BAB 15

9K 164 56
                                    

A date?

Buntang mata Irina. Nafasnya bagaikan tersekat. Dia perhatikan riak wajah dan sinar mata si kacak di hadapannya itu. Cuba mencari ketulusan hati dari bait kata-katanya tadi. James nampak serius dan tulus.

"I normally give three shots in life. Let's have three dates. Then we will decide either to be serious or we are better on our own."

James angkat kening bagaikan tidak percaya yang kata-kata itu datang dari mulut Irina. Gadis kecil ini rupanya sangat tegas orangnya. Tapi dia suka sikap sebegitu. Irina ada pendirian.

"That's giving me a pressure to do well."

Irina ketawa.

"I don't mean it that way. I just think that, we can feel the chemistry within three dates and there is no point of dragging it. I can handle hard truth but not a blatant lie."

James ketawa kuat. Blatant lie? Boleh tahan gadis di hadapannya ni. Patutlah Irina masih sendiri, tegas dan berpendirian orangnya. Irina bukan jenis perempuan yang boleh dipermainkan.

"Baiklah kita ikut cara awak."

"Okey, untuk penjelasan..."

"Mmm... Hmmm?"

"Dating tak sama dengan hubungan kekasih. Ia hanyalah fasa yang mana kedua-dua pasangan cuba mengenali satu sama lain sebelum mengambil keputusan sama ada mahu bersama ataupun tidak? Betul?"

James tarik nafas panjang. Mencerna kata-kata Irina sebelum dia mengangguk mengiakan. Itu cara orang Inggeris.

"Jadi kita ni macam kawan?"

James geleng.

"Tak. Ianya macam courtship. Yang mana kita berdua ada niat untuk bersama tetapi kita keluar dulu dan tengok sama ada ada keserasian ataupun tak."

"Oh... Berbeza dengan budaya di negara saya. Biasanya orang keluar dating tu orang yang dah bercinta, sudah dalam hubungan kekasih."

"Saya tahu. Saya rasa tu macam budaya di Korea juga... Bagi kami pula, menjadi pasangan kekasih adalah untuk jangka masa yang panjang. Macam memilih pasangan untuk berkahwin. Ia satu hubungan yang serius."

"Oh, wow..."

Irina mengangguk beberapa kali tanda faham. Kalau di Malaysia, budaya couple banyak untuk suka-suka sahaja. Bercinta setahun dua, putus. Atau dalam satu masa bercinta dengan ramai pasangan. Patutlah kawan-kawan mat salihnya yang sama-sama belajar di Sheffield dulu kebanyakannya kekal dengan pasangan masing-masing hingga ke hari ini walaupun ianya sudah hampir 10 tahun. Ada juga beberapa pasangan yang sudah berkahwin.

"Another question."

Irina sengih comel.

"Please bear with me."

"I'm all ears."

"Saya baca beberapa artikel mengenai budaya dating di negara barat dan kebanyakannya menyarankan supaya keluar dating dengan beberapa orang sehinggalah berjumpa dengan orang yang mereka berkenan dan serasi. Awak setuju dengan cara tu?"

"Memang ada yang buat macam tu tapi secara peribadi saya tak suka cara macam tu. Kalau sekarang ni awak sedang berdating dengan sesiapa, saya tak mahu keluar dengan awak, dan kalau dalam masa kita keluar berdating awak keluar orang lain, saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak. Awak pula macam mana?"

James nampak serius. Pandangannya tegas. Irina telan liur. Bunyi macam amaran untuk dirinya.

"Saya pun sama. Saya bukan jenis yang senang-senang nak habiskan masa dengan sesiapa sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUAMIKU SI MATA BIRUWhere stories live. Discover now