Part title

106K 313 5
                                    


Fauzi memandu motosikalnya membelah jalan raya untuk menuju ke Jalan Setia Kasih bagi menghantar surat surat yang banyak dan bertimbun timbun itu. Timbunan surat yang senantiasa ada jika dia sampai di pejabat seolah olah tidak mahu habis. Mahu sahaja dihumbannya surat itu ke dalam longkang atau gaung namun apabila memikirkan kesan yang akan dia terima, dia membatalkan hasrat hatinya itu. Menjadi satu kesalahan buat posmen yang membuang surat. Silap silap haribulan dia bisa ditahan di dalam lokap!
Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Seandainya terjadi, sudah pasti isterinya, Amira akan sedih. Dia perlu bekerja kuat sekarang memandangkan isterinya sudah berbadan dua. Sekarang tanggungjawabnya sudah bertambah. Kalau dahulu hanya perutnya, perut isterinya dan perut anak perempuan sulungnya sahaja yang perlu diisi. Dengan kehadiran 'orang baru' dalam keluarga mereka, perbelanjaan juga semakin banyak.
Sudahlah gajinya kecil. Gaji isterinya yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat Cina juga bukannya besar sangat. Jadi dia perlu berjimat cermat. Inilah realiti hidup seorang yang bergelar posmen. Kerjanya memang berat. Perlu menghantar surat dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca panas atau hujan, dikejar oleh anjing, dimarahi oleh orang dan seribu satu macam lagi kesukaran yang perlu dia hadapi untuk menyerahkan pelbagai jenis surat kepada tuan empunyanya.

Orang lain tidak tahu kesusahan itu. Mereka hanya pandai marah apabila posmen tersilap menghantarsurat namun mereka tidak tahu kesukaran dan kesusahan yang dihadapi oleh posmen untuk menghantarsurat surat mereka.
Sudahlah bekerja sebagai seorang posmen ini teruk tetapi jumlah gaji yang dibayar sangat sedikit. Oleh sebab itu, ramai orang tidak sanggup untuk menjadi seorang posmen. Hanya mereka yang cekal dan tahan lasak sahaja yang mampu.
Apabila memikirkan pelbagai masalah yang melanda hidupnya, fikiran Fauzi mula kacau bilau. Tubuhnya benar benar keletihan sekarang memandangkan cuaca panas sering kali mengganggu dirinya. Tetapi suka atau tidak dia perlu bertahan. Kerja apa lagi yang boleh dia lakukan. Dia hanya ada SPM sahaja sebagai kelulusannya. Begitu juga dengan isterinya. Justeru itu, walau apa pun cabaran yang dia hadapi, dia perlu tabah.
Sudah tujuh buah rumah dia telah pergi untuk menghantar surat di Taman Setia Kasih itu. Ada yang mengambil sendiri dan ada juga yang dia perlu masukkan ke dalam peti surat. Rumah rumah di Jalan Setia Kasih itu terdiri daripada rumah rumah teres dua tingkat yang berharga RM100 000 ke atas. Kebanyakkan penghuninya terdiri daripada kalangan golongan professional dan ahli perniagaan.
Sampai sahaja di rumah teres bernombor 65, kelihatan seorang perempuan muda sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah itu.
"Apa khabar abang tampan?" Sapa Rivera, pembantu rumah berbangsa Filipina itu dengan lembut dan ramah.
"Khabar baik... Rivera cantik cantik ni nak pergi mana?" Soal Fauzi sambil matanya tidak puas puas menjamah dada milik Rivera itu. Nafsunya sering kali memuncak apabila melihat pembantu rumah yang cantik jelita itu. Baginya, Rivera langsung tidak sesuai menjadi pembantu rumah tetapi sesuai menjadi seorang model!
"Tak ke mana mana. Saya tengah tunggu abanglah." Kata Rivera sambil meliuk liukkan badannya. Tangannya terus memintal rambut hitamnya yang sudah melepasi paras bahu itu. Giginya tidak henti henti menggigit gigit bibir bawahnya.
Seronok sungguh Fauzi melihat Rivera yang manja dan comel itu. Isterinya tidak pernah berbuat seperti itu sejak belakangan ini. Seingatnya, isterinya berkeadaan begitu ketika malam pertama mereka dan sebulan selepas mereka berkahwin. Selepas itu, isterinya hanya sibuk menguruskan rumahtangga dan juga sibuk bekerja sehingga dia hendak bermanja dan dibelai pun sudah agak sukar sekarang.
"Rivera tunggu abang? Oh, Rivera nak ambil surat untuk boss Rivera ye? Nah, ini suratnya." Fauzi menyerahkan surat untuk tuan rumah nombor 65 itu kepada Rivera dan Rivera mengambilnya dengan cara yang cukup menggoda. Dia sengaja meliuk lentukkan badannya yang kurus dan ramping itu untuk menggoda Fauzi.
"Rivera tunggu abang di sini bukan sebab nak ambil surat je..." Ujar Rivera.
"Habis tu sebab apa?" Soal Fauzi kehairanan.
"Rivera nak tengok muka abang yang tampan dan tubuh abang yang seksi tu juga." Ujar Rivera dalam Bahasa Melayu walaupun ada pelat pelat Filipina sedikit. Cara percakapannya sama dengan Mark Adam, penyanyi yang berasal dari Filipina dan sedang mencipta nama di Malaysia itu.
Berbunga bunga hati Fauzi apabila Rivera memujinya tampan dan seksi. Untung sahaja mereka berada di luar rumah. Jika mereka di dalam rumah, sudah lama digomolnya perempuan Filipina yang cantik, gebu, seksi dan putih melepak itu. Terangsang sungguh nafsunya melihat peha Rivera yang putih dan terdedah itu. Ternaik nafsu serakahnya melihat senyuman Rivera yang manis dan menggoda campur menawan itu.
"Macam mana Rivera tahu tubuh abang seksi? Rivera pernah tengok ke?" Soal Fauzi menduga.
"Ala..., tengok lengan abang yang besar itu pun Rivera sudah tahu. Tengok dada abang yang bidang itu pun Rivera sudah boleh nampak. Abang mesti banyak bersenam kat gimnasium kan?" Ujar Rivera,
Benar sekali tekaan Rivera. Sejak muda lagi dia sudah biasa bersenam di gimnasium untuk menyihatkan badan di samping untuk memperolehi badan yang menjadi idaman setiap wanita. Badan yang berotot dan berketul ketul itu sudah pasti akan menarik perhatian wanita yang melihatnya di samping wajahnya yang agak tampan itu. Mempunyai badan yang cantik bukan sahaja sihat malah seseorang itu akan kelihatan lebih berkeyakinan apabila berpakaian dan berhadapan dengan orang ramai. Sebab itu, amalan bersenam di gimnasium diamalkannya sehingga sekarang walaupun dia sudah berumahtangga.
Fauzi sekadar pergi ke gimnasium yang berharga murah sahaja. Satu jam lima ringgit. Walaubagaimanapun, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di gimnasium itu agak rendah kelasnya jika hendak dibandingkan dengan gimnasium yang mahal harganya. Namun begitu, itu sudah memadai memandangkan gajinya bukanlah besar sangat untuk pergi ke gimnasium yang berharga RM200 sebulan!
Jika dia pergi juga, alamatnya kebulurlah anak dan isterinya di rumah. Gajinya hanya sebanyak RM1200 sahaja. Tolak bil api, bil air, bil Astro, bil telefon, sewa rumah, minyak motorsikal, makan, minum dan peralatan rumah yang lain menyebabkan gajinya habis pada setiap akhir bulan. Kadang kadang belum sampai akhir bulan pun gajinya boleh habis! Oleh itu, langkah berjimat cermat perlu dia lakukan agar dia tidak kebuluran walaupun sekali.
Hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ini memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Menurut kajian, orang yang bergaji dibawah RM3000 sebulan berada pada taraf kemiskinan! Inilah realiti yang perlu dia hadapi apabila hidup di bandar Kuala Lumpur itu.
"Abang...." Tiba tiba Rivera menghampiri dirinya sambil memegang lengannya yang agak besar itu. Rivera juga begitu berani memegang bonjolan yang timbul dari dalam seluarnya itu.
"A... a.. ada apa Rivera?" Tergagap gagap Fauzi apabila melihat kelakuan Rivera yang sungguh berani itu.
"Boleh tak abang buka baju? Rivera nak sangat tengok badan abang yang tough dan seksi tu. Rivera nak sangat cium dan jilat badan lelaki macam abang ni..." Kata Rivera manja dan menggoda.
Tersentak dirinya mendengar kata kata Rivera itu. Nampak gayanya dia tidak perlu bersusah payah untuk memuaskan nafsu serakahnya yang tidak pernah puas itu. 'Kijang' sudah masuk ke dalam perangkap dan hanya tinggal untuk 'dikorbankan' sahaja. Rezeki sudah ada di depan mata. Rugilah seandainya tidak dilapah dan dilahap.
"Takkan nak buka kat sini? Malulah abang. Lagipun abang tengah kerja ni." Kata Fauzi sambil meramas ramas tubuh gadis Filipina yang gebu itu.
"Marilah kita masuk dalam. Kita seronok seronok dulu. Nanti abang sambung kerja balik. Rivera janji abang akan puas dengan layanan Rivera. Abang boleh buat apa sahaja pada tubuh Rivera asalkan Rivera boleh menikmati badan abang yang seksi ni." Rivera memujuk campur merayu terhadap dirinya. Rayuan Rivera yang menggoda berjaya menggoncang imannya yang senipis kulit bawang itu. Syaitan bersorak kegirangan kerana satu lagi makhluk Allah berjaya di'neraka'kan.
Fauzi memakirkan motosikalnya di dalam kawasan rumah teres dua tingkat bernombor 65 itu. Rivera pula lekas lekas mengunci pintu pagar rumah. Kemudian dia menarik Fauzi ke dalam rumah sebelum menutup pintu rumah tersebut. Mereka berseronok dalam keadaan yang penuh noda dan dosa. Tanpa Fauzi sedari, menjadi satu kesalahan kepada mana mana posmen yang masuk ke dalam rumah pelanggannya jika bukan atas permintaan pelanggannya yang sebenar dan itu pun jika hanya ada perkara perkara yang munasabah sahaja seperti kebakaran atau rompakan.
Mengikut undang undang, posmen hanya dibenarkan berada di luar pagar atau di luar pintu rumah pelanggan sahaja. Namun, jika undang undang Tuhan pun Fauzi bisa langgar, apakah undang undang ciptaan manusia Fauzi akan turuti? Itu langsung tidak akan terjadi!

Nafsu si penghantar surat 18+Where stories live. Discover now