"Thanks sebab hantar saya. Jangan lupa janji kita. "
"Ye...ye..Bye... "
🐰🐰🐰
"Papa ada apa nak cakap dengan Irah? "
"Papa dah carikan calon yang sesuai dengan Irah. Andai kata Irah tak dapat cari calon suami,Irah kena kahwin dengan dia. "
"Tapi papa..."
" No... You must listen to me. Irah ...papa perlu seorang lelaki untuk jaga Syarikat kita. "
"Irah boleh jaga Syarikat ni... "
"Tak...Irah perempuan. Irah tak mampu galas tanggungjawab sebesar ni.. "
"Tapi.. "
"Irah.. Papa sayangkan Irah.Papa nak ada orang yang dapat jaga Irah. Irah faham kan? "
Syahirah hanya mampu mengangguk.
"Tapi siapa? "
"Irah ingat lagikan dia? "Tanya Ramizul sambil menunjukkan satu gambar kepada Syahirah.
"Tak... Syahirah tak nak kahwin dengan dia.. Sampai hati papa.. Dia.. "
🐰🐰🐰
"Kenapa muram ni? "Seorang lelaki menyapanya.Syahirah tiada mood untuk membalas soalan lelaki tersebut.
'Kenapalah dengan Syahirah ni? Dari tadi senyap je dalam kereta. Dia marah kan aku ke hah? 'Bisik Faris.
"Awak tahu mak saya cakap kalau ada masalah kita kena luahkan baru hati kita tenang. "Faris cuba menarik perhatian Syahirah. Syahirah mengeluh panjang.
"Kalau kaulah... Kau nak kahwin tak dengan bekas tunang kakak kau? "
"Awak nak kahwin ke? "Faris tersentak.
"Ada aku cakap aku ke? Jawab jelah soalan aku ni.. "Syahirah mencebik.
"Ermm...Mungkin. Kalau saya jatuh cinta dengan dia. "Faris menjawab jujur.
"Tapi dia tu tunang kakak aku.. "
"Tapi dia ada hubungan lagi ke dengan kakak awak?"
"Dah tak ada..."
"Jadi apa keputusan awak. Awak nak kahwin ke tak dengan dia? "
"Aku tak tahu... Papa yang paksa. "
"Harap awak tak kahwin dengan dia.Melepas.."Kata Faris dengan nada perlahan.
"Hah? "
"Tak ada apa-apa."Faris tersenyum.
YOU ARE READING
En. Blind Date Dan Cik Sedih(complete)
Romance"Irah kena pergi blind date tu. "-Puan Syakilah. Disebabkan blind date yang diatur oleh mamanya memaksa Syahirah mengagalkan blind date tersebut. Yang paling mengejutkan apabila dia tersalah orang. "Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku tak kenal pun...