Lelaki Kiriman Tuhan - Bab 3

9.6K 124 33
                                    


DUA jam berlalu. Naira relaks-relaks sahaja. Dia mula menumpukan perhatian pada rutin tugas hariannya. Memastikan perkhidmatan dan layanan pekerja-pekerja di Resort Abah ini berjalan dengan baik. Dia membuat pemerhatian di segenap sudut resort. Ini sahajalah harta peninggalan abahnya yang mendatangkan hasil. Dia harus pastikan resort ini terus maju.

"Cik Naira! Cik Naira!"

Naira dalam perjalanan menuju ke Kafe Nyaman pabila terdengar namanya dipanggil. Dia berhenti dan menoleh ke belakang. "Ada apa Sarah?" Tanyanya pada pekerja yang bertugas di bahagian receptionist pagi ini. Sarah kelihatan tercungap-cungap berlari mengejar Naira.

"Guest bilik 308 tu..." Ujar Sarah.

Allah... nombor bilik orang serabut tu. Matilanak aku. Gumam Naira dalam hati. "Kenapa dengan guest tu?" Wajah Naira penuh tanda tanya.

"Dia mengamuk sakan!"

"Apa yang dia nak?" Soal Naira , tegas . Saspen sangat dah .

"Nak Cik Naira. Dengan kita orang semua dia tak nak deal. Dia jerit-jerit nak dengan Cik Naira juga." Jawab Sarah teragak-agak. Sikit takut. Pertama dia memang takut tetamu bilik 308 tu. Bahasanya tajam bebenar. Kedua, sebab Cik Naira ni boleh tahan garangnya. Tak kena gaya dan mood Cik Naira... boleh terpelanting dia nanti kena jerit.

Naira tak kata apa-apa dah pada pekerjanya. Langkah diatur laju ke kaunter resepsi. Telefon di atas meja terus dicapai dan dia tekan nombor bilik lelaki tersebut. Cepat sahaja panggilannya disambut. Tak sampai beberapa saat. Bermakna lelaki itu memang sedang menunggu.

Apa lagi hal nya ni? Barang sudah dipulangkan dengan jujurnya. Satu sen pun tak luak. Apa lagi yang dia tak puas hati? Atau dia nak buat helah , mana tahu boleh dapat lagi seribu dua ribu. Kalau dasar penyangak dan jahat tu, memang akan terus jahat, hatinya akan terus jadi hitam!

"Helo... encik perlukan bantuan apa-apa ?" Sapa Naira serius , dalam satu nafas. Tak buang masa dah. Straight to the point.

"Saya dah kata , tak nak cakap dengan siapa-siapa melainkan dengan perempuan yang bernama Naira tu."

Tegas , serius dan satu nafas juga Naira dengar jawapan dari manusia semak di sebelah sana. Kemain ya berlagak.

"Naira speaking!"

"Hah ada pun... berjam-jam saya tunggu. Ingatkan dah nak lesap!" Tempelak Iqbal Raid sinis.

" Maksud encik? Saya tak faham!" Naira dah mula panas hati.

"Awak curi barang saya!"

"Jangan tuduh sebarangan tanpa bukti encik!" Naira menafikan. Seharusnya la kan.Dia memang tak buat, memang tak ambil apa-apa pun.

"Siapa kata saya tak ada bukti. Ingat saya ni buta ke? Mengaku sajalah yang awak dah ambil barang saya!"

"Encik jangan nak tipu saya! Kalau saya tak buat kenapa saya mesti mengaku? Saya ni bukan heroin sadis dalam drama melayu yang nak menanggung kesalahan hero yang saya tak buat!" Nada suara Naira semain meninggi. Selari dengan tahap kemarahannya yang semakin meningkat.

Jeda seketika. Reaksi Naira tidak disambut pantas oleh Si Semak di atas sana. Agaknya dia tengah menghadam kata-kata yang dilontar Naira. Habis heroin drama melayu diheret masuk sekali dalam pertengkaran ini.

"Hurm ... heroin drama melayu memang klise.... tambah-tambah yang waktu maghrib tu...saya pun fed up . Tapi awak lain, selamba ambil barang orang yang tak kenal..."

LELAKI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now