Mereka meneruskan perjalanan mereka.
"Hai Jungkook.. " sapa Lisa yang berjalan disebelahnya.
"H-h-ha-hai Lisa.." balas Jungkook gagap dan air mukanya berubah.
"Sejak bila pulak awak jadi gagap ni? " soal Lisa.
"Ma-mana ada gagap..saya okay je.." balas Jungkook.
"Owh..okay.." balas Lisa.
"Lisa..sini kejap.." Taehyung memanggil Lisa.
"Haa..kenapa panggil saya? " soal Lisa sebaik sahaja dia sampai disebelah Taehyung dan Hoseok.
"Saya dengan Hoseok tak faham la GD cakap apa..boleh tak awak tolong terjemahkan?" soal Taehyung sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Kenapa tak panggil Jisoo? " soal Lisa.
"Jisoo tu asyik dengan Seokjin je dari tadi..duk bertumbuk sana bertumbuk sini je diorang tu...asyik gaduh je diorang tu..kang terfall in love kang baru padan muka..hahaha.." balas Hoseok.
Lisa terus bertanyakan pada GD apa yang hendak disampaikan kepada mereka.
"GD kata jaga-jaga tangan kiri awak tu sebab ada bau darah..dekat sini banyak makhluk pemakan daging..serangga berbahaya pun banyak dekat sini.." kata Lisa.
Taehyung berasa agak takut apabila mendengar kata-kata Lisa tu. Dia menelan air liurnya untuk cuba menenangkan dirinya.
"Owh..macam tu..baiklah..terima kasih sebab mengingatkan saya.. " kata Taehyung.
Hoseok hanya menahan gelak apabila melihat Taehyung yang berani lawan makhluk ganas tadi menjadi takut dengan kata-kata peringatan GD tu. Taehyung menyiku perut Hoseok kerana dia perasan yang Hoseok sedang mentertawakannya.
"Shhh! Diam semua..." kata Namjoon menghentikan semua pergerakan mereka.
"Korang dengar tak??" soal Namjoon.
Semua memandang Namjoon dan terus memerhati sekeliling mereka sambil memasang telinga untuk mendengar suatu bunyi yang dimaksudkan oleh Namjoon.
"Macam bunyi ular je..jangan-jangan..." kata Jimin dengan ayat tergantung.
Semua memandang Jimin dan....
"Anaconda!!!" jerit mereka semua serentak.
"Cepat cari tempat sembunyi! " arah Seokjin.
Mereka semua mencari tempat untuk bersembunyi dan terus menyorokkan diri mereka. Mereka berasa amat takut lagi-lagi kumpulan BP. Kumpulan BP memang takut dengan anaconda kerana terpengaruh dengan cerita inggeris yang mereka lihat di panggung wayang dan ceritanya bertajuk 'Anaconda'.
"Arrghhh!!!"
Mereka tersentak apabila terdengar satu suara sedang menjerit kesakitan. Mereka menjengukkan kepala mereka dan seorang penduduk kampung bernama Ki telah tertikam dirinya sendiri secara tidak sengaja. Dia jatuh dan tertusuk satu batang kayu yang tajam semasa mencari tempat untuk bersembunyi.
"Huga giga tuga!!!" jerit GD apabila melihat anaconda berada betul-betul di belakang seorang penduduk lain bernama Tuga yang pergi menghampiri Ki untuk membantu.
"Arrggh!! GD!!!!" jerit Tuga apabila dia dibelit kuat oleh anaconda tersebut.
"Weyh..takkan nak tengok je?? Buat la sesuatu..." kata Namjoon kepada Seokjin.
Seokjin menjadi buntu.
"Awak ni lembap la..korang!!! Lari!!! Giga gigi giga!!!" jerit Jisoo dalam dua bahasa.
YOU ARE READING
KEMBARA KE HUTAN AMAZON (√)
RandomPengembaraan ke Hutan Amazon untuk menyelidik kewujudan makhluk-makhluk yang jarang dijumpai telah bertukar menjadi tragedi. Hal ini telah memberikan pengalaman yang amat menakutkan serta mengerikan kepada 7 orang sahabat karib yang menggelarkan di...