Chapter 58

707 16 14
                                    

Aku lantas menghidupkan enjin kereta , perasaan aku ketika ini bercampur sekali . Keliru....

Aku menghentak tanganku berkali-kali pada stereng keretaku dengan kuat lalu menjerit untuk menzahirkan rasa kesakitan yang aku tanggung pada saat ini .

Marah ? Sedih ? Kecewa ? Putus asa ? Ya Allah semua ada .

Ingin sahaja aku cepat beredar dari tempat ini . Aku langsung tidak mahu menoleh kearah bangunan yang tesergam besar di mataku itu tapi apakan daya , seluruh tubuhku lemah longlai dirasa. Seolah tiada langsung kudrat yang boleh aku gunakan untuk beranjak dari tempat ini. Kaku ....

Apa yang dah berlaku , itulah sudah takdirnya . Siapakah aku untuk melawan takdir itu ? Hancur , hancur sehancur hati ini . Aku hanya berharap bahawa ini semua hanyalah sebuah mainan mimpiku sahaja . Mungkin bila aku tersedar , aku boleh kembali semua ke alam realiti .

Aku lantas mencubit lengan dan menampar kedua belah pipiku , dalam jauh sudut hati aku berdoa bahawa ini bukanlah kenyataan tapi ternyata ... sia-sia sahaja aku melakukan itu semua . Aku masih lagi berada disitu , masih di dalam kereta , masih memakai pakaian yang sama , masih di tempat yang sama ...... hahaha betapa bodohnya diri ini .... bodoh bodoh bodoh ....

" Terimalah hakikat ni Aimi , biarpun sakit mana sekalipun kau harus tahan dan terima sekarang hehe. " ujarku lalu tersenyum nipis sambil mengesat air mataku yang masih lagi mengalir berjujuran .

Berbekalkan secebis kekuatan yang ada pada diriku , aku pada akhirnya dapat juga menekan pedal minyak lalu keluar dari perkarangan hospital tersebut .

"Selamat tinggal , Ustaz Rahim . " ujarku buat kali terakhir ...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum aku beranjak , aku telah menunaikan Solat Zohor terlebih dahulu di surau yang terdapat di hospital tersebut . Jadi pada ketika ini , aku membawa kereta bagaikan tiada hala tuju . Aku tidak tahu kemana harus aku pergi ketika ini . Rumah ? Allahu aku masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Umi dan Papa . Malah aku juga tidak tahu bagaimana aku harus menceritakan perkara ini kepada mereka . Agak lama jugalah aku membuang masa diatas jalan raya tanpa aku sedari hari sudah makin senja .

Keadaan jalan raya pada petang itu agak sibuk . Apa tidaknya kebanyakkanya sudah ingin pulang ke rumah masing-masing berjumpa dengan ahli keluarga setelah seharian suntuk bekerja . Aku melemparkan pandangan kearah luar tingkap kereta sebaik sahaja lampu isyarat tanda merah dinyalakan . Sebuah pandangan yang kosong ....

" Maaf , kamu tercicir dompet . Ni dompet kamu ke ? " kendengaran satu suara dari belakang yang berjaya menghentikan langkahanku .

Aku terus menoleh kebelakang , " Eh memang dia lah ! " Ingin sahaja aku menjerit sekuat hati sebab gila kau , orang yang kau suka tengah berdiri betul-betul depan kau pastu dia tegur kau pulak tu . AAAAAAA TAK KE KAU RASA MALU + HAPPY + NERVOUS !!!!

" Ah ya dompet saya la hehehe . Macam mana pulak boleh jatuh ni ish ." ujarku terkejut lalu ingin mengatur langkahku untuk mendapatkan dompetku semula tapi belum sempat aku nak melangkah ...

EHHHHHHH DIA DATANG MENDEKATIKU PERLAHAN .... LAHHH PULOK DAHHHH ...

"Aimi tenang Aimi . Aimi rilek rilek woiii ! " bisikku dalam hati yg tengah cuba untuk menenangkan jantung yang kian mendebar dup dap dup dap .

Aduh ! Pipi aku terasa panas membahang . MALU punya pasal la ni aduhai !

" Nah ! " ujarnya tersenyum lalu menyerahkan dompetku .

" Ah sudah mampos ! Dia senyum pulak dah . Bismillah headshot !!!! "

" Boleh tak jangan senyum . Weh janganlah buat muka macam tu boleh tak Ustaz Rahim ? Anda sedang menguji keimanan saya tanpa anda sedar oiii . Sengaja eh sengaja ish dia ni la ?! "

" Haaa hmm yee terima kasih Us..Ustaz Ra..Rahim . " ucapku lalu tergagap-gagap menahan malu sendiri .

Asal do aku jadi gagap tetiba ni . Weh asal asal ?!

Ah aku tak fikir apalagi dah , aku terus cepat-cepat mengambil dompet yang dihulurnya .

OK CABUT LU PAPER ROGER CHAWWWWW !!!!


PINGGGGG !!!!

"Ya Allah ! " terkejut aku dibuatnya dengan segera aku mengusap lembut dada .

Hon kereta dibelakangku itu berjaya membuatkan aku tersedar dari lamunanku sebentar tadi . Aku membetulkan posisi lalu melihat kearah lampu isyarat dihadapan .Oh patutlah kena hon rupanya dah lampu hijau . Lama sangat ke aku mengelamun tadi sampai kena hon ? Hm rasanya kot ... Aku tersenyum seketika bila aku mengenangkan kembali detik-detik perkenalan aku dengan Ustaz Rahim sewaktu di sekolah menengah :') Banyak sangat kenangan yang aku ada dengan dia . Sangat banyak ... Ya Allah sakitnya ... pedihnya aku rasa hati ini sekarang ... Kenapa aku teringat benda yang aku tak patut ingat pada masa sekarang ?

Aku dengan segera mengusap air mata yang tersisa. Tanpa membuang masa lagi , aku terus menukar gear lalu menekan pedal minyak kereta ....


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku memberhentikan enjin lalu keluar dari kereta . Aku menghela nafasku sedalam-dalamnya . Aku tersenyum nipis . Hmmm segarnya udara sini ...

Ya..aku belum balik rumah lagi hehehe. Korang tau kan , aku masih belum sedia nak berhadapan dengan umi papa . Aku takut nak tengok reaksi dorang kalau aku ceritakan hal ini . Jadi aku decide untuk singgah kejap dekat tepi sebuah tasik yang sentiasa jadi tempat rahsia aku bila ada masalah atau stress yang aku hadapi . Aku ni bukanlah jenis orang yang bila ada masalah , terus nak cerita / meluah dekat kawan-kawan ke atau umi papa hehe . Bagi aku , biarlah aku handle sendiri benda ni selagi aku mampu sebabnya , walaupun orang dah dengar belum tentu dorang faham selagi bukan dorang sendiri yang rasa benda tu . Betul tak ?

Aku terus melabuhkan punggungku diatas sebuah bangku yang ada disitu . Aku memejamkan mataku sebentar cuba untuk menikmati suasana yang tenang ketika itu .

Tenang ke ?

Mungkin keadaan sekekeling ku sahaja namun diriku ?

" Ya Allah , apa yang aku kena buat sekarang ni ? "

" Kali ini aku betul-betul rasa kehilangan orang yang aku sayang ... "

" Ketahuilah , aku bukan sengaja tak nak pertahankan hak aku tapi aku tak mampu . "

" Aku tak mampu Ya Allah ... aku tak mampuu ..."

Aimi terus menangis .. menangis dan menangis ...tiada siapa yang benar-benar tahu akan perasaan sakitnya pada ketika ini melainkan Allah sahaja .


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai kesayangan semua , minta maaf banyak tau sebab saya dah lama tak update cerita SSUS ni . Saya pun sebenarnya lama dah tak sihat ni . Minta jasa baik korang untuk doakan kesihatan saya ye jadi saya boleh continue tulis cerita ni sampailah habis hehe . Terima kasih tau untuk segala komen segala support yang korang dah bagi untuk saya . Saya hargai sangat . Semoga Allah balas segala kebaikkan korang aamiin

Stay safe ye <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUAMIKU SI USTAZ SWEETWhere stories live. Discover now