"Masa Irah deman panas dulu... Abang Ris yang duduk luar negara sanggup datang tengok Irah... Dia minta cuti seminggu untuk jaga Irah. Akak kalau boleh nak sokong Irah dan Abang Ris tapi... Akak tak mampu...Akak lemah... "Air mata Syamimi mula jatuh..
"Akak....masa tu... Abang Ris Tahu akak ada penyakit leukimia.Dia bantu akak. Akak dah takde masa... Akak takut tak sempat jumpa adik... Adik tengah belajar... Akak takut adik tak dapat tamatkan pelajaran adik sebab tahu akak sakit.Adik terimalah Abang Ris untuk akak.Akak tahu dia dapat bahagaiakan adik. Jangan menangis dengan pemergian akak. Biar akak bersemadi dengan tenang. "
"Akhir kata... Mungkin masa adik tengok video ni akak dah meninggal. Doakan akak. "
Syamimi tersenyum.
Syahirah tidak dapat menahan air matanya. Dia tidak tahu kakaknya ada penyakit. Kakaknya seakan-akan tahu yang dia akan meninggalkan dunia ini.
"Kakak... "Syahirah menangis.
😢😢
"Kau okey? "
"Okey?.... Aku okey... Jangan risau.."
"Aku kenal Kakak Kau sebelum aku kenal kau lagi... "
"Dia kakak angkat aku. "
"Ohh.. "
"Kau kenal Abang Ris? "Tanya Syahirah.
"Kenal sangat...."
"Aku... Akan kahwin dengan abang Ris untuk kakak aku. "
"Kau dah fikir masak-masak ke? "
"Dah... Aku rasa itu yang terbaik untuk semua orang. "
😀😀
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.
Syahirah sangat ayu dengan baju pengantinnya.
Bunyi kompang bergema menandakan ketibaan pengantin lelaki.Beberapa minit lagi dia akan diijabkabulkan dan akan bergelar isteri orang.Khabar berita dari Faris juga tidak didengarinya.
Terdengar bunyi pangantin lelaki dan papanya mengangkat nikah dan saksi-saksi. Hati Syahirah tidak keruan. Kalau boleh dia hendak lari dari situ. Lari dari majlis perkahwinan itu.
"Syahirah jom turun... Kamu dah sah jadi suami isteri... Suami kamu dah tunggu. "Puan Syakilah memanggil Syahirah. Jantungnya seakan-akan terhenti.
"Dia dibawa duduk di hadapan pengantin lelaki untuk disarungkan cincin. Syahirah hanya menunduk. Dia tidak mampu memandang suaminya .Tidak termena air matanya jatuh. Air jernih itu terjatuh pada tangan suaminya itu.
"Kenapa awak nangis? Dah tak cantik muka awak... "Bisik Suaminya itu. Lelaki itu menyarung cincin pada jarinya. Diikuti dengan Syahirah.
"Awak tak nak pandang muka saya ke? "
Syahirah mengangkat mukanya.
"Faris.... Apa awak buat dekat sini? "
"Saya kahwin dengan awaklah. "
Air mata Syahirah jatuh.
"Janganlah nangis... Dah tak cantik dah isteri saya ni.. "Jari Faris mengelap air mata Syahirah.
"Awak... Sayalah Abang Ris yang awak kenal dulu.... Saya minta maaf sebab tak berterus-terang dengan awa... "
Belum sempat Faris menghabiskan ayatnya, Syahirah memeluk Faris dengan erat.
"Syahirah... Syahirah... "Faris sedikit panik.
"Umm...? "
"Orang tengoklah. "Syahirah melihat sekelilingnya.
'Adoi malu... Lupa aku duduk dekat majlis perkahwinan... Hahaha.. 'Pipinya memerah. Kedengaran tetamu ketawa melihat gelagat mereka.
"Tak sabar betul isteri saya ni..."Bisik Faris. Wajah Syahirah semangkin merah.
"Amboi pengantin tunggulah bila masuk bilik nanti... Majlis tak habis lagi ni... "Usik Syamir. Tetamu yang hadir ketawa lagi.
Syahirah menjeling ke arah Syamir.
😀😀
'Macam mana ni dahla baju tidur aku duduk dalam almari. Macam mana ni?Aku lupa...aku dah bersuami.. Malulah nanti. '"Sempat tak kalau ambik? "Syahirah mengintai ke luar bilik air. Tak ada orang...' Yeah... Mujur aku kunci pintu tadi'
Syahirah yang bersarungkan tuala berjalan menghampiri almarinya.Dia mengambil bajunya.
Tiba-tiba pintunya terbuka. Alamak..
'Siapa pula yang masuk bilik aku ni?bukan aku dah kunci ke tadi? Mesti Suzana ni..'"Zana nak apa masuk bilik kak long ni?Tutup pintu tu... "Arah Syahirah.
Pang... Kedengaran pintu ditutup.
"Zana... "Syahirah memandang orang yang disangka Zana.Lelaki itu menutup mulutnya. Jelas kelihatan telinganya yang merah.Mungkin malu melihat keadaan dirinya yang hanya dibalut dengan tuala.
"Awak.. "Muka Syahirah memerah.
Dia menutup bahagian dadanya dengan pakaiannya.Dia dengan lajunya melangkah ke bilik air.
"Sya.... "Faris memegang tangannya erat.
"Erm.. "Syahirah malu.Dia tidak mampu bertentang mata dengan Faris.
"Awak lupa ni.. "Faris meletakkan sesuatu pada tangannya. Sesuatu yang berbentuk segi tiga.
"Thanks... "Syahirah berlari ke bilik air.
💓💓
Faris membuka pintu bilik Syahirah dengan kunci yang diberi oleh Suzana.Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Mana tak kencangnya tengok isteri pakai kain tuala je... Dia dapat merasakan mukanya merah padam.
"Zana nak apa masuk bilik kak long ni?Tutup pintu tu..."Tanya Syahirah
Faris menutup pintu.
"Zana..."
Faris tersenyum kembali mengingatkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Jelas kelihatan muka Syahirah yang merah. Rambut Syahirah dan bau Shampoo mengugat imannya.
'Bahaya.. Bahaya... Mujur aku ni sabar.. Kalau tak..'
"Sya sembahyang ke belum? "Tanyanya apabila melihat Syahirah keluar dari bilik air. Syahirah mengelengkan kepala. Dia menundukkan matanya ke lantai.
"Tunggu abang.."
Mereka sembahyang bersama diimankan oleh Faris.
Selesai saja sembahyang. Syahirah duduk di hujung katil manakala Faris berada di atas katil.
"Sya takut ke? "
"Hah? "
"Jangan risau abang tak kan paksa Sya. Jom tidur. "Faris menarik Syahirah sehingga terjatuh di atas dadanya.
"Malam ni, abang nak peluk Sya je... "
Muka Syahirah memerah. Lidahnya kelu..
"Abang cinta kan Sya kerana Allah... "
"Sya....pun... "
"Apa...? Abang tak dengar tadi. "
"Takde apa-apalah. "
"Sya tak cakap pun abang tahu... "
Mereka tersenyum. Begitulah penamat cinta mereka.
.....Tamat..... Sorri kalau boring....
YOU ARE READING
En. Blind Date Dan Cik Sedih(complete)
Romance"Irah kena pergi blind date tu. "-Puan Syakilah. Disebabkan blind date yang diatur oleh mamanya memaksa Syahirah mengagalkan blind date tersebut. Yang paling mengejutkan apabila dia tersalah orang. "Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku tak kenal pun...