" noona ! "
aku menoleh ke belakang. dari jauh kelihatan seseorang yg aku kenal sedang berlari ke arah aku.
" eoh yoosung, kenapa? "
" j-jumin sunbae " nafas yoosung tersekat-sekat akibat berlari
" d-dia ... dia tadi ... tadi confess dekat jaehee noona "
terus aku tergamam. aku silap dengar, kan?
-
aku kini berada di dalam dakapan hangat teman baik aku, kim taehyung. aku telah menceritakan segalanya kepada taehyung, dan dia sudi memujuk aku.
" yah, jangan la sedih dah. mungkin dia bukan jodoh kau atau mungkin dia jodoh kau kelak? siapa tahu, kan? "
" aku pendam perasaan aku dekat dia selama 4 tahun. dia tahu tentang perasaan aku, tapi dia langsung tak kisah "
aku meraup wajah aku kasar. ingin menangis, air mata tidak mahu keluar. mungkin kerana hati aku telah menangis.
" hani, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum "
taehyung memegang kedua belah bahu aku dengan erat.
" ish, tak sangka aku suka dekat kumbang rupanya selama ni ahahah "
serentak dengan itu, kami berdua ketawa besar.
kerana itulah aku selesa berkawan dengan taehyung. dia faham perasaan aku, dan dia tahu segalanya tentang aku. dia kenal siapa aku.
" hani, kalau kau rasa ini pengakhiran kisah cinta kau, percayalah bahawa semasa kau sibuk melindungi dan mencintai orang lain, ada orang lain yg menjaga dan mencinta kau dari belakang "
apa maksud kau , taehyung ?
==
YOU ARE READING
backstabber • kim taehyung [completed]
Short Storykenapa kau perlukan pisau untuk potong sayur sedangkan kau tak perlukan pisau pun untuk tikam aku dari belakang dulu? [ EDITED ]