BAB 7

7.1K 141 0
                                    

Sabtu...

Hujung minggu begitu, biasanya makin ramai pelanggan yang datang ke kedainya. Awal-awal lagi James sudah bangun dan keluar berjoging. Andrew terlebih dahulu ke kedai seawal pukul 7.30 pagi. Dia pula mula bertugas pada pukul 9.30 pagi. Mereka bergilir-gilir membuka kedai. Buat masa ini kewangan mereka masih belum kukuh untuk mengambil pekerja, lagipun dia dan Andrew sama-sama menerima gaji untuk kerja yang mereka lakukan. Keuntungan semuanya mereka masukkan ke akaun syarikat. Hujung tahun barulah mereka akan mula mendapat bonus daripada keuntungan yang diperoleh.

Kawasan yang dia tinggal rata-rata penduduknya ialah orang Inggeris. Di kampung halamannya pun kebanyakan mereka juga orang Inggeris. Di Blackburn banyak orang Islam tetapi banyak juga kes-kes dadah dan kecurian di kawasan tersebut. Biasanya kawasan orang Islam tinggal di England punyai kadar jenayah yang lebih tinggi. Hendak pula mereka sentiasa disajikan dengan berita-berita mengenai keganasan daripada Muslim. Dia sendiri tidak faham kenapa kebanyakan yang membunuh diri melalui pengeboman berani mati kebanyakan orang Islam? Apa jenis ajaran yang buatkan mereka sampai jadi begitu? Dia tidak mahu samakan Irina dengan pengganas-pengganas tersebut tapi dia juga mahu tahu fahaman yang bagaimana yang Irina pegang?

Akaun Facebook Irina dibukanya lagi. Dari awal hingga ke akhir dia scroll. Status-status Irina banyak yang bersifat positif. Kata-kata yang diambil dari al-Quran dan diikuti dengan kata-kata motivasi. Irina banyak juga bersuara mengenai keadilan mereka di Palestin dan mangsa perang di Syria. Irina punyai empati, bukan sekadar cerdik pandai. Banyak video dan artikel yang Irina kongsi berkaitan dengan mereka yang tertindas di merata dunia.

Dia seorang pemikir dan punyai sifat kasih sayang pada manusia lain... telah James.

Jam dia perhatikan. 8.45 pagi. James bangun dari sofa untuk mandi. Sarapan biasanya dia dapatkan dari pasar berdekatan dengan kedainya, Grainger Market. Sekeping piza pun sudah mencukupi buatnya.

Irina bangun agak lambat hari itu. Hari minggu begitu dia lebih suka berehat di rumah berbanding keluar. Setiap hari pun dia keluar ke universiti yang letaknya di tengah bandar Newcastle. Bangun sahaja, Irina terus menyemak papan notis yang tergantung di dinding. Dia biasanya akan mengemas kini apa yang perlu dibuat di papan notis tersebut pada malam hari sebelum tidur. Biliknya agak ringkas tetapi kemas dan digubah dengan kata-kata semangat di dinding. Berpuluh-puluh keping poskad dan gambar-gambar sewaktu dia melancong di negara-negara Eropah ditampal di dinding.

1: Sediakan draf jurnal saintifik untuk Applied Energy (tarikh akhir: 17 Oktober).

2: Mesyuarat bersama prof. Sediakan ringkasan kajian.

3: Cari sebab kenapa phase change material perlu ada ventilasi mekanikal.

"You can do it, Irina!" Kedua-dua belah tangannya diangkat tinggi. Bersemangat dan cuba membuatkan dirinya lebih bersemangat.

Dia tidak biasa menulis jurnal saintifik. Dia pernah menulis kertas kerja untuk persidangan tetapi bukan jurnal saintifik yang hendak dihantar kepada penerbit jurnal antarabangsa yang gah seperti Applied Energy. Impact factornya mencecah 5.6. Bukan calang-calang penerbitan.

"Mandi. Bersenam. Kemudian buat kerja. Malam nanti rehat," ucap Irina agak kuat. Bagai memberikan arahan kepada dirinya sendiri. Belum sempat dia berehat selepas panel review, dah macam-macam senarai kerja yang perlu dia buat. Apapun, itu semua untuk kebaikan masa depannya juga.

Hidupnya tidak putus-putus bekerja. Satu per satu impian hidupnya dia kecapi tetapi pada masa yang sama dia rasa sunyi. Entah kenapa sejak dua menjak ini sunyi itu semakin mencengkam. Walhal selama ini dia kuat berseorangan. Sangat berdikari. Pada dia, lelaki tu bukan keperluan pun dalam hidup. Setiap kali ada yang mengajaknya bercinta, jawapannya hanya satu:

SUAMIKU SI MATA BIRUWhere stories live. Discover now