"Saya dah agak dah. Mesti dua orang tu lebih daripada kawan."
Ketika itu, aku dan Dr. Hilman sedang duduk di dalam Magnum Cafe yang terletak di tingkat tiga pusat beli-belah itu. Dr. Hilman ugut nak dukung aku kalau aku tak ikut dia ke sini. Katanya, dia mahu aku tenangkan fikiran. Teringat kembali apa yang baru dikhabarkan oleh Dr. Hilman sebentar tadi.
"Mereka berdua cakap mereka sedang cari cincin untuk bertunang."
Cuma satu baris ayat. Tapi kesannya mendalam. Hancur luluh perasaanku. Tak kuat iman, mahu aku terjun Mid Valley ni. Aku tak tahulah macam mana Dr. Hilman boleh tahu. Tapi aku percayakan dia.
Cari cincin bertunang? Berapa kali mamat tu nak bertunang? Belum kahwin lagi dah ada niat nak madukan aku?
"Perempuan tu... Dia sepupu saya." Perlahan suaraku. Kenyataan perit. Wajah Dr. Hilman jelas kaget sebelum pandangannya berubah lembut. Aku kenal pandangan itu. Simpati.
Makin nak menangis aku rasa. Aku tak nak orang bersimpati denganku. Mesti dia ingat aku bodoh. Dikhianati oleh dua orang yang paling dekat denganku.
"Salah siapa? Siapa mula dulu? Iwan atau Safura?" Aku bingung sendiri.
"Well... It takes two idiots to do something stupider than stupid. And if none of them being stupid, that doesn't occur." Hmmm... Sekali status keluar dari mulut Dr. Alpha Male, berbisa. Jawapan versi, 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi' dan 'Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?'
"Apa saya nak buat ni? Apa saya nak cakap kat semua orang?" Rasa frust sampai aku rasa nak aje bagi dahi high five dengan meja beberapa kali. Rasa nak menangis.
Aku mengeluh berat. Hilang keseronokanku keluar berhibur di hujung minggu ini. Mood untuk menonton wayang pun dah merudum jatuh. Baru sebentar tadi Dr. Hilman menelefon Hariz untuk memberitahu supaya dia dan Sabiha masuk panggung dulu tanpa menunggu kami berdua.
"Kesian umi dan abi nanti. Mesti malu." Mengenangkan kedua-dua orang tuaku, dadaku terus rasa sebak. Lantas terasa hujung mata mula panas. Sekali berkelip, luruh setitik air jernih. Dah tak mampu untuk menahan benteng air mata.
"Kenapa Iwan buat saya macam ni? Saya tak cukup bagus ke?" Makin lebat air mataku.
Aku dah tak peduli dengan Dr. Hilman yang sekali lagi menjadi saksi tumpahnya air mataku. Dah hilang semua malu selepas Dr. Hilman turut jadi saksi kecurangan Iwan tadi.
"Eh, Hazel! Awak janganlah menangis." Suara Dr. Hilman berbaur panik.
Aku angkat muka pandang Dr. Hilman. Muka selambanya sebelum ini agak tergugat. Nampak serba salah dan agak cemas. Mungkin tak tahu nak buat apa bila ada perempuan menangis di depan dia. Kedua-dua tangan yang berada di atas meja dikepal erat sehingga menampakkan beberapa vena darah di balik kulit lengannya itu.
"Awak tak tahu. Hati saya sakit, tahu tak?" Sumpah aku tak bermaksud untuk berkata dengan kuat. Selepas beberapa kepala menoleh ke kami, aku baru tahu yang suaraku dah naik satu oktaf tadi.
Tapi aku peduli apa?
"Hei... Jangan nangislah. Nak menangis, pergilah masuk tandas."
Apa daaa? Macam tu ke cara nak pujuk perempuan menangis? Yang tak nak menangis pun boleh berjurai-jurai air mata!
Tanpa menghiraukan Dr. Hilman, aku kesat air mata yang tak putus-putus itu dengan belakang tapak tangan. Dah tak peduli kalau muka aku hodoh sebab mencebik-cebik menangis. Tak tahu kenapa hari ni boleh jadi minah leleh pula.
"Eh, Hazel! Jangan nangis la. Malulah orang tengok."
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku terus menangis.
![](https://img.wattpad.com/cover/107206121-288-k68176.jpg)
YOU ARE READING
DR. ALPHA MALE
General FictionPENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata...