" Hoii beruk aku nak makan lah, cepat lah masak weiii " Amran sengaja menyakat Ita yg sedang sibuk di dapur menyediakan makanan. Mereka memang bkn sperti pasangan suami isteri yg lain ' sweet2 gitu'
" Elahhh gorilla kalau lapar kau msk lah sendiri, aku malas,main sedap mulut kau jer panggil kite beruk yeee?" Ita mencebik, dia tahu suaminya hanya bergurau dan dia juga membalas nya secara gurauan. Akhirnya ketawa mereka tercetus, Amran pun membantu Ita di dapur dengan menyediakan bahan2 yg perlu dan memasak pula adalah tugas Ita. Chef rumah lah katakan. Menu mereka petang itu adalah sotong masak kicap, sayur rebung masak lemak, dan ikan masak cili api. Dah nama nya Isteri serba tahu, apa pun boleh buat. Selesai memasak seperti biasa Ita akan mengaut makanan ke dalam mangkuk yg di sediakan dan Amran pula menyediakan pinggan dan minuman, oren campur pilihan mereka berdua.
" Nanti petang aku nak keluar sat, ade kirim ape2 ker?" sambil Amran menyuapkan makanan ke mulut nya.
" Boleh2 nak kirim salam kat mamat dekat kedai buku tu, kalau boleh kidnap terus " Ita tersengih
" Budak ni ada yg makan pinggan ni plak kang, aku serius lah wei "
" Lah ingat kite main2 erk, nak kasi kite makan pinggan konon, kau nampak tong gas tu? Sekali aku kasi kau telan padan muka " Ita menjeling
Amran hanya tertawa melihat gelagat isteri nya itu. Ye lah kadang2 terasa lucu pulak bila di pikirkan bdn dia yg kecil tu nak angkat tong gas berat tu. Amran ketawa sendiri." Haaa gelak, ngate kite lah tu kan kan?" Ita mencubit lengan Amran
" Aduhh syg sakit lah, kau ni spesis ketam ehh?? " Sekali lagi satu cubitan hinggap di lengan Amran dan Amran hanya tertawa. Selesai makan Ita membersihkan meja makan dan mencuci pinggan mangkuk di bantu oleh Amran, memang mereka sengaja tidak mahu mengupah pembantu rumah kerna mereka senang untuk melakukan tugas itu bersama. Setelah siap Amran pun naik ke kamar di ikuti Ita.
Amran mencapai tuala untuk membersihkan diri sebelum bersiap untuk keluar. Ita menyediakan baju Amran sebelum dia keluar rumah nanti. Track suit grey dan baju T berwarna putih menjadi pilihan Ita. Tidak lama kemudian Amran pun keluar kamar, melihat kan tubuh nya yg tegap dengan ketinggian 187cm itu dan wajah bajet hensem dierr tu, boleh buat kan Ita jatuh cinta berkali2. Amran mendekati isteri nya yg tanpa kedip melihat nya.
" Syggg " Amran mengenyitkan mata nya, sengaja tubuh nya itu di dekat kan, Ita sudah tidak tentu rasa melihat Amran begitu. Muka nya merona merah, lalu Amran memegang dagu Ita dan di dongakkan nya, mata Ita di tatap nya, chupppp! Satu ciuman hinggap di bibir Ita, yg membuat kan Ita kaku.
" Kalau yer pun nak berangan kau ni, tunggu lah lepas aku keluar nanti, baju aku mana? " Amran hanya tersenyum melihat Ita yg tak tentu arah itu. Sesudah bersiap Amran pun keluar tak lupa juga dia menghadiahkan kucupan di dahi buat isteri nya seusai sahaja Ita menyalam nya.
Ok for this one its a bit short sikit erk... Nantikan episod seterusnya.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Cinta
RomanceIta adalah seorang isteri yang boleh di katakan mempunyai sifat yang ke anak2an namun dia juga matang dalam sesetengah perkara. Ita hanya lah seorang suri rumah tangga namun dia jua seorang yang serba boleh. Amran pula jenis suami yang pendiam namun...