Pagi itu hujan turun renyai2. Titik2 hujan membasahi jendela rumah milik Ita, dan tidak seperti biasa nya kali ini Ita hanya bersendirian menjamah sarapan pagi nya. Kejadian semalam masih segar di ingatan. Semenjak itu juga fikiran tidak berhenti memikirkan di mana kah silap nya.
"ting tong" bunyi lonceng di luar rumah menyedarkan Ita dari lamunan, dia pun berdiri menuju ke pintu untuk menyambut siapa pun tamu nya yg telah menggangu pagi nya itu.
"Ehhh Rina,masuklah maaf lah tak tau pulak aku yg kau nak dtg, kenapa tak call dulu? "
"Kau ni pun satu ajak kita masuk tapi membebel pulak kau depan pintu, basah kuyup aku ni ha"
"Hehehe terlupa pulak kan, dh jum lah masuk" Ita mempelawa teman nya itu masuk ke dalam rumah.
"Kau duduk lah dulu, aku p buat air kejap, kau nak apa? Mcm biasa ke atau dah tukar selera semenjak kawin ni? "
"Hello girl, aku kawin sekalipun selera aku tak berubah ok, kau kasi apa pun aku bedal jer, janji jangan kau simpan racun dah lah"
"Eeee kau ni Rin mulut ikut sedap jer kan, tak nak aku meringkuk dalam penjara eh, sorry sikit, haa kau duduk2 diam jer situ aku p buat ayaq favourite hang tu na"
Sedang sibuk Ita membuat minuman, Rina pun melihat sekeliling rumah kecil milik Ita, dan mata nya terpaut pada satu gambar yg membuat hatinya berdebar, dengan perlahan gambar itu di renung, satu senyuman manis terukir di wajah sang pemilik. Saiful, nama itu masih segar di ingatan dan tiba2 kenangan silam bermain di kotak minda nya.
"Rin kalau awak dh di jodohkan saya tak mampu nak buat apa2, siapa lah saya untuk menghalang permintaan ibu bapa awak, saya hanya mampu mendoakan kebahagiaan awak"
"Kalau ye pun termenung cik adek, jgn lah tenung lama2 gambar tu" teguran Ita membuat Rina kembali ke alam realiti.
"Apelah kau ni, aku tengok gambar2 ni je ha, sweet pulak aku tengok korg laki bini ni ha, besemut2 gitu" Rina tergelak hambar cuba untuk menutupi gelora di hati.
"So apesal kau dtg pagi ni Rin? " Ita mencelah
"Takde lah, aku nak cerita jer ngan kau ni, dah lama tak jumpa tu pasai lah depa mai" Rina masih cuba menyembunyikan perasaan yg terselindung kerna ada perkara yg ingin di ceritakan pada Ita. Namun Ita sepertinya mengetahui perasaan sahabatnya itu.
"Rin aku bukan kenal kau hari ni tau, kau sembunyi mcm mana skalipun aku tau, ni mesti sebab suami kau kan? Kali ni pasal pa pulak? "
"Ita kau memang sahabat aku dunia akhirat, aku tak tau dari mana nak mula, mcm ni, semenjak dua menjak ni suami aku lain mcm je, ada je yg tak kena, aku buat ni slh aku buat tu slh, dan baru2 ni aku ada lah juga ternampak dia keluar dengan perempuan tapi tak pasti sama ada itu klien dia ataupun just office mate dia, aku tak nak lah fikir sampai jauh mcm tu Ita, tapi kau paham kan perasaan aku ni mcm mana? "
"Rin, sebagai seorang sahabat aku cuma nak nasihatkan kau, berbincang lah dengan suami kau tu baik2, mungkin jer sebab dia letih ker, dan psl perempuan tu selagi takde bukti yg dia curang kau jgn lah pikir bukan2 erk, aku paham perasaan kau sebagai isteri, aku ni pun isteri org jugak tapi this is life Rin, tak semua org bahagia tu tak pernah begaduh pasti jugak ada pasang surut nya, tapi di situlah kita sebagai suami isteri perlu duduk berbincang dan menyelasaikan perkara tu sebaik mungkin, tak salah kalau kita mengalah walaupun kita tak salah, sebab kdg2 kita sendiri tak sedar apa yg kita lakukan sampai membuat suami kita mcm tu, so now just keep calm ok, yg penting suami kau tetap balik rumah kan, just think positif jer" Ita memeluk sahabat nya, dia terkilan kerna dia juga menghadapi masalah yg sama, namun dia harus kuat kerna dia tahu sahabat nya itu memerlukan teman.
"Thanks Ita, aku tau hanya tempat kau je lah aku boleh mengadu" Rina menggenggam erat tangan Ita. Setelah puas berbual Rina meminta izin untuk pulang. Dan sekali lagi Ita memeluk Rina dan memberikan kata2 semangat.
Selesai sahaja menghantar Rina ke hadapan pintu, Ita pun mula membersihkan rumah seperti biasa, namun tidak seperti biasanya kali ini dia hanya sendiri tanpa di temani suami, Ita hanya mampu mengeluh dan menyimpan semua kesakitan itu di dalam hati. Selesai sahaja membersihkan rumah Ita pun membersihkan diri dan merehatkan dirinya di tilam empuk miliknya.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam dan kelibat Amran tidak kelihatan lagi. Panggilan Ita pun tidak di jawab, dan pesanan ringkas langsung tiada balasan. Akhirnya Ita memutuskan untuk menuggu Amran di ruang tamu. Detik demi detik Ita setia menanti hingga tanpa di sedari dia pun terlelap di sofa. Jam 1 pagi baharulah Amran pulang di lihat nya isterinya itu sedang lena di sofa, hati nya berasa simpati, namun dia sudah tidak sanggup lagi untuk menipu diri nya sendiri. Akhirnya dengan perasaan bercampur baur, Amran memilih untuk membiarkan sahaja Ita di situ dan dia pun naik kebilik membersihkan diri dan akhirnya terlelap.
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Cinta
RomanceIta adalah seorang isteri yang boleh di katakan mempunyai sifat yang ke anak2an namun dia juga matang dalam sesetengah perkara. Ita hanya lah seorang suri rumah tangga namun dia jua seorang yang serba boleh. Amran pula jenis suami yang pendiam namun...