Aku bermain-main dengan pensil tekan faber castell milikku sementara menunggu guru mata pelajaran pertama masuk.
"Mel. Kau dah siap Addmath ke? Tenang je aku tengok?" Aisyah, salah seorang teman semeja aku menegur sambil tangannya pantas meniru jawapan belakang. Meja aku ada empat orang dan merupakan meja paling sikit ahlinya.
"Bulum."
"Lepastu? Nak mati?"
"Malaslahh aduhh." Akibat serabut asyik ditegur orang, aku dengan penuh tak relanya mengeluarkan buku modul matematik tambahan warna pink. Tebal sungguh. Biasanya aku guna buku modul ni buat bantal dalam kelas. Letak sekali dengan buku contoh soalan SPM Fizik yang tebal tu memang sodap.
"Guys. Birthday aku nanti aku ingat nak buat dekat Black Roselah. Cafe baru tu." Adlina tiba-tiba bersuara. Ini lagi sorang tablemate aku. Paling diva, paling drama.
"Naisss. Bila eh birthday kau?" Aisyah kedengaran teruja. Teruja betul sampai patah pen 60 sen dia.
"22 March. Aku buat malamlah tapi sebab pagi sekolah."
"Malam lain tak boleh? Aku tak freelah malam tu." Aku tiba-tiba teringat.
"Nasib kaulah tak boleh pergi. Aku pun tak hamak nak ajak kau." Fuh Adlina nampaknya bergurau kasar.
"Princesses, shhh!" Hajar, si bendahari kelas merangkap ulat paling buku dan juga merupakan teman semeja kami menegur. Tangannya membetul-betulkan kaca mata yang melurut jatuh akibat terlalu lama pandang buku.
"Aku pun tak hamaklah. Aku ada dinner kat Hilton malam tu." Tu dia. Riak sungguh. Hidung terlalu tinggi sampai nak jalan pun tak nampak depan dah ni. Yang lain semua menganga, dengan Hajar Hajar sekali menganga.
"Hilton, 22 March. Jangan cakap kau menang dinner dengan Titanium?!" Soal Adlina separuh menjerit. Habis satu kelas pandang.
"Erm.. jap." aku menyeluk-nyeluk poket tracksuit aku, lalu mengeluarkan potongan cardboard yang aku jumpa dalam aiskrim Kudi n Jim tu.
Dan serentak dengan itu, tangan aku bagaikan magnet yang menarik semua pelajar perempuan di dalam kelas aku. Sedar-sedar saja meja aku sudah dikerumuni.
"Damn son!!"
"Kyaaaaaa!!!"
"Language."
"Melly untungnyaaaa"
"Mel, aku tau kau tak kenal pun diorang. Kasi aku pleaseeee"
"Rm50. Amacam? Deal?"
"Gila ah Mel. Biar betul?"
Aku menggeleng melihat telatah rakan sekelasku yang menggelupur bagai nak rak. Apalah hebat sangat Titanium ni?
Kelas tiba-tiba menjadi sunyi. Mulanya aku fikir ada malaikat tumpang lalu. Rupanya Puan Haryati, guru disiplin sudah tersembul di muka pintu.
"Bising macam pontianak!" Tiga patah perkataannya memberikan impak yang hebat kepada seluruh kelas. Semua terus keluarkan buku nak pura-pura belajar. Hipokrit betul.
"Aina Melissa, Siti Hajar, Ahmad Farid, sila ikut saya ke bilik UPSM sekarang." Pengumuman Puan Haryati itu membuatkan aku angkat kepala. Tak pernah-pernah aku ada masalah tiba-tiba kena panggil pergi Unit Pembangunan Sahsiah Murid ni dah kenapa?
Aku dan Hajar saling berpandangan sebelum kami berdua bangun, menyertai Farid pergi ke UPSM. Teman sekelas yang lain pula langsung tak membantu. Semuanya geleng kepala dengan pandangan mata cuba menyampaikan mesej 'Kubur kau nanti aku tolong gali'.
+ + 🎸+ +
Sampai di dalam bilik UPSM, aku sedikit lega apabila mendapati bukan hanya kami bertiga dipanggil. Ada lagi enam orang pelajar di dalam dengan muka yang sangat cuak. Puan Haryati pula duduk di mejanya, memandang kami semua seorang per seorang
"Tau kenapa kamu semua dipanggil?"
"Isap rokok belakang sekolah cikgu." Seorang pelajar lelaki tiba-tiba bersuara.
"Salah dan terima kasih kerana mengaku. Lepas ni jumpa saya personal. Saya panggil kamu semua sebab markah ujian pengetahuan sosial yang korang jawab minggu lepas, tersangat sangat teruk. Semuanya katak bawah tempurung!"
Aku mulai teringat akan ujian tersebut. Entah apa-apa punya ujian. Ini pertama kali sekolah buat ujian macam tu. Ujian Pengetahuan Sosial?
Apa yang dia tanya cumalah perkara tak berfaedah. Termasuklah siapa pelakon Suri Hati Mr Pilot, Siapakah isteri Syuib Sepahtu, Namakan empat orang ahli Titanium, Jantina ahli DeFam bagai, YA ALLAH MANALAH AKU TAHU.
"Jadi, kamu semua akan dipindahkan kelas." Pernyataan Puan Haryati menerima pelbagai jenis keluhan.
Tak sekarang ni kenapa ujian tu boleh jadi punca tukar kelas ni?
Dan surprisingly, aku tak sedih. Bukannya sebab tak sayang classmate. Sayang gila woi. Teman sehidup semati. Tapi ini bermakna aku ada chance nak sama kelas dengan Alif Hafidz!
Ye, macam yang korang fikirkan, Hafidz tu crush aku. Sejak tingkatan dua lagi aku minat kat dia. Kitorang kenal bila dia mula ditugaskan untuk jadi mentor aku. Setiap batch buat benda ni. Yang pandai akan jadi mentor yang kurang pandai. Semuanya cikgu yang pilih.
Ketua pengawas sekolah. Pemain Bola Sepak daerah. Ketua rumah sukan Hijau. Pelajar cemerlang PT3. Handsome. Baik. Aih apa je yang dia tak ada? Ha dia tak ada aku.
"Jadi, kamu sembilan orang ni akan dipindahkan ke kelas.."
Please be 5 Neptune please be 5 Neptune. Satu-satunya planet yang aku nak duduk.
"..5 pluto"
Cis.
"Sejak bila sekolah kita ada 5 pluto?" Aku mempersoalkan keputusan yang dibuat.
"Sejak hari ni. 5 pluto akan mempunyai stream yang sama macam kelas lama korang iaitu Sains Tulen. Kelas ni sekolah bukak dekat makmal komputer 3. Tak ada komputer dah sekarang. Jadi kelas. Air-cond masih ada jangan risau. Beruntung kamu, satu-satunya kelas yang ada air-cond. Sekarang, balik kelas, kemas barang dan masuk kelas baru" Arahannya yang tegas dipatuhi bulat-bulat oleh kami.
"Sejak bila pluto tu planet?" Aku sempat merungut.
+ + 🎸 + +
"Kau tak pelik ke Hajar?" Soalku pada Hajar dalam perjalanan balik ke kelas.
"Peliklah. Macam tak ada kena mengena ujian tu. Tapi aku ada satu teori." Ha mula dah Hajar dengan teori hipotesis bagai dia.
"Apa?"
"Semalam kau ingat tak Adlina cerita yang band Titanium tu baru pindah area sini minggu lepas?"
"Oh ada eh?"
"Teori aku, mungkin ada diantara ahli Titanium tu form 5. Mungkin, diorang mintak sekolah kita tubuhkan satu kelas baru di mana diorang selesa nak belajar tanpa sebarang fangirl. Dan kita adalah orang paling sesuai. Orang yang tak terdedah dengan dunia hiburan ni. Mungkin okay. Mungkin."
"Tak terdedah? Hello aku peminat setia The Vamps. Vampette for life yo!"
"Senyaplah malaun. Tak pun, sekolah yang tubuhkan kelas baru ni sebab dia tak nak pelajar diorang fangirl tak bertempat." Ujar Hajar lagi.
"Plot twist, kelas tu memang untuk budak tak pandai." Aku menghancurkan imaginasi Hajar. Macam aku tak tahu yang dia tak boleh terima kalau tergolong dalam perkataan 'tak pandai'.
Lebih mengejutkan, tekaan Hajar tepat.
YOU ARE READING
Titanium
Teen FictionApabila seekor katak betina dibawah tempurung terjebak dengan sebuah band popular.