Lelaki Kiriman Tuhan - Bab 1

15.3K 183 48
                                    



PUKUL satu pagi. Naira bercekak pinggang di hadapan kaunter resepsi. Mata melilau mencari pekerjanya yang hilang. Entah ke mana melesap. Macam nilah setiap malam. Sesuka hati saja dia orang ni mengular. Kena rajin buat spot check... jika tidak sampai ke siang kaunter ni tak bertunggu. Seorang pekerja memang sentiasa ditugaskan di sini untuk shif malam.

Nggerrr ...nggerrr...ngerrerr...

Dia terpegun . Bunyi pelik kedengaran. Mula-mula perlahan, semakin lama semakin kuat. Macam bunyi kucing jantan bergaduh rebutkan kucing betina pun ada .

Nggerrrrreer....

Uiks... ini sudah melampau. Takkan stafnya sanggup jaga kucing penghuni resort ni kot. Kucing tak dibenarkan berada di sini. Itu peraturan. Tak kira di dalam atau di luar bangunan.

Naira menapak ke sisi kaunter. Di situ dia boleh nampak siapakah yang empunya bunyi-bunyian penuh irama itu. Kucing? Ular ? Harimau? Isk...

Satu tubuh berbungkuskan selimut putih sedang enak mengerekot di lantai bawah kaunter. Perlahan –lahan Naira menarik kain selimut tersebut.

"Azlan..." Perlahan tapi tegas suara Naira . Pantang dia jumpa benda mengarut macam ni.

Azlan menarik semula kain selimut kepunyaan resort yang melurut dari dadanya. "Haih kacau orang tidur je...", rungutnya dengan mata masih terpejam.

"Azlan!" Kali ini Naira bertempik. Tak kuasa melayan kerenah Azlan lama-lama. Sakit mata tengok. Hati lagi sakit. Kalau tersengguk atas kerusi di kaunter dia boleh terima lagi...ini siap dengan selimut dan bantal bagai. Memalukan!

Spontan Azlan bangun, terus duduk atas kerusi dan menyelubung tubuh dengan selimut putih tersebut. Sekali muka. Macam pocong pula la dah, tambahan di waktu-waktu dinihari begini.

"Azlan!" Sekali lagi Naira bertempik. Tak puas hati dengan reaksi Nazri yang 'terbaik' itu.

Azlan terperanjat. Baru dia sedar yang berdiri di hadapannya adalah bos besar Cik Nam! Cepat-cepat dicampakkan selimut ke bawah. Kelihatan rambutnya yang serabai. Air liur di tepi mulut dia lap dengan tangan.

Naik loya Naira melihat... eei, tak senonoh la budak ni.

"Err...err...maaf bos ...saya tak sengaja..." , dengan muka terpisat-pisat dan tak malu dia mohon maaf.

"Tak sengaja la sangat! Yang berselubung macam mayat boleh jadi?" Marah Naira, garang. Mata yang bulat ditala pada Azlan.

"Err... tindakan luar sedar bos...tak dapat kawal dah!" Masih mahu mempertahankan diri dengan alasan yang tak kukuh langsung.

"Selimut dengan bantal tu berjalan sendiri cari awak ?"

Azlan terkulat-kulat. Salah dia. Mana boleh tidur macam dah mati waktu bertugas malam. Kan sudah kantoi dengan Cik Nam! Bukan dengan sebarang orang. Dengan Cik Nam pemilik resort yang tergarang!

"Maaf bos...maaf , saya janji tak buat lagi. " Mohon Azlan dengan muka minta simpati.

"Hah apa lagi dok jadi patung di situ? Tak reti-reti kemaskan tempat , cuci muka yang macam apek tak tidur setahun tu? Ingat....Saya bayar gaji awak untuk duty ...bukan untuk senang lenang tidur mengeruh tau! "

Bebel Naira lagi, berpakej dengan tangan di pinggang dan mata yang membulat ke atas ke bawah , macam hendak telan Si Azlan.

Azlan akur. Perlahan dia melipat selimut , lalu di letak tersorok bawah kaunter bersama bantal. Kemudian dia bergerak ke bilik air yang tidak jauh dari situ.

LELAKI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now