BAB 7

46.3K 1.4K 90
                                    

Hari ini hari Khamis. Khamis terbaik dalam hidupku. Kenapa? Sebab aku tak sabar! Bukan tak sabar nak ke kelas Dr. Hilman, tapi tak sabar nak jumpa tunang aku. Ya... Hari ni Iwan janji nak datang ke kampusku. Alang-alang dia ada kerja di Kuala Lumpur, cadangnya mahu berjumpa denganku dahulu.

Macam inilah kalau hubungan jarak jauh. Kena pandai ambil peluang dalam kesempitan. Nak melepaskan rindu pun tak boleh lama-lama. Iwan datang sekejap sahaja. Besok dia dah nak kena balik Johor Bahru.

"Hai, Iwan." Ceria aku menyapa dia. Sama macam sebulan yang lepas, dia masih segak. Iwan memang manis. Tak adalah sekacak Dr. Hilman tapi rupa dia boleh tahan.

Amboi, Hazel! Dr. Hilman juga yang kau bandingkan, ya?

"Helo, sayang." Dia senyum manis. Lama-lama dia tatap aku lepas aku duduk di depan dia.

"Kenapa tengok Hazel macam tu?" soalku pelik.

"Rindu. Makin cantik tunang saya ni," jawabnya.

Tawaku terhambur. Dia memang selalu punya modal untuk buat aku tenggelam dalam khayalan. Suka memuji. Bermulut manis tahap kena kencing manis. Kalau orang lain yang jadi tunang Iwan, aku rasa mahu kembang semangkuk. Tapi, Si Iwan ni macam tak kenal pula aku macam mana.

"Tengok siapa bercakap. Dia tak tahu dia hari ni lebih handsome daripada sebelum-sebelum ni," balasku. Rindunya nak usik-mengusik dengan Iwan ni.

Teringat balik kali pertama kami jumpa dulu. Walaupun satu fakulti, tapi kami berlainan jurusan. Aku mula berkenalan dengannya semasa program amal-amali. Masa itu kami melawat ke kawasan perkampungan yang berada di Cameron Highlands. Aku dan dia satu kumpulan. Adat orang bercinta. Mula-mula berkawan. Lama-lama lebih daripada kawan la jadinya.

"Wah... Tak tidur malam saya malam ni kalau tunang saya puji saya." Iwan ketawa bebas buatkan aku turut tersenyum. Walaupun lama tak jumpa, kami selalu punya modal untuk berbual. Idea tak pernah kering untuk berceloteh dengannya.

Iwan pandang sekeliling kafe itu. Kami berjanji untuk bertemu di kafeteria. Jam hampir menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Selepas ini mesti kafe ini bakal dibanjiri para pelajar yang mahu melahap setelah penat memerah otak. Waktu rehat rasmi semua pelajar memang dari pukul 12.00 tengah hari hingga ke 2.00 petang.

Ini pun nasib baik pensyarah aku habis awal. Sabiha entah ke mana perginya. Dia kenal Iwan. Tapi hari ini katanya mahu membiarkan aku berdua dengan Iwan. Tak nak jadi orang ketiga katanya.

"Masih sama macam dulu. Cuma dah tambah bangunan baru," komen Iwan. Dibandingkan sekelilingnya sekarang dengan zaman dia belajar dulu.

"Eleh... Tak payah nak berlagak lama sangat la. Baru dua tahun kut," cebikku. Acah-acah nak menggamit nostalgia pula dia ni.

"Lama la tu, dua tahun. Kalau anak kita dah lahir, dah boleh berlari-lari dah, tahu?" Dia senyum mengusik.

Anak kita? Aku tahan otot muka daripada bekerja. Entah kenapa rasa geli bila bercakap pasal anak. Mungkin sebab kami belum kahwin, jadi aku rasa perkara itu terlalu jauh untuk diimpikan. Tunggu kahwin dulu, baru kita sembang, ya?

Tapi tak adalah aku cakap macam itu padanya. Sebaliknya aku ubah topik. Lagipun aku rasa dia tahu aku kurang senang dengan topik itu. Tapi, Iwan memang kaki mengusik. Lagi aku tak suka, lagi dia mengusik. Sampailah tahap aku mula nak keluarkan muncung, barulah dia mula memujuk.

"Iwan dah makan ke?" soalku. Para pelajar sudah mula memenuhi ruang makan. Ramai juga berdiri sambil menanti meja kosong. Nasib baik sempat cup meja awal-awal tadi.

Iwan geleng kepala.

"Nak makan dengan tunang saya. Nak dia shuap." Iwan kerdip mata beberapa kali dengan gaya muka kesian kanak-kanak minta disuap. Aku ketawa. Mengada-ada! Itu gaya nak minta kena suap pakai kaki.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now