Keesokkan paginya, mereka bersiap sedia untuk memulakan pengembaraan mereka mencari makhluk bernama inashi atau lebih dikenali sebagai mapinguari. Mereka berkumpul bersama-sama GD dan beberapa penduduk kampung yang akan mengikuti mereka dalam pengembaraan ini.
"Baiklah..seperti yang dah dirancang malam tadi, GD dan beberapa orang penduduk kampung akan mengikuti kita dari belakang..Seokjin akan mengetuai kumpulan BTS dibantu oleh Namjoon..Jisoo pula akan mengetuai kumpulan BP dan dibantu oleh Jennie..ada bantahan? " soal Lisa.
"Saya bantah!" jerit Jungkook membantah.
Semua memandang ke arah Jungkook."Saya bantah kalau ada yang membantah..hehehehe.." sambungnya lagi seperti ingin membuat lawak.
"Kau ni buat orang terkejut je..aku debik kang baru kau tau.." kata Namjoon sambil menggenggam penumbuk mahu mendebik si Jungkook tapi dihentikan oleh Hoseok dan Seokjin.
"Dah tak payah nak gaduh-gaduh..semua dah sedia kan? Bekalan semua dah bawak?" soal Seokjin.
"Dah.." balas mereka semua serentak kecuali GD dan penduduk kampung yang tidak memahami bahasa mereka.
Mereka menganggukkan kepala setelah Jisoo menterjemahkan kepada mereka.
***
Setelah jauh mereka merantau di Hutan Amazon tersebut, mereka pun berehat di sebatang sungai yang sejuk airnya. Mereka semua berehat. GD dan pengikut-pengikutnya mandi di sungai tersebut untuk menyegarkan badan mereka.
Jungkook berasa bosan. Dia mengajak Hoseok dan Taehyung bermain dam ular. Jungkook berasa gembira apabila Hoseok dan Taehyung bersetuju untuk bermain dam ular tersebut.
"Wahh..seronoknya korang main dam ekh.." kata Lisa apabila melihat mereka bertiga sedang gelak ketawa bermain dam ular.
"Eh..Lisa..awak jom la join kitorang main sekali..korang okay kan? " soal Taehyung kepada Hoseok dan Jungkook.
"Eh..aku okay je Taehyung..jom la Lisa..mesti Best kalau awak join kitorang main dam ular ni.." balas Hoseok.
"Jungkook, boleh kan? " soal Taehyung kepada Jungkook.
Jungkook hanya diam seribu bahasa dan hanya mengangguk sebagai tanda dia setuju.
"Tak apalah..saya saja nak tengok korang main dam tu..happy semacam je saya tengok tadi..korang mainlah..saya nak berborak dengan Jennie sekejap.." balas Lisa menolak pelawaan mereka sambil tersenyum.
"Owh..okay..tak apalah kalau macam tu.." balas Hoseok.
Lisa pun bergerak untuk mendapatkan Jennie.
"Eh Jungkook..kenapa kau membatu je bila Lisa tegur kita tadi? " soal Taehyung.
"Mana ada aku membatu..aku tak tahu nak cakap ape..tu yang aku diam.." balas Jungkook.
"Yeke? Ke kau tak selesa dengan dia? Muka kau macam tak suka je bila dia tegur kita tadi.. Senyum pun tak kau tadi.." soal Hoseok pula.
"Aku okay je la..dah jom sambung main..giliran kau Hoseok.." balas Jungkook malas nak lanjutkan perbincangan tentang Lisa.
Mereka pun meneruskan permainan mereka. Sementara itu, Lisa pergi bertemu dengan Jennie dan Rose. Rose dan Jennie seperti sedang berbincang mengenai sesuatu. Lisa melihat Rose sedang mengalirkan air matanya tanpa bersuara.
YOU ARE READING
KEMBARA KE HUTAN AMAZON (√)
RastgelePengembaraan ke Hutan Amazon untuk menyelidik kewujudan makhluk-makhluk yang jarang dijumpai telah bertukar menjadi tragedi. Hal ini telah memberikan pengalaman yang amat menakutkan serta mengerikan kepada 7 orang sahabat karib yang menggelarkan di...