tidak mau rasakah?" Dia bilang. Ketawa-ketawa ni dia, buduh. Ni pengaruh kah apa ni? Bagi saya, saya belum ready lagi semua tu. Belum terfikir pun mau ada boyfriend. Apa lagi kalau yang make love thing ni.

"Buduh ko. Sot!!! Saya tidak mau. Boyfriend pun saya tiada hati mau cari." Saya bilang dengan jujur. Si Sinut pun ketawa tersengih-sengih ja.

°°°°°°°°°°
Selepas keluar result SPM, si Sinut pun balik kampung dia mau pi ambil result. Saya pula bedebar-debar mau pi ambil result. Selepas dapat slip result, saya tidak pula tinguk. Saya terus pi masuk kereta tanpa tinguk pun tu result.

"Apalah ko dapat?" Daddy saya bilang. Muka dia pula yang excited ni. Mommy di sebelah dia pun tinguk saya dengan tidak sabar. Dua-dua tengok saya di seat belakang. Maigad!! Sudahlah nervous, tambah nervous lagi. Pelan-pelan saya kasih pusing tu slip. Terus pelan-pelan biji mata say turun tengok tu slip.

Selepas tengok, apa saya mau cakap ah? Apa perasaan saya?? Terbuka mulut saya besar-besar.

"Berapalah? Sini bah kasih tengok kami.." Si mommy bilang. Terus saya kasih dorang tu slip. Senyum-senyum dorang tengok.

"Okay juga bah result. Dua A, yang lain semua B." Bilang si mommy. Bila saya dengar terus saya mengeluh. Hm. Entah, macam tidak puas hati ja. Tertanya-tanya saya apa si Sinut dapat. Dia kan budak pandai. Saya whatsapp dia.

📨Me: "Apalah ko dapat?" SEND.

📨Sinut: "5A ja.."

Terlopong mulut saya. Siapa sangka jajal-jajal si Sinut tapi result bagus. Kan?

📨Me: "Wah, congrats ah..." Saya bilang. Macam malu saya mau kasitau si Sinut tu result saya.

Dipendekkan cerita, saya sama si Sinut sambung study Form Six. Tapi kan, si Sinut masuk Form Six sama saya. Kami satu school. Dia bilang school dia di kampung tiada Form six, jadi dia mau juga di KK. Tapi saya rasa dia mau di KK sebab dia tidak mau berjauhan sama si Andrew.🙄 Mana-manalah.

°°°°°°°°°°
"Ee Nok! Sedih saya kamu last day sudah. Jangan kamah kamu kasih lupa saya tau..." Si Bryan bilang dengan muka sedih dia. Terbingkuk tu kening satu garis dia.

"Okay bah. Jangan ko risau. Ada masa nanti kami pi sini juga beli santut..." Saja saya kasih main-main dia. Bukan selalu bulih main sudah kan?

"Yabah Nok. Nanti kita pi test mekap sana Watson lagi ah.." Bilang si Sinut. Berketawa-ketawa kami terus.

Selepas ja saya sama si Sinut kerja jadi Promoter, akhirnya saya mampu beli handphone samsung. Yay! Dapat juga beli handphone dari hasil titik peluh sendiri. Tidak payah kasih susah parents kan. Si Sinut akhirnya bawa sikit-sikit barang dia pi rumah kami.

FRIEND AND FOE (21+)Where stories live. Discover now