Mark memberhentikan kereta di depan restaurant yang agak mewah..
"Awak ? Kita makan sini ke?"Tanyaku sambil mengangkat kening.
"Yup"Mark membuka tali pinggang keledarnya dan menutup enjin
"Tempat ni nampak mahal lah awak. Lagipun makan kat warung tepi jalan tu pun okay"Kataku.
"Mana boleh. Warung tepi jalan kebanyakkannya tak berapa bersih. Tak elok untuk kesihatan kita dan anak kita"Terang Mark
"Sebelum ni okay je :("Balasku
"Itu? Er Bajet tak berapa cukup kot"Mark tertawa
"Hmph! Nampak sangat awak lebih sayangkan anak kita dari saya"Aku memeluk tubuh dan memuncungkan bibir.
"Sayang merajukk?"Mark tertawa
Aku hanya diam, Wajah Mark tidak aku pandang.
"Sayanggg? Sayang merajuk ke?"Tanya Mark seakan mengejek.
Aku diam lagi.
"So, awak taknak teman saya makan lah ni? Hm tak apalah. Saya ajak penyambut tetamu tu je lah"Mark membuka pintu kereta.. Dia terus melangkah masuk kedalam restoran itu. Dia disambut mesra oleh penyambut tetamu wanita itu..
Aku menoleh memandang Mark.. Terus aku keluar dari kereta dan menarik tangan Mark dari terus berbual dengan penyambut tetamu yang tidak tahu malu itu! Penyambut tetamu itu menjelingku.
'Hello! Sedar sikit. Yang sedang kau bercakap tadi tu. Suami aku! Bukan tunang! Bukan boyfriend! Ei aku tarik rambut kau baru tahu!'Aku mengetap gigi tanda geram
Mark tertawa sedikit. 'Tahu pun jeles'bisik Mark
Aku memeluk lengan. Wajah aku masam mencuka. Aku terus duduk di tempat yang kosong .
"Sayang marah eh?"Tanya Mark sambil tersengih
'Sengih sengih. Saya tarik bibir awak biar menggelebeh baru tahu! Boleh pulak tanya! Mestilah saya marah! Ei! And awak boleh pulak tak defend saya bila perempuan tu jeling saya. K saya anggap awak tak nampak! Tapi saya tetap geram!'Aku merenung Mark. Mark membalas renunganku dengan wajah yang sungguh comel! Aeyyy
"Tak lah. Saya tak marah"Aku memberi senyuman palsu ke arah Mark dan menjeling Mark sekilas..
"Oh. Baguslah kalau awak tak marah. Awak nak makan apa?"Tanya Mark.
Aku terus rasa sedikit tercabar. 'Nak makan apa eh? Saya mogok makan!'bisik hatiku.
"Tak apalah. Taknak makan. Tak lapar"Balasku sambil melihat kuku.
"Ohkay"Balas Mark lagi.
"Awak memang cabar saya ke apa ? Awak tahu tak saya ni pregnant ? Kalau awak tahu kenapa awak sibuk layan perempuan lain ? Awak tahu tak awak dah buat saya sakit hati ?"Aku mengetap bibir. Airmata mula bertakung. Pelayan yang menunggu pesanan makanan hanya melihat kami berdua.
Mark sudah tertawa.
"Kuat jeles eh isteri saya ni".
Aku tidak membalas. "Why you keep laughing ? Nothing Funny Mark"Aku sudah mencebik.
"Saya saja uji awak .. Hahaha comel awak merajuk..Lagi satu, perempuan yang kat depan tu sepupu saya lah.. Awak lupa eh? Dia ada datang masa wedding kita. Tapi sekejap je then dia dan parents dia gerak ke Jepun terus"Terang Mark..
"Lagi satu, saya ni bukannya lelaki yang layan semua perempuan okay? Kalau sorang je.. Sorang lah..tak ada yang lain"Mark mencuit hidungku.
Aku memejam mata lama.
'Goshhh! Malunya aku! Tulah main tuduh je kan dah malu'Aku mengetap bibir.
"Hm jomlah makan"Kataku untuk menutup malu.
Mark tersenyum..Pelayan lelaki yang menggaru sana menggaru sini akhirnya menulis sesuatu jugak. Tak betah dia melihat adegan manis aku dengan suami aku.
×××
Aku dan Mark menghabiskan hidangan yang dipesan tadi. Kenyang rasa..
Selepas Mark membayar bil makanan. Terus mata aku tertancap pada wanita yang menjadi penyambut tetamu itu.. Terus aku cuba mengingatkan kembali wajahnya.
'Dia sepupu Mark? Patutlah muka dia agak familiar! Iras iras Joey pun ada! Haish buat malu je!'Aku menggelengkan kepala Melihat Wanita yang tersenyum girang menyambut tetamu itu
Mark mengajakku keluar dari restoran kaya ini..
Perlahan lahan aku bangun dan menyorok dibelakang Mark seperti melakukan kesalahan pula. Sedangkan. Kata makian tidak pula aku hamburkan kepadanya tadi. Tapi tidak tahulah kenapa takut sangat ni.
"Annyeong Unnie! Mianhae, Mark oppa yang suruh Mimi buat macam tu tadi. Mian sangat sangat. Tu idea Mark oppa"Kata wanita yang Menggelarkan dirinya Mimi itu.
Aku tertawa sedikit.
"Er unnie mintak maaf. Unnie tak dapat cam muka 'Mimi' tadi.."Balasku lembut.
"Its okay lah unnie. By the way selalu lah datang sini.. Boleh kita jumpa"Ujar Mimi.
"Kalau lah.. Sepupu kesayangan Mimi ni bagi"Kataku sambil tertawa sedikit.
"Sepupu kesayangan? No! Sayang sikit je. Lebih kat Joey hahaha"Gurau Mimi
Mark sudah tertawa.
"Kitorang balik dulu lah. Annyeong Mimi"Kata Mark.
"Nae. Annyeong. Kirim salam rindu Kat Joey! Cakap dengan dia lawat lah Mimi kat sini"Kata Mimi. Lagat macam Hayoung pula Bolehlah kawan berdua.
Aku hanya tertawa. Melihat wajahnya yang sentiasa tersenyum memikirkan aku kepada Hayoung. Rindu pula.
Aku dan Mark melambaikan tangan ke arah Mimi yang duduk dihadapan pintu masuk itu.
×××
Rumah
Mark keluar dari tandas. Dia memandangku dengan senyuman.. Nakal ?
Aku berkerut.
“Sayanggg...”Mark menyendeng dibahuku.
Aku yang sedang membaca novel itu hanya buat tidak endah sahaja.
“Sayangggg.. Saya panggil awak ni”Mark memuncung.
“Iye awak ?”Aku menoleh memandang Mark
“Esok .. Saya kerja”Mark membuat muka comel
“Then?”Tanyaku
“I want you tonight!”Mark terus lompat atas katil dan tutup lampuu.
“Awakkkkkk!”Jeritku.
Byuntaeee!
YOU ARE READING
[OG] SWEET HUSBAND [MARK X READER]
RomanceStart:25May2017 End:- Sayang. Lambat macam mana pun. Saya tetap tunggu awak. Maaf sebab tak jaga awak dengan baik. Saya mintak maaf sangat sangat. Saya bukan suami yang baik. Maaf sayang. ××× "Awak boleh je menyamar sebagai siapa siapa. Yelah tengo...