0 5 » munni's boutique

2.9K 463 54
                                    

"Derita benda ni tau," Aku memarahi Adlina. Hajar pula langsung tak ambil pusing keadaan sekeliling apabila terlalu khusyuk membaca kamus dewan.

Ha kan aku ada cakap budak kelas aku baca kamus dewankan? Hajar salah seorang.

"Kalau aku tahu, dah lama aku gagalkan Ujian Pengetahuan Sosial aku!" Stress benar nampaknya si Adlina ni. Dihentak-hentak kepalanya atas meja.

"Cah mana cah?" Aku memanjangkan leher mencari kelibat Aisyah.

"Tak tahu. Dia suruh kita balik dulu jap lagi. Ada hal katanya." Jawab Adlina lemah.

"Alah kau nak emo dengan budak sekolah buat apa?"

"Diorang bukan budak sekolah biasa Mel my jingle Mel. Diorang hensem dan berbakat! Budak hensem sekolah kita pulak tak ada guna." Bebel Adlina seperti makcik kantin sekolah.

"Uhuk Hafidz uhuk. Hensem, kapten bola, pelajar cemerlang, uhuk."

"Hafidz tu hari-hari boleh jumpa! Lain Mel, lain!!"

"Hmmm... Balik ni nak makan apa eh?" Aku cuba mengabaikan Lin.

"Cakap pasal makan, kau dah beli baju untuk Dinner dua hari akan datang ni?" Adlina seperti teringatkan sesuatu.

"Dinner?"

"Dinner dengan Titaniumlah dinner apa lagi?"

"Oh aku hampir terlupa pasal tu."

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya perkenalkan Mel, seorang gadis tujuh belas tahun yang tidak tergilakan Titanium."

"Bukan ke tu perkara yang bagus?"

"Tak. Itu tandanya kau tak sihat Mel."

"Pulak?"

"So tell me. Baju apa kau nak pakai dinner nanti? Blouse? Modern kurung? Abaya?—"

"Sweatshirt." Aku memotong.

"Sweatshirt?"

"Iye sweatshirt. Ingat tak yang aku bawak gi tuisyen dua tahun lepas tu. Alah yang ada gambar Adventure Time tu."

"Woman! You are going to a fancy dinner, with Titanium! The freaking band oi!"

"So?"

"Ughh." Adlina memegang kepalanya. Aih aku yang nak pergi dia pulak yang pening.

"Petang ni. 3.30, tunggu dekat tempat biasa." Pesan Adlina.



+ + 🎸 + + 



"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" Aku menyoal Adlina sebaik sahaja dia tiba di tempat menunggu bas.

"Kalau kau jawab pergi ke hati awak terabur gigi kau." Aku menambah.

"Pergi butik."

"Alamak Lin baju nak pakai satu malam je. Beli dekat kedai kain jelah."

"Kau betul tak nak pergi Munni's Boutique?" Adlina mengangkat keningnya mahu mengusik.

"Munni's Boutique? Itu kan—"

"Yup yup. Butik mak Alif Hafidz. Mana tahu ada peluang jumpa crush kau kat sana?"

"Tapi aku bawak 40 ringgit je kut. Cukup nak beli bundle je. Butik mak dia butik exclusive. Mati tercekik aku." Aku mula teringat sebab-sebab aku tidak pernah menjejakkan kaki di butik bakal mak mentua.

"Chill ah. Aku belanja"

"Kau biar betul?"

"Setakat 100 tu aku boleh affordlah. Anggap ni hadiah hari jadi kau"

Aku memandang mata Adlina penuh kasih sayang. Dia memandang aku kembali dengan muka suci bak ustazah.

"Tapi kan Lin.. Daripada kau belanja 100 ringgit dekat baju, baik kau gemukkan aku dengan makanan." kataku sambil mengekalkan pandangan kasih sayang.

"Ah tak de. Kau jangan sampai aku ubah fikiran Mel. Baju tak dapat makan pun tak dapat." Jawab Lin dengan nada mengugut namun wajahnya masih manis tersenyum.

Long story short, kami pun tiba di Butik Munni. Waktu tu, pengunjung tak ramai. Adalah sepasang kekasih tengah bermanja main pilih-pilih baju.

Masuk je dalam butik tu, aku terasa seperti dihina. Ya Allah butik ni exclusive nak mampus. Cashier pun cantik pakai sut. Tup tup aku datang dengan tudung sarung, baju I Love Japan, dan seluar tracksuit.

Penghinaan yang terbesar setakat ni.

"Boleh saya tolong?" Tegur seorang wanita pertengahan umur. Orangnya nampak yakin dan segak dengan penampilan ala-ala entreprenuer berjaya. Eh jap. Ini bukan ke–

Damn. Ini bakal mak mertua aku ni. Aduh aku dah fail dalam first impression.

"Kami tengah cari blouse untuk dinner. Ada yang sesuai ke?" Jawab Adlina penuh ramah.

"Boleh cuba tengok dekat bahagian dinner outfit sebelah kanan sana tu." Bakal mak mertua aku menunding jarinya ke arah bahagian yang dimaksudkan. Aku dan Lin tidak membuang masa, bergerak ke bahagian tersebut.

Deretan baju-baju jenis blouse betul-betul merambangkan mata. Bukan mata aku. Mata Lin.

"OH MY yang ni sumpah cantik!" Lin menarik sehelai pleated blouse berwarna biru.

"Eee tak nak ah. Huru-hara semacam je potongan dia. Siapa yang reka ni?"

"Aina Melissa, ini kita panggil asymmetric blouse. Memang macam ni design dia."

"Peliknya."

"Kau tu yang pelik. Haih. Ha blouse ni okay tak?" Kali ini Lin menunjukkan sepasang blouse berwarna pastel merah jambu dengan corak bunga-bunga.

"Aku allergic dengan bungalah. Tak guna punya Lin. 4 tahun kita berkawan bukannya 4 bulan."

"Mel. Aku malas nak benci orang. So tolong la jangan buat perangai bodoh depan aku."

"Ala Lin gurau je. Aku tak sukalah bunga-bunga ni. Nampak macam perempuan."

"Kau memang perempuan Mel."

"Itulah kau tak tahu. Aku sebenarnya lelaki, tapi menyamar jadi perempuan semata-mata nak berkawan dengan kau."

"Oh kau lelaki ye?"

"Iya. Nama sebenar aku Melique. Bukannya Melissa." Saja aku menggaraukan suara.

"Sudahlah Mel. Baik kau berhenti buat lawak UPSR kau tu dan pilih baju cepat."

Setelah 16 pasang blouse yang dicadang Lin aku reject mentah-mentah, aku akhirnya mengangguk pada blouse yang ke-17.

"Serious ni?" Lin cuba mendapatkan kepastian jadi aku mengangguk tanpa kata.

Ianya adalah sepasang blouse kosong berwarna merah. Di bahagian kanan, terdapat beberapa manik putih kecil menghiasi baju bagaikan taburan bintang. Bahagian tangannya pula lebar di hujung. Kata Lin, jenis kain dia kain satin.

"Ha pergi cuba dulu. Kalau elok, kita angkat."

Baju itu beralih tangan. Aku membawa baju tersebut masuk ke dalam bilik persalinan. 2 minit, aku keluar semula, memperagakan blouse tersebut. Lin menepuk tangan penuh gedik ala-ala pereka fesyen Itali.

"Sebelum bayar, aku cadangkan kau untuk padankan blouse ni dengan sepasang pleated long skirt warna jet black."

"Binatang apa tu?"

"Binatang herbivor Mel. Herbivor. Haih fed up habis aku dengan kau ni. Ikutlah peredaran zaman sikit. Dah keluarlah! Biar aku yang pilih untuk kau."

"Ala aku nak pilih."

"Taste kau teruk. Dah, nyah kau dari sini."

Dengan itu, keluarlah aku dari butik exclusive tersebut dengan awan mendung berserta petir yang sabung menyabung diatas kepala.

TitaniumWhere stories live. Discover now