Chapter 17

85 4 0
                                    

Flashback

[Haqim]

Mata ku terbuntang luas. Aku seakan-akan tidak mampu bersuara. Aku sangat sebak melihat, membaca dan aku tidak mampu. Tidak mampu.

Begitu sedih ku menghadapi semuanya.

Baru sahaja kemarin, aku berjumpa dengan Lydia. Dan kami baik-baik saja.

Lydia,

Apa motif awak sebenarnya?

Lalu ku keronyokkan dan koyakkan surat khabar itu menjadi kepingan-kepingan yang tidak bermakna.

" I know my son very well. Dan papa percaya, yang Haq takkan buat macam tu kepada Lydia "

" Kenapa pa? Apa salah Haq dengan Lydia? "

Tersungkur lutut ku di hadapan papa. Papa menepuk bahu ku. Dan tetap memberi semangat, walaupun aku merasa tiada gunanya aku untuk terus bangkit, jika orang yang selalu memberi aku ilham adalah kau, Lydia

-Berita Harian-3 Oktober 2016-

- Seorang wanita berusia 20 tahun, Tiara Lydia mendakwa seorang artis, yakni kekasih nya sendiri kerana telah mencabuli dan membuat percubaan merogol kepada wanita muda ini... -

- I.. I tak tau apa jadi. Mula-mula I diberi minuman dari Haqim. Lepas tu I rasa macam separuh sedar. I pun tertidur. Le.. Lepas je bangun I ada da.. Dalam bilik dia. Dia belum bangun. I pun se.. Senyap keluar lah. -

- Jelasnya Tiara Lydia. Namun tidak sekelumit pun dalam hatinya ingin mendakwa Haqim kerana masih menyayanginya. -

___________________________________________________

[Haqim]

Perasaan marah dan kecewa mula menyelubungi diri. Teringat kembali pada hari di mana Lydia mendatangi rumah aku sendirian. Rumah yang sebelumnya dihuni oleh aku dan Azhar. Kini tinggallah aku sendiri kerana terlalu ikutkan apa yang Lydia cakap sampai aku sendiri sanggup halau sahabat aku dari kecik.

Lydia datang ke rumah ku, tidak sedikit pun aku merasa curiga. Dan sepatutnya aku dah boleh syak dari awal. Aku rasa aku pernah pesan dekat Lydia yang aku tak suka jumpa mana-mana perempuan sekali pun dalam keadaan tertutup secara sendirian. Lagi-lagi takde cctv. Bagus kalau berdua-dua ada cctv. Memang tak berani lah siapa-siapa pun.

Aku memang bukan jenis yang suka jumpa perempuan berdua-duaan. Lain lah ceritanya di satu tempat kerja. Pintu dah sedia terbuka. Ini kan Lydia, yang memang sedia maklum bahawa dia lah kekasih aku. Memang lah orang lain akan fikir benda bukan-bukan.

Aku sepatutnya sedar yang dia datang rumah aku sukarela, berdua dengan dia je kat rumah aku tu ada niat dia.

Pada hari Lydia mendatangi rumah aku...

-Tok-Tok-
-buka-

Tanpa memberi salam, tanpa meminta izin, tanpa bertanyakan khabar Haqim, Lydia memasuki perut rumah banglo milik Haqim yang dibeli hasil usaha nya sendiri. Tak macam biasanya. Sebelum ni tak pernah begini pun. Haqim mula berfikir. Lydia marah aku ke?

" Em, Dia.. You okay ke? Tak bagi salam pun "

Haqim yang masih tercengang di muka pintu pun bersuara setelah Lydia sudah merebahkan badannya di atas sofa empuk di ruang tamu rumah Haqim.

Dia Yang DinginWhere stories live. Discover now