part 4

128 11 0
                                    

"Jungkook..siapa GD ni? Lain macam je aku tengok dia ni.." soal Jimin kepada Jungkook setelah mereka tiba di rumah GD dan Hoseok sedang dirawat.

"GD ni ketua kampung dan dia pakar mengubat orang kat sini.." balas Jungkook.
"Macam mana kau tau? Kau kenal dia ke? Apa jadi dekat korang tadi? Siapa perempuan-perempuan ni?" soal Jimin bertubi-tubi.

"Hish..banyak tanya la kau ni..perempuan-perempuan ni kumpulan BP..nanti la aku cerita kat kau..tu pun kalau aku rajin nak cerita la..hahaha.." kata Jungkook sambil ketawa.

Jimin menjuihkan bibirnya tanda merajuk tapi Jungkook tetap ketawa walaupun perlahan.

"GD kata, Hoseok tak apa-apa..dia cuma perlukan rehat..kesan gigitan di lengannya adalah gigitan serangga yang tidak berbahaya..ia hanya mendatangkan rasa sakit sehingga Hoseok kehilangan tenaga akibat dia memendam dan menahan rasa sakit itu..kekurangan tenaga yang membuatkan dia tidak sedarkan diri.." kata Lisa dari kumpulan BP.

Jisoo hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda apa yang dikatakan oleh Lisa adalah benar. Jisoo juga adalah seorang ahli dari kumpulan BP tersebut.

BP merupakan satu kumpulan penyiasat dari negara yang sama dengan BTS dan mereka telah terkandas di Hutan Amazon itu selama sebulan. Hanya Lisa dan Jisoo yang memahami bahasa puak itu kerana mereka berdua mempunyai rakan dari puak itu.

"Owh begitu..maksudnya Hoseok akan pulih dengan cepat?" soal Seokjin.

"Nampak gayanya begitu lah..dia hanya memerlukan rehat secukupnya..jom pergi ke rumah atas pokok kami..kita boleh berehat dan berbual-bual disana.." balas Lisa.

Mereka semua beredar dari tempat Hoseok dirawat untuk memberi ruang kepadanya supaya dapat berehat secukupnya.

"Korang ni siapa? Macam mana korang boleh terkandas dekat sini? " soal Jimin kepada BP sebaik sahaja mereka duduk berkumpul di ruang tamu rumah atas pokok seperti yang dikatakan oleh Lisa.

"Kitorang penyiasat jugak sama macam korang.. Kitorang tersesat semasa menjejaki raksasa mapinguari.." balas Jennie sambil menghidangkan buah-buahan yang segar.

"Raksasa mapinguari??? Apa tu??? " soal Taehyung ingin tahu lebih lanjut.

"Mapinguari atau nama lainnya Inashi..maksud nama makhluk ni dalam bahasa inggeris ialah 'the roaring animal' serta 'the fetid beast'.." balas Jennie.

"Macam mana rupa mapin apa tadi?? Mapinjari ekh?" soal Jimin yang terlupa nama makhluk itu.

"Hahahaha..mapinguari la Jimin oii.." kata Namjoon kepada Jimin.

"Hahahaha..apa la kau ni Jimin..mapinjari tu kau..jari kecik.. Hahahaha.. " sakat Jungkook sambil memperli jari Jimin yang agak comel kerana saiz jarinya yang paling kecil diantara mereka semua.

Mereka semua tergelak dengan kata-kata Jungkook. Jimin sudah memuncungkan bibirnya sambil merenung tajam ke arah Jungkook.

"Gurau..gurau..jangan la marah..aku gurau je.. hehehe" kata Jungkook cemas apabila Jimin memandang tepat ke matanya.

"Tahu pun kau cuak..hahaha..jari aku memang kecik..comel tau..aku ada,kau ada? Hahaha" balas Jimin menyakat Jungkook pula.

Jungkook memandang Jimin dengan muka geram kerana Jimin mengenakannya kembali. Yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka.

"Kalau korang nak tahu, mapinguari ni adalah makhluk sejenis bigfoot..tapi makhluk ni cuma ada satu mata dan mempunyai mulut di perutnya..kukunya panjang..kulitnya seperti kulit cicak dan mirip seperti sloth..tingginya 2 meter dan sangat agresif.." terang Lisa.

KEMBARA KE HUTAN AMAZON (√)Where stories live. Discover now