part 1

245 15 0
                                    

"Jimin!! Kau dah siap ke belum??" soal Namjoon kepada Jimin yang masih belum masuk ke dalam van.

"Belum lagi!! Kejap!!" balas Jimin.

"Aduh..lambat la kau ni..kitorang tunggu kau je ni..cepat la sikit.." keluh Namjoon sambil menyuruh Jimin supaya cepat bersiap.

"Kejap la..aku tengah sapu minyak angin dekat sixpack aku ni.." balas Jimin menekankan perkataan sixpack sambil menyapu minyak angin di perutnya yang sakit.

"Eleh..poyo je kau..tau la kau ade sixpack.." kata Namjoon dengan mulut muncung dan terus berjalan menuju ke van.

10 minit kemudian,Jimin pun muncul bersama beg pakaian dan barang keperluannya. Sampai sahaja di van , semua memandang ke arah Jimin dengan muka yang geram.

"Err..sorry la korang..perut aku sakit..tu yang aku sapu ubat tadi..hehehe.." kata Jimin yang dah dapat agak kenapa memandang ke arahnya dengan muka yang agak geram.

"Kau sapu ubat tu dah macam perempuan bersolek tau tak? Lama giler kau sapu ubat..kau sapu ubat ke kau makeup haa? Hahaha.. " perli Taehyung.

"Ish kau ni..aku sapu ubat la..perut aku sakit sebab buat sit-up banyak sangat semalam.. " balas Jimin.

"Yelaa..orang ada sixpack kan..sapu ubat pun berejam..kalah perempuan bersolek..hahahaha.." perli Namjoon pula.

"Hahahaha..." semua gelak serentak ketawakan Jimin.

"Ish korang ni..gelakkan aku pulak..sorry la.." kata Jimin sambil menjuihkan bibirnya seperti orang sedang merajuk.

"Kau tak payah nak acah-acah merajuk ekh..dah cepat masuk van..dah lambat ni..nanti terlepas flight pulak kang.." kata Seokjin.

"Haa..betul kata Seokjin tu..kang terlepas flight nanti, kau dengan Hoseok jugak yang menangis tak tentu pasal kang..hahaha.." kata Jungkook mentertawakan Jimin dan Hoseok kerana mereka berdua lah yang nak sangat pergi ke Hutan Amazon tu.

"Eh eh..kenapa aku pun terjebak sama ni? kau ni dah kenapa Jungkook?" soal Hoseok memandang Jungkook dengan geram.

"Hehehehe..tak de apa-apa lah.." balas Jungkook sambil tersengih.

"Dah..Jimin..cepat masuk van..dah lambat ni.." kata Seokjin.

Jimin pun masuk ke dalam van tanpa menghiraukan Jungkook dan mereka semua terus menuju ke airport untuk pergi ke Hutan Amazon di Brazil.

Apabila sampai di Brazil, mereka menaiki bot untuk ke Hutan Amazon.

***

"Akhirnya!!! Sampai jugak kita semua ke Hutan Amazon ni!! Aduh..sakit pinggang aku duduk dalam flight tu..nasib baik dapat naik bot..hahaha.." sorak Hoseok yang kegembiraan setelah berjam-jam duduk dalam kapal terbang tadi.

"Yeayh!! " semua bersorak serentak kecuali Yoongi.

Semua memandang Yoongi yang tidak bersorak bersama mereka tadi. Mereka berasa pelik dengan kelakuan Yoongi yang hanya berdiam diri sepanjang perjalanan menuju ke Hutan Amazon ini.

"Weyh Yoongi, kenapa kau diam je hari ni?  Sepatah perkataan pun aku tak dengar kau bercakap hari ni..kenapa? " soal Jungkook.

"Tak de apa-apa la..." balas Yoongi pendek dengan nada yang sungguh perlahan seperti dengar atau tidak dengar saja suaranya. Mukanya juga seakan-akan muram sahaja.

"Kau tak sihat ke Yoongi? " soal Taehyung.

"Tak la..aku ok je la..tak de apa-apa..dah jom gerak cari tempat untuk kita bermalam.." balas Yoongi.

Semua memandang antara satu sama lain. Mereka hairan dengan kelakuan Yoongi. Yoongi kelihatan sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka.

"Dah.. Jom lah guys..mungkin Yoongi tak cukup tidur tu kot.." kata Seokjin.

"Betul cakap Seokjin tu..dah..jom cari tempat untuk kita bermalam.." kata Namjoon.

Mereka menjumpai satu rumah tumpangan yang agak sunyi yang berada berdekatan dengan kawasan hutan tersebut.

"Kita tidur kat sini je la.." kata Yoongi.

Semua memandang antara satu sama lain. Mereka mengangguk tanda setuju tanpa banyak soal. Walaupun tempat itu tidak beberapa menyenangkan, namun mereka pun sudah keletihan. Maka,mereka hanya mengikut saja keputusan Yoongi untuk bermalam disitu.

***

Keesokkan harinya , Seokjin dan Jungkook lah yang bangun paling awal diantara mereka semua untuk menyiapkan sarapan. Selepas selesai menyiapkan sarapan, Jungkook pun mengejutkan kawan-kawannya yang lain yang masih tidur. Apabila mereka sudah berada di meja makan, hanya Yoongi sahaja yang tiada di situ.

"Jungkook, mana Yoongi? Kau tak kejut dia ke?" soal Seokjin.

"Haah la..baru aku perasaan Yoongi tak de dekat sini..cuba kau pergi tengok Yoongi tu Jungkook.." arah Jimin.

"Tadi aku dah kejut dia..dia tidur balik agaknya..Taehyung, jom ikut aku pergi panggil Yoongi.." kata Jungkook.

"Alaa..kenapa aku??" soal Taehyung yang masih agak mamai sambil menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk.

"Jom je la.." balas Jungkook sambil menarik tangan Taehyung dan terus pergi ke bilik Yoongi.

Sampai di bilik Yoongi, Jungkook dan Taehyung memandang antara satu sama lain kerana pintu biliknya terbuka dan mereka melihat Yoongi sedang menyapu ubat di bahu kirinya yang bengkak.

"Kenapa bahu kau tu Yoongi?" soal Taehyung.

Yoongi hanya berdiam diri dan terus menyarungkan baju t-shirtnya tanpa menghiraukan soalan Taehyung.

"Jom turun makan.." balas Yoongi dan terus menuju ke tangga untuk ke meja makan.

Jungkook dan Taehyung masih terkebil-kebil dengan tingkah laku Yoongi. Dia berkelakuan agak dingin semenjak mereka dalam perjalanan ke Hutan Amazon ni lagi.

Setelah habis bersarapan, mereka mengemas barang-barang yang perlu dibawa untuk masuk ke dalam hutan.  Mereka juga membawa beberapa bekalan makanan dan minuman untuk dijamah sewaktu dalam perjalanan di sana nanti.

***

"Weyh korang, kenapa pokok-pokok kat sini besar-besar ekh? Aku rasa seram la pulak tengok pokok-pokok ni...aku risau la..jom balik.." kata Taehyung sebaik sahaja mereka berjalan masuk ke dalam hutan tersebut.

"Eh kau ni..kita datang jauh-jauh nak selidik pasal makhluk-makhluk pelik kat sini tau..kita baru je nak mulakan operasi  tapi kau dah nak balik pulak.." kata Jimin.

"Kau takut ekh Taehyung~~?? Hahaha.." sakat Jungkook.

Taehyung menjeling ke arah Jungkook. Jungkook seakan-akan faham lalu dia hanya tersengih-sengih ke arah Taehyung.

"Dah jom..jangan nak mengada-ngada ekh Taehyung..tak de apa-apa la..penakut betul kau ni.." kata Hoseok.

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka sampai lah di suatu kawasan perairan, mereka berhenti untuk berehat.

"Seokjin, aku tak nampak apa-apa yang pelik atau menakutkan pun kat sini..penuh dengan pokok je dari tadi aku tengok.." kata Namjoon.

"Tu la..aku dengar ramai kata kat Hutan Amazon ni ada macam-macam makhluk pelik dan bahaya..tapi satu pun aku tak nampak.." balas Seokjin.

Tengah mereka berborak-borak, tiba-tiba..

"Aarrgghhh!!"

Mereka terperanjat dengan jeritan tu.

"Tu kan suara... " kata mereka saling berpandangan.

××××××××××××××××××××××××××

-Dapatkah mereka menemui makhluk² itu~?
-Siapakah pemilik suara tu~?
-Kenapakah ada orang yg menjerit~?

[~tunggu jawapannya nanti~]

××××××××××××××××××××××××××

KEMBARA KE HUTAN AMAZON (√)Where stories live. Discover now