Chap 5

3.9K 133 4
                                    

Keesokan paginya ... Dalam sejarah hidup aku , aku bangun tepat pada jam 4:30 pagi , Yerla sebab selama ni jangan haraplah aku nak bangun awal . Biasanya jam 5 aku bangun untuk bersiap tapi kali ni lain macam pula awal 30 minit wek😒

Aku terus bingkas bangun dan mengosok2 mataku . Aku mula mengatur langkah ku menuju ke bilik air dengan keadaan yang masih separuh sedar .

Baru jer aku melangkahkan langkah pertama masuk ke dalam bilik air ...

"eh tuala aku ! Adoi aimi kau ni !" getus ku lalu keluar semula dan dengan segera aku capai tuala yang tersidai di ampaian mini aku  dan masuk semula ke dalam bilik air .

Dalam masa 20minit , aku dah siap . berak pun sudah . Kencing pun sudah. Cuci muka pun sudah . Wudhuk dah ambil . Hah semuanya la aku dah siap.  aku tau bahasa aku ni pelik sikit 😐

Selepas solat Subuh , aku terus menyarung pakaian sekolah ku ke badan ku . Setelah itu , aku oleskan wajahku dengan BC Cream fav aku sebagai asas kat muka aku la . Gile kau nak gi sekolah dengan wajah kusam eee tak nak la aku kayh HAHAHAHA . Then, aku pun menyarungkan tudung sekolah ke kepalaku . Oke dah siap Aimi !🐒

Sebelum turun ke bawah untuk sarapan, aku sempat lagi menoleh ke arah ONEN yang enak dibuai mimpi . Eh jap ! monyet pun ada mimpi ke ? Erk.what evah la Aimi .

Aku pun turun la ke bawah . Kelihatan Umi dengan Papa sedang bersarapan di meja makan.

"Assalamualaikum , morning Umi Pa.. ", sapa ku seraya mencium kedua2 belah pipi Kedua orang tua aku . Ya kedua2 wajah inilah yang sudah bersusah payah menjaga aku sejak kecil dan menyayangi ku dengan sepenuh hati mereka. Tanpa mereka, aku tidak akn dapat melihat keindahan bumi yang dicipta oleh Sang Pencipta 😌🌸Sungguh aku amat menyayangi mereka berdua💖

"Waalaikumussalam sayang .. amboi awalnya siap . Dah kenpa ni? " soal papa sambil menepuk2 bahu ku .

" Eh x de pape la Pa. Adik saja je nak bangun awal sikit dari yang biasa sebab nak rasa juga suasana sekolah kalau datang awal . Hehehe ." ujarku sambil tersengih . Eleh padahal , kau saja je en nak usha2 ustaz kau tu pagi2 kan eleh 😒 cam aku tak tau !

"Dah dah dah .. sekarang ni cepat makan Sandwich Tuna yang umi dah buat . Jap lagi bas sampai kang hah baru tau ," kata Umi kepadaku sambil tangannya sibuk membancuh Milo untuk aku .

Selepas makan , aku pun menyalami tangan kedua ibu bapa ku lau aku pun keluar la dari rumah kononnya nak ambil udara segar pagi2 ni kan lagipun bas belum sampai  ..Sedang aku jalan di hadapan pagar rumah aku sambil kedua2 tangan aku dihayunkan. Tetiba ... mata aku tertumpu ke arah sesusuk tubuh yang memang aku tahu siapa pemiliknya itu😱 waduh waduh adakah ini mimpi Aimi !😒 Kelihatan dia sedang sibuk memakai kasut di atas bangku yang terletak betul2 di penjuru halaman rumahnya 🙌

Aku pada waktu itu seakan terkena Kejutan Elektrik 😂 Tetiba boleh pulak dia pusingkan badan dia menghadap aku . Aku apalagi cepat2 aku lari pastu menyorok kat tepi kereta . 😂 Aku dengan beraninya mengeluarkan sedikit kepala ku untuk intai "Dia" tu . Kelihatan "Dia" tercari2 sambil kakinya dia terangkat2 seakan2 mencari diriku yang sedang menyorok ini 😂 jangan harap aku akan keluar ! Hahahaha .

Tak lama kemudian ... kedengaran enjin motosikal yang em aku rasa berkuasa tinggi kot sebab bunyi enjin dia pun lain macam bukan macam moto kapcai2 tu seh 🙈. Aku masih lagi menjalankan operasi aku hahahaha . Setelah enjin motosikalnya tu dah panas kot la eh kot la  , "Dia" pun duduk di atas tempat duduk moto tu lalu memulas minyak dan terus meluncur laju keluar ke arah simpang .

Setelah aku pastikan betul2 yang "Dia" tu dah x de . Baru aku keluar dengan perlahan2 😜 fuh ! Nasib ! Kalau x , naya kau Aimi 😌...

Tak lama kemudian .. bas sekolah aku akhirnya sampai juga tepat pada jam 7:10 pagi .

"Umi papa , adik gerak dlu eh ! Pape roger ~ Assalamualaikum !" Laung ku sepenuh hati ke arah pintu rumah aku . hahahaha harapnya didengar la launganku 😂

.
.
.
.
.
.
.

hai korang🌸🙌 sorry guys sebab author tahu cerita ni hambar 😷 maklumla x sepro author yang lain hihihi💕 tapi x pe . Awak baca je la kalau suka eh?💫🙈 kalau nak komen . Komen jer 😊author baca dan balas🙌 vote ye kalau suka😊👋💋 enjoy and Stay Tune muah🐙💖

SUAMIKU SI USTAZ SWEETWhere stories live. Discover now