Lelaki Kiriman Tuhan - Bab 6

9.6K 126 26
                                    

 Dulang berisi semangkuk mi laksa dan secawan kopi Americano dan segelas jus ditatang Naira meuju ke arah lelaki tersebut. Dia memandang sekilas kepada makanan dan minuman tersebut. Seperti yang diminta , Naira sendiri yang menyediakan hidangan tersebut. Tak ada tipu-tipu punya. Tadi , semua pekerja kat dapur pakat-pakat hairan melihat dia menyibuk di situ. Masing-masing tertanya-tanya.

"Cik Nam dah buang tabiat ke?"

"Cik Nam nak rebut kuasa Chef Razak pulak ke?"

"Habislah kita, sampai dalam dapur pun dia nak meraja. Dia dah tak percaya kita?"

Antara bisik-bisik pekerja di dapur sebentar tadi. Naira buat-buat tak dengar, padahal telinga lintah dia dapat sahaja menangkap dengan jelas segala gossip murahan dia orang. Hurm... dia orang tu tak tahu yang Cik Nam ni bukan suka pun main masak-masak di sini. Kalau boleh dia nak pi main jauh-jauh dari dapur...tapi apakan daya, pagi ini dia terpaksa buat semua itu. Jika tidak ... berkemungkinan semua susah. Bukan dia sahaja , malah staf yang rajin mengumpat tu pun akan turut sama susah.

Dari jauh Naira sudah nampak figura lelaki yang banyak akal tu. Yang tidak-tidak tuduhan dan permintaannya. Kalaulah ada sepuluh orang penginap hotel perangai macam ni, mahu cepat meninggal dia. Sakit jantung!

Naira memperlahankan langkah.

Berkerut-kerut wajah Naira melihat kepulan asap yang dilepaskan ke udara dari mulut lelaki tersebut. Jerebu jadinya ruangan segar sini. Tuan si pelepas asap itu nampak macam bahagia sangat main-main dengan asapnya. Ibarat seperti seekor jin yang tergedik-gedik keseronokan dengan bahan mainannya.

Situasi yang Naira meluat tengok. Dia tak suka orang merokok. Dia anti perokok. Sungguh-sungguh anti. Malah asap rokok selalu buat tekaknya rasa perit dan tak boleh bernafas. Semput dada. Sebab itu dia benci perokok. Mereka buat hidupnya tak selesa.

"Hmm... hmm.."

Dehem Naira pabila kakinya sudah hampir dengan meja kecil Raid. Serentak dengan itu, dia terbatuk-batuk kecil. Cepat-cepat Naira letak dulang ke atas meja ,dan dia pun melayan batuknya yang semakin menjadi-jadi.

Melihat situasi tersebut, Si Raid cepat-cepat bangun membawa rokoknya ke tong sampah yang tidak jauh dari situ. Rokok yang masih berbaki separuh ditonyoh pada penutup tong sampah untuk matikan apinya. Mata Raid sempat mengerling ke arah Naira. Wajah gadis itu memerah akibat batuk. Naira sedang mengurut-ngurut dadanya. Hurm...

Selesai kerjanya, Raid kembali ke sisi Naira. Dapat lagi sebuah hadiah jelingan dari mata cantik itu. Tajam sekali.

"Sorry...." Raid menyatukan dua tangan di dada. Lepas tu dia duduk.

Naira masih lagi mendiamkan diri dengan wajah yang serius. Bukan saja mukanya yang memerah, malah matanya juga turut memerah dan berair.

"Teruknya alah..." Komen Raid.

"I hate smoker!" Respon Naira dengan muka riak menyampah. Wajah dipaling ke arah lain. Udara yang keluar dari mulut Raid busuk dan meloyakan. Jika tak kerana 'deal' merapu itu, sudah tentu Naira tak hadap manusia berasap di depan ni. Cepatlah habis sesi sarapan ini. Dia sudah tidak tahan.

Raid senyum . Kelihatan tak terkesan dengan kejujuran Naira.

"Okey... lain kali saya tak merokok depan awak lagi..." Ujar Raid bersahaja.

Apa lagi, terbeliak la mata Naira dengar. Ni yang buat darahnya semakin menyirap. "Masih ada lain kali? Bukankah deal ini habis selepas sarapan ni?" Soal Naira dengan marah.

Si Raid tetap selamba. Dia mencicip hot Americano. Sebetulnya dia agak terkejut kerana dapat juga kopi kegemarannya, kerana menurut si taukeh resort yang bermulut bom ni , di sini hanya ada kopi kampong . Alih-alih dapat juga... ni yang buat dia terharu. Kena marah , kena bom , kena jelingan maut... tetap dapat kopi faveret. Wallahai...

Mata Naira terus menikam ke arah Raid. Wajah yang masam, semakin berasid.

Tiba-tiba Raid jadi bersemangat untuk melawan. "Siapa kata tak ada? Ada saya cakap ini date kita yang pertama dan terakhir?" Keningnya turut terangkat sekali.

Naira telan liur. Sudah! Lelaki ni dah mula tunjuk belang balik. "Awak sendiri yang kata tadi ... kes settle lepas saya bersarapan dengan awak bukan? "

"Sure . Kes selesai ...tapi saya tak kata pun yang kita tak akan jumpa lagi. Betul kan?"

"Tapi saya tak nak jumpa awak dah!"

"Saya nak!" Pintas Raid.

"Awak dating la sorang-sorang. Saya Tak nak!"

"Kenapa? Saya ni teruk sangat ke? Tak layak dating dengan awak? "

Naira berjeda seketika. Dia surung mangkuk mi laksa ke hadapan lelaki itu. Sedap tu, ada udang besar ,ketam bagai. Kalau tak terliur , saja sangat. Nama saja laksa, tapi kuahnya air rebusan karangan laut. Sup gitu , sesuai saja diambil untuk sarapan.

Lambat makan karang, lambatlah sesi sarapan selesai, lagi banyak kerenah akan keluar.

"Jangan banyak bunyilah! Sila makan dulu...saya dah susah payah masakkan. Penginap resort yang lain tak adapun banyak cengkadak cenggini. Awak sorang saja yang over. Tak tahu malu. "

Raid menurut kata. Sudah tak berbalas kata .Dia mula menyuap sesudu, dua sudu, tiga sudu , sampai habis satu mangkuk. Kemudian dia sambung cicip kopi americano nya, juga sampai habis.

Bangga juga Naira melihat. Itu bermakna makanan dan air tersebut sedap kan? Habis licin. Kalau tak sedap ... tentu Raid bedebah tu kompelin. Ini sampai tak terkata apa dia.

"Sedap?"

Raid angguk. "Speechless..."

"Itulah... banyak songel sangat! Kalau dari tadi makan... cepat kenyang! Taklah merapu macam-macam "

Raid sekadar balas dengan senyuman penuh makna. Anak mata ditala pada wajah Naira. Tak bekedip. Naira alih muka ke arah lain. Membiarkan lelaki itu pandang sisi wajahnya sahaja.

"I like your way. Muka beku pun tetap comel." Puji Raid.

Naira kasi jelingan lagi . Tak kuasa dia nak percaya . Lelaki bermulut manis bersepah merata-rata. Nak buat apa bibir seksi suit-muit... bukan boleh cairkan hati along-along kalau dia orang datang minta hutang. Boleh blah la si mulut manis...satu pun tak guna.

"So boleh kita sambung lepas esok lusa?" Soal Raid, tak putus asa.

"I don't date stranger!" Pedas jawapan Naira.

"Second date dah tak kira stranger yang..." Balas Raid.

"I don't date smoker!"

"Promise... dengan you ,I tak merokok."

" A true man doesn't promise ... he commit!"

" A true lady doesn't demand , she thanks." Sambung Raid.

"Tak dak hal nak demand demand dengan awak!" Balas Naira balik.

Raid senyum melerek

Eei meluatnya tengok. Kompelin Naira dalam hati. Spesies lelaki yang tak boleh dipakai. Jika dihitung-hitung cara Si Raid ni dari pertemuan malam semalam sampai takat ni .... Sungguh meloyakan.

" Saya akan jadi the true man as per your wish...."

Naira mencebir. Entah apa-apa lelaki ni.

Eii...tolonglah, boleh muntah ungu tau! Geli. Logik ke , tak sampai dua puluh empat jam jumpa , dah nak buat akur janji bagai? Gila...

P

LELAKI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now