Chapter 1

448 7 0
                                    

Yah! Hari ini adalah hari pertama aku berkerja sebagai seorang Manager artis. Dan artis itu masih belum ku ketahui siapakah si gerangan?

Saat demi saat, masa demi masa. Debaran di dada semakin berkemuncak. Aku tau kerja ini memang gila. Aku terbayang bahawa sebagai Manage Artis ini adalah juga diibaratkan seperti Babysitter, sebab nak jaga setiap urusan si Artis ini.

Aku tak tau juga kenapa dalam banyak-banyak perkerjaan yang ditawarkan dari Kolej Seni Industri, aku nak menjadi seorang Manager? Siapa kisah sebenarnya. Hidup yang sederhana bukan penghalang untuk kejayaan yang setinggi langit. Justeru, aku yang dari keluarga sederhana ni, kena lah belajar rajin-rajin dan menjadi seorang yang berkerjaya.


***


Aku terlambat menghadiri perjumpaan pertama ku dengan si Artis yang akan dipasangkan dengan ku di office Penerbit Musik, Encik Yakof. Macam mana aku boleh terlambat bangun sedangkan orang-orang macam mereka ni paling lah yang tinggi disiplin! Boleh kena batal kerjaya aku macam ni!

Aku menarik nafas ku dengan dalam sebelum memulas tombol pintu yang terpapar jawatan antara yang tertinggi di bangunan Industri Musik itu, Penerbit Musik, Encik Yakof. Lalu ku pulas dengan perlahan, jangan risau Naura. Kau masih ada dua minit lagi sebelum perjumpaan dimulakan.

Tok-Tok

" Assalamualaikum, Encik Yakof " Aku menyapanya dengan perlahan, Encik Yakof memberi isyarat mata, aku teragak-agak. Artis tu berpaling dari aku, dia duduk dihadapan Encik Yakof.

" So? Ini jenis Manager cemerlang, terpuji dan hebat dari Kolej Seni Industri? " Mata ku terbuntang lebar. Artis tu rupanya mamat. Mamat tu masih belum berpaling ke arah aku lagi. Aduhh! Susahlah kerja aku macam ni kalau dipasangkan dengan lelaki. Memang tak persefahaman lah macam ni. Kalau batalkan boleh ke ek? Eh! Ini dah rezeki untuk Ayah dan Ibu aku! Tak mungkin aku nak sia-siakan semua yang aku dah usahakan selama ni? Tak pe, sabar je dengan perangai dia. Baru sebaris ayat dia bagi kat aku, aku dah rasa hangat di qolbu ni!

" Err, sa.. Saya nak mi.. "
" Ni pertama dan terakhir kali "
" Y.. Ya "
" Haqim, mungkin Naura ada benda mustahak tadi tu sebab dia lambat "

Syukur lah Encik Yakof cuba bela aku, dan dia masih belum pun pandang aku lagi. Apa nama mamat tu? Haqim ke tak silap aku?

" Baiklah, Naura. Kamu boleh duduk di sebelah kiri Haqim. Haqim, Naura, Naura, Haqim. Settle? "

Aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan mamat sambil Encik Yakof memperkenalkan sesama kami. Hm, artis baru ke apa. Susah jugak kalau artis baru ni. Baru nak up lah kirakan. Belum popular lagi. Mana aku tau belum popular? Sebab aku tak kenal dia weh! HAHAHAHA. Boleh pulak masa-masa ni aku gelak sendiri dalam hati. Boleh ke?!

Aku memberi senyum nipis kepada Encik Yakof dan mamat tu, tapi mamat tu langsung tak berkutik nak pandang aku? Sebab aku lambat je? Apa kerek betul mamat ni!

" Boleh kita mulakan? "

Aku mengangguk dan memandang mamat tu sekilas. Dia masih dalam keadaan nya, dia memakai kaca mata hitam, mana aku nak tau dia tidur ke tak masa Encik Yakof sedang bercakap? Aduh!

Dengan perlahan mamat tu memalingkan kepalanya ke arah ku. Cool nya mamat ni. Arh! Beku aku jadinya. Apa dah jadi dengan aku ni?



Kolej Seni Industri ni rekaan saya je. Tak wujud pun sebenarnya. Entah wujud entah tak. Kolej Seni Industri ni dari imaginasi je. Sebuah kolej untuk jurusan seni seperti nyanyian, orkestra, koreografi dan sebagainya. Dan memang banyak, bukan main banyak lagi peluang pekerjaan boleh ditawarkan dari kolej ni.

Kan bagus kalau wujud. Pandai nyanyi ke tak, sekurang-kurangnya boleh jadi coach nyanyi. HAHAHAHA lol. Angan-angan semata-mata.

Hope you guys enjoy :)

Dia Yang DinginWhere stories live. Discover now