Chapter 30

2.7K 90 12
                                    

3 bulan telah berlalu setelah aku tamat menjawab SPM , kini tibalah masanya aku untuk mengambil result SPM aku pada pagi ini .

Nervousnya tu tak payah la aku cakap sebab korang pun pernah alami en ? ( kepada yang dah habis la )

Aku hanya memilih outfit yang casual dan selesa untuk aku. 

Cardigan Dark Blue + blouse putih susu bawah paras pungung + Shawl Bubble warna soft pink + and my hipster " spek " . ( aku memang silau eh bukan sengaja nak jadi hipster hahaha )

Wuuu banyaknya oranggg . Macam mana nak cari kawan ni ?

Tiba tiba . .... .

" baaaa ! "

" ya Allah ! Dayang ! Ish kau ni !" marahku kepadanya .

" ala sorry sorry . Aku saja je nak kejutkan kau . Hahaha " ujar Dayang sambil meyenggol2kan kepalanya kat bahu aku .

" ish hahahaha apa ni mangkuk! " aku ketawa melihat perangai Dayang yang aduh entahlah tak paham aku hahahah . Dah ambik SPM pun macam ni , nak ambik result pun tetap macam ni heih apa nak jadi dengan tambi satu ni ye guys ? .

" oh my god guys!!! " jerit Ziela lalu datang menerpa ke arah aku dan Dayang .

" lama nye tak jumpa korang . Dahlah masa cuti pun tak roger nak gi lepak . " ujar Ziela

" ala sorry la sis 😂 aku haritu sibuk duk jaga anak buah aku hah Harith dengan Iqram tu hah . Sebab dorang nak dapat adik baru en ? " jelasku sambil membetulkan tudungku .

" ha ah . Aku tu hari pun sibuk wat dance cover jer kat rumah ." jelas Dayang sambil tersenyum sepet .

" Tak habis habis dengan BTS dia ah tu eleh . " olokku kepada Dayang .

" yaaaa!!! Pabo!!!! " marah Dayang . Hem dah keluar dah bahasa korea dia.

Tak lama kemudian , datanglah Ain dan Syaf. Selepas berlaga pipi , cium sakan semua tu , kami 5 pun gerak la sama sama menuju ke Dataran Bakti .

Kami cari punya cari meja yang menandakan nama kelas kami . Alhamdulillah ada pun .

" Assalamualaikum cikgu ." sapa kami berlima kepada Cikgu Sailengnudin yang sedang sibuk menyusun slip keputusan .

" waalaikumussalam eh kamu!" jawab Cikgu Sailengnudin terkejut .

" Apa khabar cikgu ? Sihat ?" tanyaku kepada Cikgu.

" Alhamdulilah sihat .tak sangka ya dah besar panjang dah kamu eh lepas habis SPM ni .", ujar Cikgu Sailengnudin sambil membelek belek slip keputusan si hadapan kami .

Cari kami 5 punya slip kot hahahaa . Memang laa takkan nak cari jodoh plak kan ... Hish Aimi .

" nah . " ujar Cikgu lalu menghulurkan slip keputusan SPM kepadaku .

Aku dengan perlahan lahan menyambut slip tersebut dari tangan cikgu.

Aku buka  ... Aku baca ...

Dan .......

Ya Allah ....

Takkan la ....

Selama ni aku..... Tak pernah pernah macam ni ...
 
Ape semua ni Ya Allah ? ..

" YEAYYY!!!!!! ALHAMDULILLAH !!!!!" akhirnya terlepas jua perasaan aku yang gembira tak terkata ni .

" berapa kau Aimi ? " soal Ziela lalu mengambil slip aku .

" wehh . Serious ahh!!!! Alhamdulillah . Syukur . Tahniah boss tahniah . " ujar Ziela .

Aku hanya mengukir senyuman sahaja . 😂

" Ziela , Syahfika , Dayang dan Ain. "

" nah Ambik ni ya . " ujar Cikgu Sailengnudin .

Mereka bereempat dengan segeranya membaca keputusan yang tertera di atas kertas tersebut .

" yeayy!!!!!!! Syukur Alhamdulillah ya Allah !" ujar mereka berempat lalu datang menerpa ke arahku dan memeluk ku dengan erat sekali.

Tak sangka kami berlima mendapat keputusan yang cemerlang dengan lulusnya mendapat 10 A . Syukur Alhamdulillah . Takde apa dah kami nak cakap kecuali bersyukur yang teramat banyak kepada Allah .

Terima kasih Allah ❤

Selepas itu , sesi bergambar diadakan untuk pelajar2 yang mendapat keputusan yang cemerlang . Sekolah aku catat pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang sebanyak 16 orang . Banyak la jugak hahaha.

" eh . Aku tak sangka weh impian kita untuk berlima berjaya dalam SPM tercapai jugak.  Alhamdulillah ." ujar Ziela semasa dalam barisan untuk menaiki pentas .

" hem kan. Aku pun tak sangka . Naik pentas pun sama sama . " jawabku lagi lalu ketawa kecil .

Aimi , kau lupa sesuatu .

Hah? Lupa ? Lupa apa?

Orang yang suka .

Hah? Siapa plak ni ?

Pandang belakang .

Ha? Kau nak aku pandang belakang? Eee tak nak la macam citer jangan pandang belakang jer .

Pandang je la kalau orang suruh pandang !

Haa okok jangan marah .

Bukan marah cuma nasihat .

Tetiba suara hatiku kuat bebenor nak toleh ke belakang . Entahlah kenapa . Aku macam rasa ada seseorang . Aura dia kuat . Kuat sangat . Perfume dia aku pernah bau . Tapi di mana ? Aku pun toleh la ke belakang ........ Dan .......


Eh kejap ! Wait! what?

SUAMIKU SI USTAZ SWEETWhere stories live. Discover now