7

126 22 0
                                    

    " mestilah nak! Kau pun tahu aku suka pergi gallery kan?! " Jawab Jihyo seru. Sebenarnya dari semalam dah dia mimpikan untuk pergi ke gallery. Sudah berkurun rasanya tidak menjejakkan kaki ke situ.

" haa bagus! Itu yang aku nak dengar. Aku tahu kau mesti setuju punya! Huahahahahahahaha! " Lebar senyuman Jungkook menguntum.

" eleh confident je kau! Kalau aku kata tak setuju tadi mesti kelat muka kau. Eh, by the way kan? Kenapa kau tak ajak maknae line? Deorangkan suka jugak pergi tempat macam tu? " Soal Jihyo hairan.

" memang taklah aku nak ajak deorang! Kau pun tahukan? Deorang kalau ikut mesti mengeluh nak balik. Baik takpayah ikut. Nak, nak V. Aku paling menyampah kalau pergi mana-mana dengan dia. Dia mesti akan mengeluh lepastuh buatlah perangai budak-budak dia. Menangis, meraung-raung nak balik. Malu kat orang tengok. " Mengenangkan perangai V, Jungkook naik malas dan menyampah.

" lah menangis ke? Sampai macam tu sekali? " Jihyo tidak percaya. Biar betul?

" itulah kau taktahu pasal maknae line ni. Banyak ragam kalau kau nak tahu. Lagi-lagi V dengan Kai. Fuhh perangai deorang menjadi-jadi bila dengan kitaorang. Jimin tak macam tu. Seteruk-teruk dia pun. " Kata Jungkook lagi. Syok betul mengumpat pasal makne line ni.

" seriusly? Eh, tapi kau patut bersyukur tahutak? Ada member yang sporting macam tu. At least cerialah hari-hari kau. " Balas Jihyo pula.

"  ceria apa? Makin buruk adalah! Naik rimas kau tahutak? Sampai aku rasa nak lari daripada rumah. " Keluh Jungkook.

" janganlah macam tu. Mungkin bila kau pasang niat kau rasa macam betul je apa yang kau buat. Tapi bila kau dah lari mesti kau menyesal. Kau janganlah fedup dulu. Kalau aku jadi kau mesti aku akan bersyukur gila even deorang selalu buat masalah pun. Seronok kau tahutak hidup ramai-ramai ni. " Nasihat Jihyo panjang lebar.

" kalau macam tu kau tinggal dengan kitaorang nak? Mesti Suho hyung bagi! " Cadang Jungkook tiba-tiba.

Membulat mata Jihyo mendengar.

" what? Kalau gila ke?! Tak ada kerja aku nak tinggal dengan korang. Dahlah semua namja. Ei, taknaklah. " Tolak Jihyo mentah-mentah. Memang taklah.

Tergelak besar Jungkook melihat Jihyo membuat muka. Kelakar.

" hahahahahahaha kau ni janganlah serius sangat! Aku gurau jelah! Janganlah sampai buat muka macam tu sekali! Kelakarlah kau nih! Hahahahaha. " Seronok mengenakan Jihyo. Walhal sememangnya dia mengharapkan Jihyo tinggal bersama mereka. Dia nak Jihyo sentiasa berada disisinya.

" eiii kau ni kan? Dahlah aku nak masuk kelas. " Jihyo segera mengelak. Dia menggapai begnya dan meninggalkan Jungkook.

Jungkook tersenyum melihat tingkah Jihyo. Sangatlah mencuit hati. Dia suka melihat gelagat budak-budak Jihyo. Comel dan cute miut sahaja.

" yahh tunggulah aku! " Jungkook segera mengikuti langkah Jihyo.

Dia menarik beg dan melarikan diri.

     Sehun, Kai, Jimin, dan V duduk berpandangan sesama sendiri. Masing-masing fokus menatap tajam sesama sendiri. Ada kalanya mereka memasang tampang mahu menelan orang.

Dan Jihyo dan Jungkook yang melihat sekadar menggeleng. Apalah yang mereka tengah buat tu? Ada je pekerjaan maknae line.

Sehun menatap V, Jimin dan Kai berganti-ganti. Dia memasang tampang tidak puas hati. Matanya yang kecil menjadi semakin bulat. Sampai nak terkeluar bijik mata.

" fuhh! " Jimin, V dan Kai serentak menghembuskan nafas ke arah Sehun.

Dan serentak itu mata Sehun yang membulat terkatup sesaat.

Yes , Actually I Love YouWhere stories live. Discover now