peperiksaan baru sahaja tamat dua hari lepas dan kini aku dipanggil ke bilik pengetua.
entah kenapa tiba tiba. setahu aku, aku tak buat salah apa apa pun but why? hmm
/knocknock
( tu bunyi ketukan pintu ye bukan lagu twice )
" masuk "
aku menolak pintu bilik pengetua perlahan-lahan dan terpampar lah wajah guru disiplin, tuan pengetua dan ...
taehyung.
wait what? taehyung? apa dia buat dekat sini?
aku berjalan mendekati mereka dan menunduk hormat.
kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ni? ada apa apa yg tak elok akan berlaku ke?
aku memandang taehyung sekejap tetapi dia langsung tidak mahu membalas pandangan aku. mukanya agak ketat sekarang.
" saya tak ada masa sekarang jadi saya akan terus ke points saya " kata tuan pengetua.
" cik lee hani dan encik kim taehyung, boleh tolong jelaskan tentang kes kecurian kertas soalan? " ujar tuan pengetua itu lagi.
aku mengerutkan dahi aku. kes kecurian kertas soalan?
" taehyung ditangkap atas kesalahan mencuri kertas soalan exam haritu. dia tak bagitau kau kan? sebab apa? sebab dia nak tarik kau sekali dengan dia. "
kata-kata zen mula bermain di telinga aku semula. otak aku agak lembab dengan apa yg terjadi sekarang tapi ... adakah apa yg dikatakan zen itu benar?
" kenapa diam? awak mengaku bersalah, cik lee hani? " kali ini, guru disiplin atau lebih mesra, Puan Park pula yg bersuara.
" s-saya taktahu apa apa tentang hal ini " aku membalas.
" tae-taehyung, kita tak bersalah kan? "
aku memegang lengannya tetapi ditepis.
" hani, kau yg suruh aku curi kertas soalan itu kan ? " kata taehyung.
" apa?! "
" tengok, taehyung dah cerita segalanya kepada saya jadi cik lee hani, mengaku sahajalah dan saya akan kurangkan hukuman awak " tuan pengetua menyandarkan dirinya di kerusi pejabatnya.
jantung aku bagai nak tercabut sekarang ini. hati aku berdebar-debar dan tangan aku mula menggigil.
apa ni?
kenapa?
apa aku dah buat?
kenapa aku dituduh secara tiba-tiba?
kenapa taehyung berkata sebegitu?
" saya berani bersumpah yg saya tak lakukan semua ini !! " nada suara aku melonjak naik.
aku tak bersalah!
aku difitnah!
aku memandang taehyung dengan pandangan yg tajam dan penuh kebencian.
kenapa dia tak cuba untuk selamatkan aku?
" taehyung, yg curi kertas soalan itu kau! bukannya aku! " aku menghambur segalanya ke arah taehyung. selama ini, aku hanya membuat seperti aku tidak tahu tentang kes kecurian yg dilakukannya.
kerana aku ingin menjaga hatinya.
" sekarang kau nak salahkan aku? kau yg paksa aku curi kertas soalan itu sebab kau nak cari jalan mudah untuk berjaya " taehyung membalas dengan tenang.
" apa buktinya? "
" aku ada saksi "
seorang pelajar memasuki bilik ini.
" saya kang jaehee, saksi kepada kes ini. saya terdengar perbualan antara lee hani dan kim taehyung tentang rancangan mereka untuk mencuri kertas soalan exam bla bla bla bla bla bla "
" sekarang ini, semua sudah terbongkar. lee hani, kim taehyung, kamu berdua dibuang sekolah atas kesalahan mencuri kertas soalan. sila keluar sekarang "
air mata aku akhirnya gugur. seluruh tubuh badan aku bergetar. aku tak kuat. apa patut aku buat sekarang ini?
aku dan taehyung berjalan keluar. sekarang, berkata apa sudah tiada guna lagi.
" hani, dengar du- "
" diam ! "
aku menampar pipinya.
==
YOU ARE READING
backstabber • kim taehyung [completed]
Short Storykenapa kau perlukan pisau untuk potong sayur sedangkan kau tak perlukan pisau pun untuk tikam aku dari belakang dulu? [ EDITED ]