Pagi yang indah. Burung berkicauan, kucing ber'meow'an, bunga berkembang mekar dibasahi embun pagi, udara sejuk membelai kulit lembut ini.
Aku cuba buat sajak sebenarnya tapi- yeap. Failed.
Aku turun ke dapur untuk mencari makanan. Buka saja tudung saji, cuma ada beberapa ketul donat dan karipap. Air teh pun hangat hangat janji kawan aku je. Inilah akibatnya bila bangun lambat. Yang tinggal cuma baki. Walaupun pukul 8.30 tak adalah lambat sangat, tapi mama ayah keluar rumah lagi awal.
Aku buka peti ais tanpa motif. Kemudian, pintu peti ais itu aku tutup semula. Mataku menangkap satu sticky note baharu yang terlekat pada pintu peti ais.
"My dearest little sister Aina Melissa, if you are reading this, can you please sidai my kain dalam mesin basuh? I am late for football. Sincerely, your only brother, Aiman Muazim."
Heh. Apa dia ingat aku kuli? Dah 22 tahun pun pemalas. Patutlah tak kahwin-kahwin lagi. Cuti sem pun susah nak melekat dekat rumah.
Aku mengambil sebatang marker yang memang berada di kabinet dapur lalu menulis " tidak " dengan sebesar yang boleh pada sticky note tersebut.
Sebelum mula membaca doa makan untuk bersarapan, aku menghidupkan radio lama yang terletak di atas microwave. Sedih pulak bila rumah sunyi.
"Selamat pagi Malaysia! Anda kini sedang mendengar Light f.m, radio paling lit di Malaysia. Got the puns? No? Hahahahahah okay okay hari ni Siti ada bawak satu band yang sedang meraih nama di tanah air bagi segmen Hello Selebriti. Say hello to Titanium!!"
"Wooo!!"
"Wow semangatnya korang!"
"Kitorang actually nervous kak first time masuk radio hahahahah."
"Okayyy sebelum tu, Siti nak korang berempat perkenalkan diri masing-masing. Okay yang paling tinggi ni siapa nama?"
"Assalamualaikum and good morning! My name is Muhammad Haikal Haziq Farith Shahamir Aminuddin Al-Asfa Rayden Bakhtiar Bin Mail, 17. You can call me Haikal. I'm the bassist for the band."
"Uuuu fluentnya speaking,"
"Memang fluentlah kalau 3 hari 3 malam dok ulang skrip sama."
"Mana ada!"
"Hahahahahah. Okay kita teruskan. Ya yang nampak paling matang ni. Sila perkenalkan diri."
"Assalamualaikum. Saya Alif Syafiq Bin Shahar. Umur, lapan belas. Boleh panggil Fiq. Guitarist and founder of Titanium."
"Syafiq ke yang paling tua dalam band ni?"
"Eh saya pun 18 jugak. Izzat Mikael Bin Mohammad Ghazali. Orang biasa panggil saya Izzat. Lead vocalist Titanium."
"Aha! Akhirnya lead vocalist dah perkenalkan diri! Agak susah sebenarnya nak cam siapa vocalist sebab biasanya vocalist ni member dalam band yang paling good-looking. Tapi itulah, korang ni semua good looking! Okay last, kita ada siapa?"
"Muhammad Yusuf bin Idlan. Panggil Yusuf. Umur tujuh belas. Drummer."
"Jadi kita semua dah berkenalan dengan ahli Titanium! Sebelum kita mulakan dengan permainan, boleh Siti tau macam mana band ni terbentuk?"
"Cerita dia, masa pertandingan battle of the band tahun lepas, band Syafiq tak sempat sampai. Jadi Syafiq dengan muka temboknya-"
"Hoih!"
"-pergi tanya orang ramai yang duduk kat kerusi penonton siapa nak join band dia."
"Ehhh biar betul?"
"Betul kak. Saya tak ada apa sangat nak buat time tu jadi saya offer nak main bass."
"Saya pulak memang jenis suka tolong orang."
"Paling kelakar semua kelam kabut gila time tu. Kecuali Yusuf."
"He's the master of peace."
"I am not."
"Apa-apa pun kitorang kalahlah sebab semua tak synchronized hahahahahah."
"Haikal pulak kitorang jumpa dekat Youtube. Awalnya kitorang cover lagu je. Dekat dua tahun, alhamdulillah subscriber youtube kitorang dah hampir masuk 700,000. Okaylah untuk local band. Sekarang pun kitorang dah sign contract dengan Platinum Recording dan akan keluarkan single tak lama lagi."
"Wahhh muda-muda lagi dah berjaya. Dan dari mana datang nama Titanium ni?"
"Ini Syafiq punya idea. Dia kata Titanium ni antara logam yang paling kuat. Jadi, kitorang harap setiap kali orang dengar nama Titanium, perkara pertama yang akan datang dekat fikiran diorang adalah sesuatu yang teguh, kuat dan berpengaruh. So-"
Aku menutup radio apabila perut sudah penuh. Ah memang tidaklah nak dengar sampai habis. Apa barang local band?
Kan?
L e m o n ' s n o t e
Jangan salah anggap. Aku publish balik bukan sebab nak dedikasikan waktu aku untuk completekan story noob ni. It just nak kasi dorongan kat diri sendiri hahahahahahah
YOU ARE READING
Titanium
Teen FictionApabila seekor katak betina dibawah tempurung terjebak dengan sebuah band popular.