aku pulang ke rumah pada jam 10 malam . aku pulang lewat harini sebab lepak dengan taehyung dekat library tadi. walhal la, esok exam.
sebaik sahaja aku tiba di apartment aku, aku menyalakan suis lampu di ruang tamu dan dapur.
mata aku terbuntang luas apabila mendapati seluruh rumah aku kini berselerak.
aku menekup mulut aku. aku terlalu terkejut dan sekarang aku mula berasa takut dan risau. takut sekiranya perompak tersebut masih berada di dalam rumah aku dan ingin mengapa-apakan aku.
dengan hati yg berdebar dan tangan yg menggigil, aku segera mencari telefon bimbit aku dan mendail number seseorang.
" hello .. taehyung "
pihak polis datang sejurus selepas taehyung tiba. taehyung menarik aku masuk ke dalam dakapannya.
" shuhh, jangan takut lagi. perompak tu dah tak ada " taehyung mengusap lembut belakang badan aku.
syukurlah, aku dapat menenangkan diri selepas itu.
aku telah kehilangan pelbagai barangan berharga dan jugak wang tunai yg sangat banyak termasuklah cek biasiswa aku.
sekarang segalanya telah musnah dan tamat. bagaimana aku hendak menyambung pelajaran aku kelak? tidak mungkinlah aku ingin menyusahkan ibu bapa aku sekali lagi.
pihak polis berkata bahawa langsung tiada tanda-tanda rumah aku dipecah masuk. tingkap-tingkap jugak masih berada di dalam keadaan yg baik.
mungkin dia memecah masuk ke dalam rumah aku dengan menggunakan kata laluan apartment aku.
tapi siapa lagi yg tahu kata laluan apartment aku selain diri aku sendiri , haechan dan jugak-
wait , jangan cakap yg ..
==
YOU ARE READING
backstabber • kim taehyung [completed]
Short Storykenapa kau perlukan pisau untuk potong sayur sedangkan kau tak perlukan pisau pun untuk tikam aku dari belakang dulu? [ EDITED ]