Bab 5

22 0 0
                                    

"Helo Zu" Amran memulakan bicara sebaik sahaja Zura menjawab panggilan nya. 

"Helo" Jawab Zura yg masih belum mampu membuka mata sepenuhnya,kemudian menguap panjang.

"Ehh baru bangun tidur ke? Sorry lah kalau saya mengganggu"

"Eh eh takpe takpe, biasalah kan tak kerja mcm nilah"

"Oh ok saya call ni nak comfirm kat awak, yg awak di terima bekerja sebagai setiausaha saya, dan awak boleh melaporkan diri besok pagi di pejabat saya"

"Ya Allah betul kah ni Am? Thank u Am thank u so much!! I owe u Am, again thank u, besok pagi saya akan dtg melaporkan diri"

"Baiklah see u tommorow" dan panggilan pun di matikan. Zura sungguh gembira sekali bila mengenangkan yang dia bakal bekerja dengan bekas kekasih nya itu, dan kini salah satu impian nya menjadi kenyataan.

******

Bunyi deruman enjin kereta yg berhenti di perkarangan rumah banglo dua tingkat itu menarik perhatian Ita untuk menjenguk ke jendela, dia kenal benar bunyi enjin kereta mewah itu. Sah! Memang tepat tekaannya, Jeep putih milik suaminya berada di luar rumah. Ita mengalih pandangan pada telepon bimbitnya yg berdering di atas sofa bed. Tertera nama 'Gorila' di skrin telepon, menandakan itu panggilan dari Amran.

"Kau siap sekarang"
Ringkas sahaja arahan Amran sebelum talian di matikan, membuatkan Ita terpinga2 seorang diri. 

"Nak pergi mana, abang?" tanya Ita sebaik sahaja melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk kereta itu. Namun tiada sebarang jawapan, Amran mengenakan kaca mata hitam, wajah nya kelihatan serius. Gear automatik di tolak,pedal minyak ditekan dan Amran memandu Jeep putih itu berlalu meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Menyedari Amran tidak memberikan sebarang reaksi, Ita memalingkan muka ke hadapan membatukan diri. 30 minit berlalu Jeep putih itu membelok ke arah kanan. Anak matanya sempat membaca tulisan atas papan tanda besar yg tergantung di lebuh raya.

'Pantai pasir putih? Inikan tempat mula2 dia melamar aku dulu? Untuk apa dia bawa aku ke sini? Sweet juga suami aku ni ye" detik Ita dalam hati.

Namun sangkaan nya itu meleset sama sekali apabila Amran dengan dingin nya memberhentikan kereta dan menyuruh nya turun. Terkial2 Ita sendiri membuka pintu.

"Aku ajak kau kesini sebab aku ada benda nak cakap dengan kau, dan aku harap kau paham, sebab lepas ni aku tak nak berdalih lagi, aku dah penat" Amran memulakan bicara.

"Aku nak kau tahu sebelum ni,tempat inilah juga saksi cinta pertama aku dengan Zura, sejujurnya aku tak boleh lupakan dia, dan mengahwini engkau adalah mungkin perkara terbodoh yg pernah aku lakukan sebab aku ingat aku boleh lupakan dia, tapi aku silap, sampai sekarang aku tak boleh move on, dan tiap kali melihat engkau aku teringat kan dia sebab kau mempunyai ciri2 seperti Zura, aku minta maaf sebab aku berterus terang dengan cara ni, aku tak nak kau berharap lagi selepas ni"

Perlahan2 air mata Ita menitis, sakit hati nya tidak dapat di bendung lagi, kata2 Amran sungguh mengusik jiwa wanitanya.

"Kalau kau rasa aku tak mampu bahagiakan kau seperti mana Zura, aku rela jika kau lepaskan aku dengan cara baik, aku bukan lah isteri yg sempurna dan mungkin sahaja aku adalah pilihan terakhir kau, jika kebahagiaan kau ada bersama Zura, aku redha dan pergilah bersama dia, aku tidak lagi akan berharap selepas ni dan aku mohon lepas ni jangan cari aku lagi" Selepas sahaja menghabiskan kata2nya Ita berlari2 anak ke jalan besar dan memberhentikan sebuah teksi, hatinya kini kosong. Fikiran nya sungguh bercelaru, air mata yg di tahan kini terletus juga, sungguh dia tidak mampu lagi untuk menahan kesakitan ini.

Amran hanya memerhati dari jauh 'maafkan aku Ita, aku tak sanggup lagi untuk membohongi perasaan ini'  Dia tahu kata2nya sangat menyakitkan hati isterinya itu, namun jiwa lelaki nya ego untuk mengakui sedikit sebanyak dia sanga2 menyayangi Ita, tapi sudah terlambat untuk nya berpatah balik, dia sudah melukakan perasaan Ita. Dengan perasaan sedih Amran memasuki kereta, dan meninggalkan tempat tersebut. Tanpa hala tujuan Amran hanya memandu, pikiran nya sungguh kacau. Dia tidak tahu kepada siapa hendak di tuju, kerna dia yakin Saiful pasti akan membelakanginya jika dia tahu tentang ini. Akhirnya telepon bimbit di capai, dan nombor seseorang di dail. Selepas berbual dia pun memandu ke arah destinasi yg di janjikan. 

******

Amran tersenyum melihat kelibat wanita di depan nya, sungguh dia rindu dengan senyuman itu.

"Cantiknya awak mlm ni" sapa Amran

"Biasa je lah, ha nak pegi mana mlm ni, kata nak ajak mkn" Zura melabuhkan punggung ke kerusi selepas Amran membuka kan pintu kereta buatnya. 

"Secret" ringkas sahaja jawapan Amran

"Nak secret bagai, awak ni dari dulu tau tak berubah, suka je nak buat orang tertanya2"

"Ala bukan selalu pun kan mcm ni" Amran memulakan pemanduan nya dan menuju ke restoran yg telah di tempah nya awal tadi. 

Setelah memberhentikan kereta nya di tempat letak kereta dia pun turun dan membukakan pintu buat Zura, setelah memastikan kereta nya di kunci dan selamat dia pun berjalan di iringi Zura. Dining In Dark menjadi pilihan nya kerna ini lah tempat pertama kali dia bertemu Zura. Zura terpaku, dan mengimbau kembali kenangan lama. 

'Maaf cik saya rasa awak duduk di tempat saya, sebab meja ni saya dah tempah awal tadi? '

'But that waiter give me this seat, and now i believe its mine'

'Tapi cik, saya yg tempah awal dulu, ok lah kalau tak macam ni kita duduk sama2 ok? '

"Eh teringat kisah lama ke? Kalau ye pun masuk lah dulu" teguran Amran mematikan lamunan Zura, sungguh dia tidak menyangka pertemuan pertama nya itu membuatkan dia dan Amran semakin akrab dan menjalinkan hubungan. 

Seperti restoran mewah yg lain pelayan2 di situ sangat2 mesra pelanggan. Setelah di berikan menu dan memilih hidangan Amran memanggil pelayan tersebut dan mengoder makanan. Zura dan Amran memilih hidangan yg sama. Suasana malam tu sungguh sunyi tiada suara di antara mereka. 

"Awak saya sebenarnya ada benda nak tanya ni" akhirnya Amran memecahkan kesunyiaan.

"Ye tanya lah"

"Maaf lah kalau soalan saya ni menyakitkan hati atau buat awak tersinggung,hari tu saya ada nampak awak dengan seorang budak, awak dah kawin ke? "

Zura tersentak namun dia juga tidak seharusnya membohongi Amran lagi. 

"Ye saya sebenarnya dah kawin sebelum ni Am, tapi perkahwinan kami tidak bahagia dan akhirnya saya sendiri memilih untuk di ceraikan, sekarang Syasya dalam jagaan saya, tapi bila saya dah kerja nanti saya akan hantar dia ke rumah orang tua saya"

Amran terkilan mendengarkan pengakuan dari Zura, sungguh dia tak menyangka begitu perit sekali kehidupan yg perlu Zura lalui. Kini dia hanya ingin membuat Zura bahagia, dia akan cuba sedaya upayanya untuk membahagiakan Zura seperti mana dia membuat Zura gembira dulu.  Perlahan2 Amran menggenggam erat tangan Zura, dan malam itu berakhir dengan indah sekali seperti yg di rancang. Selepas sahaja menghantar Zura ke rumahnya,Amran pun meminta diri untuk pulang. 

"See u tommorow and dont be late" sempat lagi Amran mengingatkan Zura tentang kerja nya yg akan bermula besok. Zura menunjukan ibu jari dan akhirnya lambaian di berikan. Amran pun memandu dengan hati yg berbunga2 seperti nya tiada ada masalah yg terjadi padanya tadi. 

Ok next chapter will be coming do vote yea 😘😘😘😘😘

Kau Yang Ku CintaWhere stories live. Discover now