Chapter 19

132 5 1
                                    

[ Naura POV ]

Kalau diikutkan hati, dilema rasanya sama ada nak Haqim ikut atau tak. Kalau dia ikut aku dan Marsya nak beli baju dalam, kalau dia tak ikut macam kesian pulak. Dah lah muka handsome, dia buat muka seposen depan aku, gila tak cair. Emm. Nasib ada Yana kalau tak, memang Haqim ikut lah aku dan Marsya pergi bahagian baju dalam wanita kat sini. Facepalm je lahh wehh!

" Naura... "

Eh boleh pulak perempuan ni nak merengek. Kalau ye tak jumpa saiz tu tanya je lah penjaga tu kan betimbun penjaga-penjaga baju dalam tu. Marsya ni macam budak-budak.

" Ish, awak nak ape Marsya? "

" I tak jumpa saiz, and I rasa nak buang hajat lah Naura. You tolong cari ek? I tak tahan dah ni "

" Ish, yelah-yelah. Cepat sikit, lama saya tinggal "

Bertebiat betul lah anak ni, dah tinggal aku seorang kat tempat baju dalam ni? Yana pun entah ke mana. Entah-entah dia yang berjanji dengan Haqim kot?

Tak mustahil kan? Hmm. Takpe. Kau ambil lah Haqim tu Yana. Aku tak jealous pun. Erh, Yeke?

Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang membuatkan bahuku terinjut naik. Aku menoleh ke arah belakang. Yana. Buat orang terkejut je.

" Lama betul korang cari baju dalam kan? Nak pakai untuk berenang ke ni? Cari bukan main lama lagi, macam untuk tayang bikini kat pantai je. "

Dah kenapa dia pulak yang kuat merungut ni? Biasanya aku yang bising sini sana, rungut sini sana, complain sini sana. Ni dia pun terjangkit jugak ek?

" Ni hah, saya dah jumpa saya punya, tapi Marsya tu, sempat lagi nak kencing bagai. Dia suruh aku cari dia punya "

" Tak sangka Haqim ni penyabar jugak orangnya? Sanggup dia tunggu korang tau. Tau apa alasan dia? Dia cakap takpe lah, bosanlah, saja nak jalan dengan awak lah ape lah. Entah-entah dia suka kat awak kan? "

Kening ku berkerut. Dia cakap macam tu dekat Yana? Dia cakap pasal saya belakang saya ke? Maksud saya, dia dalam diam pun cerita pasal saya dekat orang lain?

Aku menggeleng-geleng kepala ku. Tak mustahil dia cakap yang baik belakang aku, dan tak mustahil cakap yang tak baik belakang aku ? Hmm, lumrah hidup orang kata.

" Awak dah kenapa geleng-geleng ni? "

" Erh-erh, takde apa-apa, maksud saya, tak lah mana ada dia suka saya "

" But maybe... "

Kata-kata Yana terhenti dan menunjuk ke arah Haqim yang berdiri di luar kedai baju wanita. Dan terlihat dia bersama seorang perempuan bertudung berpaling dari kami. Tak nampak siapa dan wajah dia?

" Siapa perempuan tu? "

Aku terdiam, aku terlihat Haqim sempat senyum ketika bercerita dengan wanita itu. Dan nampaknya perempuan itu lebih lebih cantik walaupun hanya melihat dari belakang badannya sahaja. Dari atas ke bawah, pakaian dia memang bergaya. Perempuan ni model ke apa?

Siapa perempuan tu sebenarnya? Mesti Haqim kenal sebab cara mereka berborak pun macam panjang sangat. Pedulikan lah siapa perempuan tu. Tak kisah. Kalau kisah pun, aku sedar diri ni siapa kepada Haqim. Tu lah Naura, jangan suka berharap. Jangan sebab dia baik sikit, terus nak suka. Ish, typical stupid girl betul kalau macam tu.

" Kenapa diam? "

Yana menyiku tangan ku, suka ganggu aku termenung kan kau ni?

" T-Tak, bi-biarlah siapa jugak perempuan tu kan? Takde kaitan dengan kita pun. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Yang DinginWhere stories live. Discover now