6

133 20 0
                                    

    Song Jihyo tersenyum sendirian sedari tadi. Hatinya hari ini sungguh riang ria dan berbunga-bunga. Bagaikan orang baru lepas jatuh cinta. Padahal Jihyo tidak selalu begini tapi hari ini entahlah. Senyuman tidak pudar dari bibirnya.

Lagi-lagi wajah Suga tersenyum terbayang di mindanya. Kenapalah hatinya mula tertarik semenjak pertama kali dia melihat Suga? Tapi kalau dia suka Suga, kenapa bila Suga ada didepannya, dia menjadi tidak tenteram. Jantung bertingkah di luar jangkaun.

Eii! Song Jihyo! Sedarlah! Suga tu senior kau! Dia takkan pernah pandang orang macam kau! Kau tu hanya insan sekecil kuman yang berada di sekelilingnya. Sedangkan dia sebagai singa dilautan yang sangat besar.

Tapi...tapi...tapi...tak salahkan dia suka Suga? Ahh, lantaklah! Dia malas nak fikirlah bab perasaan lagi! Wakeup Song Jihyo! Sekarang bukan masa yang tepat untuk mengira semua benda tuh!

" Song Jihyooo!!! Mana Jihyooo?! " Panggil satu suara. Kuat.

Jihyo tersentak. Dia segera menoleh. Dilihat Jaerim berdiri di hadapan pintu biliknya sambil tercari-cari bayangnya.

" sini oppa! Dekat balkoni nih! " Jawab Jihyo seraya melambai-lambaikan tangannya.

Jaerim yang melihat dan mendengar dongsaengnya, segera menghampiri. Dia hanya menggeleng kecil melihat Song Jihyo termenung. Dia menarik kerusi duduk disebelah Jihyo.

" wae ni sayang? Kenapa sedih-sedih ni? " Soal Jaerim prihatin. Dia mengusap perlahan kepala Jihyo.

" omma lah...dia dengan appa kan nak pergi esok...Jihyo sedihlahh... " Jawab Jihyo pura-pura sedih. Sebenarnya takadalah sedih mana. 50/50 sedih dan suka.

" alah dongsaeng oppa ni! Macam tak biasa pulak omma dengan appa pergi overseas! Lagipun 2 bulan je sayang. Lepastu omma dengan appa datanglah balik. Bukannya terus pergi sana. Janganlah sedih macam ni? Kalau omma dengan appa nampak macam mana? Mestilah deorang sedih sekali. " Jaerim memujuk. Sesungguhnya dia tidak suka melihat Jihyo kesedihan.

" huh...entah-entah bukan 2 bulan pergi! Omma tu bukan boleh kira! Last-last 2 tahun baru balik! Tengok macam haritu dia tinggal kita hampir setahun. Janji 5 bulan je. Last-last waktu Christmast baru balik. " Keluh Jihyo panjang lebar.

" alah itu kan dah memang kerja omma dengan appa. Habis kalau deorang tak pergi, siapa nak bagi kita makan? Kalau oppa jangan haraplah. Oppa pun tak kerja lagi. Kalau setakat makan pasir tu bolehlahh. Hahahahahaha. Jihyo nak? " Jaerim mengusik adiknya.

Jihyo memasang tampang cemberut. Tidak suka dengan loya buruk oppa nya. Melihatkan itu Jaerim segera menutup lawaknya yang hambar.

" Jihyo jangan macam nih. Oppa tak suka lah adik oppa ni sedih-sedih. Janganlah macam ni sayang. " Pujuk Jaerim lagi.

Jihyo mengeluh. " arra! Dahlah oppa Jihyo nak tidur. Esok nak hantar omma dengan appa pulak. Annyeong. "

" eh Jihyo! Tunggulah sekejap! Oppa ada benda nak bagitahu nih! " Jaerim menarik tangan Jihyo supaya tidak pergi.

" apa dia oppa? Penting ke? " Jihyo kembali duduk.

" takk. Tadi Jungkook pergi kelas oppa. Dia- "

" hah?! Dia pergi kelas oppa?! Ouh patutlah dia takada tadi! Dasar Jungkook pandai dah kau ponteng! Siap lah kau esok! " Marah Jihyo tidak tentu pasal. Dia paling tak suka orang ponteng.

" eh, eh Jihyo! Dia bukan pontenglah! Tapi- "

" habis apa lagi?! Merayau-rayau?! Eii dia taktahu ke matematik dia makin fail? Boleh dia keluar macam je waktu kelas Cikgu Nana. Subjek tu dahlah penting. " Sekali lagi Jihyo memotong kata-kata oppanya.

Yes , Actually I Love YouWhere stories live. Discover now