🎀14

68 6 0
                                    

Aku bangun dari katil , Aku menilik wajah kecil milik Ryan dan Kayra. Aku tersenyum bahagia. Tiba tiba rasa airmata bertakung ditubir mata. Airmata bahagia mungkin.

Perlahan lahan aku bergerak turun kebawah . Kelibat Mark tidak pula kelihatan. Terus aku ke dapur..

"Awak"Aku memegang belakang Mark.

Mark tidak sedar.

"Awak, Tidur atas jom ? Semalam awak tidur pukul berapa ni ?"Tanyaku lembut. Mark tidak menjawab juga.. Mata aku tertancap pada makanan pagi diatas meja. Terbit rasa sebersalah dihati.

Aku duduk disebelah Mark. Dan bersandar dibahu Mark. Tanpa aku sedar aku juga terlelap disitu.

×××

Mark terasa bahunya berat. Terus dia membuka mata dan memandang kesebelah.

"Sayang"Mark mengalihkan tangannya kebahuku.

"Em ?"Jawabku yang separuh sedar

"Kenapa awak kat sini ?"Tanya Mark sambil menggosok matanya. Aku mengalihkan kepala dibahu Mark, dan memandang Mark

"Erm. Pagi tadi saya sedar yang awak tak ada kat bilik. Bilik kerja awak pun kosong. Saya carilah awak kat sini"Terangku dengan mata yang layu.

Mata memandang ke arah Jam dinding.

"Yah.. Jinjjayo ? Dah pukul 1 dah ni. Kayra dengan Ryan tak nangis ke kat atas ? Mesti diorang haus"Risau Mark

Aku memandang Mark..

"Saya terlelap kat sini tadi. Sorry"Aku memicit kepala

"Makan dulu lah. Kejap lagi kita naik atas tengok diorang"Kata Mark lembut.

Aku sekadar mengangguk dan menunggu Mark menghidangkan makanan.

×××

Ryan dimandikan oleh Mark. Mark kelihatan takut takut memegang Ryan. Takut terjatuh sahaja. Aku tertawa sedikit.

"Awak ambik cuti berapa hari ?"Tanyaku

"100 hari"Balas Mark sambil menjirus Ryan yang sedang menangis. Sejukkk

"Jinjja ? Saya ingatkan awak main main je. Okay ke awak tak datang kerja 100 hari ?"Tanyaku sambil menyusukan Kayra .

"Okay je. Saya kan boss! Hahah lagi satu , Papa dah latih Joey dekat Ofis tu. Dia lah yang ganti saya sementara ni"Terang Mark

"Tapi.. Sekolah dia macam mana ?"Tanyaku lagi.

"Awak lupa ? Cuti sekolah dah nak dekat dah"Balas Mark

"Ouh ya! Bolehlah kita bercuti! Bawak Kayra and Ryan"Kataku dengan teruja.

"Bukan ke waktu tu awak masih lagi dalam pantang ?"Perli Mark dan menutup air didalam bilik air. Kesian Ryan menangis kerana kesejukkan.

"Ei. Pantang sebenarnya 44 hari je. Yang selebihnya kita pergi lah berseronok pula"Kataku.

Mark menggelengkan kepala dan tertawa.

"Boleh je sayang, Untuk awak bulan bintang pun saya sanggup bagi"Kata Mark yang sedang menyapu minyak angin diperut Ryan dan meletakkan bedak sedikit. Mark memakaikan Ryan lampin dan baju.

Aku tersenyum "Betul ni ?"Tanyaku sambil mengangkat kening.

"Haah. Sticker bulan bintang or Mainan Bulan bintang yang awak nak ?"Tanya Mark dengan wajah yang serius.

"Yahh!"Aku tertawa.. Kayra yang ingin terlelap itu habis tidurnya terganggu..Mark juga turut tertawa

Tiga tahun kemudian

[OG] SWEET HUSBAND [MARK X READER] Where stories live. Discover now