"Kau dah fikir masak2 kah ni ita?"
Ita mengganguk. Buat kesekian kalinya dia merenung wajah wanita di hadapanya itu."Kau tak nak bagitau keluarga kau ke Ita? Sampai bila kau nak sembunyi kan diri macam ni?"
Ita mengangkat bahu. Dia tidak pasti, dia tiada jawapan untuk soalan itu. Yang pastinya buat masa ini dia selesa begini. Dia masih belum terbuka hati untuk berjumpa sesiapapun, apatah lagi untuk menceritakan masalah nya ini.
"Aku bukan nak halau kau Ita tapi dia kan suami kau, tak baik kau tinggalkan dia mcm tu je, kau kena ingat mcm mana susah payah nya kamu bersama dulu dan sekarang kau nak lepaskan dia macam tu je?" Rina bersuara.
"Rina aku tak boleh berhadapan dengan dia, apa guna ada nya aku kalau di hatinya mencintai perempuan lain? Sungguh aku tak berharga di matanya Rin, kalau aku tahu akan jadi begini, aku tak kan memilih untuk setuju berkahwin dengan dia jika aku hanya sebagai penghibur di saat dia terluka dan di tinggalkan saat dia berbahagia"
"Ita aku paham perasaan kau, tapi kau juga ckp dengan aku sebelum ni, hal mcm ni boleh bawa berbincang lagipun takde bukti lagi kan kalau mereka bersama? Kau masih boleh pertahankan hak kau sebagai isteri, selagi kau tidak melihat Amran berduaan dengan Zura kau masih berpeluang untuk mencuri hatinya"
"Semua nya dah terlambat Rina, Amran sudah mengakui semua nya yg dia masih cinta kan Zura dan berkahwin dengan aku adalah perkara terbodoh yg pernah dia lakukan" akhirnya airmata Ita mengalir juga. Rina hanya memeluknya kerna dia juga sudah kehabisan kata. Dia sungguh terkilan dengan nasib sahabatnya itu. Setelah tangisan Ita reda Rina pun meleraikan pelukkan nya. Ita memandang Rina.
"Rina lepas ni kau boleh hantar aku kat hotel terdekat tak, aku tak nak lah tinggal kat sini, lagipun kau dah bersuami, apa pulak kata Adam nanti"
"Kau jangan nak mengada2, kau tetap tidur kat sini, bilik kau aku dah sediakan, kau jangan peduli sangat kat Adam tu, dia pun jarang balik rumah jugak, entah lah aku malas nak fikir sangat, lagipun dia cakap dia nak pegi out station, so dah kau ada kat sini boleh lah jugak kau teman kan aku kan?" Rina mengenyitkan matanya
"Gedik kan, ye lah save juga duit aku hahaha" sedikit sebanyak hatinya terhibur bila bersama dengan sahabatnya itu. Malam itu mereka habiskan masa bersama dengan cerita2 kosong. Akhirnya mereka pun ke bilik masing dan merehat kan diri.
Ita masih belum dapat terlelap, minda nya ligat berputar mengenangkan peristiwa tadi. Kata2 Amran masih tergiang2 di gelendang telinga nya. 'kau kejam Amran, kau kejam!' Ita hanya menangis meratapi nasibnya. Dia masih bingung memikirkan apa yg harus dia lakukan. Jika dia menceritakan hal ini ke keluarga nya pasti benda yg tak di ingini akan terjadi. Akhirnya dia hanya memilih untuk mendiamkan diri. Novel Twilight di ambil nya dari almari buku milik Rina. Dan dia pun berbaring di atas tilam empuk sambil membaca novel yg baru sahaja di ambilnya tadi. Entah jam berapa akhirnya dia terlelap.
******
Jam lonceng dari telepon bimbit Ita berbunyi menandakan waktu subuh sudah bermula, dia pun membersihkan diri dan mengambil wudhu dan bersedia untuk mengerjakan sembahyang fardhu subuh. Selesai sahaja memberi salam, Ita pun berdoa.
'Ya Allah, aku bermohon kepada mu Ya Allah, berikan lah aku kekuatan agar aku dapat menghadapi segala dugaan yg engkau berikan ini, Ya Allah berikan lah aku petunjuk agar dapat aku lalui hari2 ku ini dengan tenang, engkau ampuni lah segala dosa2ku Ya Allah, dan engkau bukakan lah pintu hati suami ku agar dia mencintai ku seperti dulu. Aamiin Ya Rabbal Alamin'
Selesai sahaja berdoa Ita pun mengemas telekong dan melipat sejadah dan menyimpan nya kembali ke dalam almari. Niat hati nya untuk tidur kembali sudah terbantut apabila di lihatnya Rina sudah berada di depan pintu.
"Jom kita keluar jogging, pagi2 mcm ni lah best dapat udara segar, dapat juga kau hilang kan sikit tension kau tu ha" Ita hanya mengangguk setuju. Setelah mengenakan track suit dan jaket putih di lapisi dengan singlet hitam Ita dan Rina pun memulai pagi mereka dengan senaman ringan. Sedikit sebanyak pagi itu menceriakan hari mereka berdua. Sejam sudah berlalu setelah puas berehat kini mereka sudah bersedia untuk pulang.
"Aku nak mandi kejap, hangit dah ni ha, mau pengsan kau nanti cium haruman asli aku ni" Rina berseloroh
"Kau p lah mandi dulu, aku pun nak mandi jugak, kau ingat kau je hangit, kau belum hidu lagi perfume aku ni, mau nya setaun kau tak bangun2" Ita juga membalas nya dengan gurauan dan akhirnya mereka tergelak.
Setelah membersihkan diri mereka pun turun dan bersedia untuk sarapan pagi.
"Kau ada plan nak p mana2 ke Rin?"
"Belum tau lagi Ita, tapi kalau kau ada tujuan aku on je, lagipun bosan gak duk kat rumah ni hari2, dah lah suami tak suruh kerja dia pulak takde kat rumah" rungut Rina
"Ye lah kn sama lah kita ni, kalau ada kerja seronok jugak atleast takde lah asyik nak memandang dinding rumah je, naik langu juga dinding tengok muka aku ni hari2"Ita berseloroh
"Kau ni kan ada2 je, memang best tau kalau ada kawan mcm kau ni, tak payah pegi zoo pun sebab dah ada beruk lurus bendul macam kau ni ha" Rina menjulur kan lidah melihat Ita mencebik dan mereka tergelak bersama.
"Eh Rin jom kita p Time Square, aku ada benda nak beli lah, sambil2 tu boleh jugak cuci mata, mana lah tau ada yg sangkut, hahahaha"
"Ada gak yg kena simbah kopi ni kang"
"Aku gurau je lah, tapi kalau ada pun apa salahnya" Ita sengaja mengapikan Rina
"Kau jangan,tapi kalau nak juga jangan lupa untuk aku erk" Rina mengenakan Ita kembali.
"Dah2 jom siap lari pulak nanti abang2 hensem kita tu" sempat lagi Ita mengatil Rina
Mereka dua sudah bersiap Ita hanya mengenakan blaus bercorak bunga dan skinny jeans pilihan dan wajah nya hanya di saluti eyeliner dan hanya mengunakan lip balm pada bibirnya,mana kala Rina pulak mengenakan seluar palazo dan blaus putih, dan natural look menjadi pilihan nya. Setelah memastikan pintu rumah di kunci dan tiada alatan elektrik berbuka, mereka pun masuk ke perut kereta, Rina memandu perlahan kereta mercedes nya menuju ke destinasi yg di hajati.
Puas juga mereka berborak di dalam kereta tanpa menyedari mereka sudah hampir ke destinasi. Rina memilih untuk parking di basement kerna sangat susah untuk mencari parking di ketika itu apatah lagi pada waktu begini. Selamat saja meletakkan kereta di tempat yg di sediakan mereka pun turun, setelah memastikan semua nya dalam keadaan selamat mereka pun berjalan beriringan menuju ke pintu masuk.
Sesampai nya sahaja mereka di situ Ita pun meluru ke kedai yg di hajatinya. Rina pulak hanya menemani sahabatnya itu kerna tidak satu pun yg menarik minatnya. Manakan tidak Ita membeli permainan tamiya yg sepatutnya menjadi permainan lelaki. Ita memang mempunyai tabiat yg pelik kerna dia sangat suka mengumpul tamiya dari dulu sampai sekarang hampir semua koleksi sudah di kumpulnya dan ini adalah koleksi yg terbaru. Dalam pada Ita memilih2 tamiya, mata Rina terpaku pada sosok tubuh lelaki yg sangat di kenali nya, dan lelaki itu bersama wanita yg sepertinya lebih muda dari dia. Adam bersama dengan seorang wanita dan mereka kelihatan sangat mesra berpimpin tangan dan wanita itu pulak dengan tidak segan2nya mencium2 pipi Adam di khalayak ramai dan dia hanya membiarkannya, hati Rina sungguh sakit sekali darah nya sudah melonjak ke kepala, ingin sahaja rasanya dia membuat onar di situ, namun di bantutkan nya hajat nya itu bila melihat Ita sudah ada di belakang sambil memegang tangan nya dan mengajak nya untuk beredar dari situ.
Author akan sambung lagi cerita ni soon, nantikan ye dan jangan lupa vote yer, love you all😘😘😘😘😘😘
YOU ARE READING
Kau Yang Ku Cinta
RomanceIta adalah seorang isteri yang boleh di katakan mempunyai sifat yang ke anak2an namun dia juga matang dalam sesetengah perkara. Ita hanya lah seorang suri rumah tangga namun dia jua seorang yang serba boleh. Amran pula jenis suami yang pendiam namun...