Chapter 18

83 4 0
                                    

[Naura POV]

Aku masih kusyuk menatap Haqim yang serius mengimbas kembali kisah lama nya. Tak sangka ada jugak orang macam Lydia di dunia ni? Sanggup pikat Haqim semata-mata untuk dapat kepopularitian dan kemewahan? Entah jenis apa pemikiran macam ni. Biawak betina mungkin. Tak pun yang lagi kejam, anjing betina.

" Haqim... "

" Hmm " Haqim menoleh ke arah ku.

Tipu lah kalau aku tak beku. Tipu lah kalau aku tak berdebar. Macam nak gugur jantung aku Haqim tatap macam tu. Aww.

" Awak cakap awak terlampau sayangkan Lydia, terlampau cintakan Lydia. So, sekarang ni awak masih... " Belum sempat ku habiskan kata-kataku.

" Tak, saya tak cintakan dia dah. Semua tu dah hilang. Macam eksperimen paku berkarat tau? Kira ibarat lah tu. And, satu benda yang paling saya sesali dalam hidup ni... "

Diam sejenak.

" Pernah cintakan dia, lebih dari cinta saya kepada Allah " Haqim kembali memandang danau itu. Dan kelihatan ada beberapa orang sedang berjoging di tepinya.

" Wow " Entah, itu je yang mampu terungkap dari mulut ku setakat ni. Terkedu.

" Apa tu? " Hah? Apa maksud dia ni?

" Apa yang apa tu? " Aku kembali bertanya. Dah kenapa?

" Wow je? Itu je ke respon awak? " Eii mamat ni nak orang bagi lebih-lebih ke? Aku dah tak tau apa nak cakap. Emm... Janggal lah pulak tetiba nanti...

" Emm, saya speechless. Macam mana awak boleh lupakan orang yang awak 'terlampau' cinta tu? Bukan senang nak lupakan, lagi-lagi someone yang selalu sangat bagi semangat dan penghidup dunia keceriaan kita, mesti susah kan "

Diam lagi.

Em... Aku salah cakap ke atau aku over-acting ke apa ni? Kenapa dia diam semacam je.

" Macam yang awak cakap sebelum ni. " Haqim kembali menatap aku. Omg. Handsome weh. Handsome. Tak boleh dinafikan.

" A-apa yang sa-saya cakap sebelum ni? " Aku sendiri tak ingat dah. Yang mana satu ek?

" Forget such a sweet memories that hurts you so much, thousand times more worth it, than being a useless who couldn't forget someone who forget you "

Tabik. Aku tabik kau. Dia ingat apa yang aku cakap tu? Aku sendiri tak ingat gile.

Tapi, ada hikmahnya juga apa yang aku pernah cakap tu. Biar mata dia tu terbuka sikit. Tak lah dia selama-lamanya nak terikat dengan kisah silam yang menyedihkan.

Tett, did I mentioned menyedihkan? HAHAHA. Kesian.

" Yes, that's true. Tak sangka awak ingat kan? "

" Well, betul apa yang awak cakap tu "

Hm, kembang semangkuk aku jadinya. Tapi, apa pun memang gembira sangat hati ni sebab manager aku yang dulunya dingin macam ais batu, sekarang dah jadi seperti dirinya yang semula. Tak sangka Haqim ada jugak perangai yang suka mengusik orang. Aku lah mangsanya. Hmm, banyak lagi yang aku tak tau pasal Haqim. Dan banyak lagi yang dia belum tunjukkan. Kan bagus kalau dia dapat jadi diri yang sebenar. Tapi, siapalah saya yang dia nak tunjukkan perangai keanak-anakkan dia tu?


__________________________________________________


Cuti vacation yang sudah disediakan sebulan lepas ditangguhkan kepada minggu depan so... Aku kena lah ada preparation. Belum beli barang lagi. Nanti tak pasal-pasal berbikini aku di Tuna Bay Resort. Tak mungkin aku nak dedah aurat cuman untuk merasakan keseronokan pantar dan laut kat sana. Cukup lah jalan-jalan tepi pantai sampai paras betis pun jadi, asal tak buka segala buka kat sana.

Dia Yang DinginWhere stories live. Discover now