nak dekat seminggu juga taehyung tak hadir.
bila aku pergi melawat rumah dia, dia tak ada dekat rumah.
dia tinggal seorang diri. parents dia dah tak ada. masuk tahun ini, sudah 5 tahun keluarga dia pergi meninggalkan dia.
sedikit sebanyak aku bersimpati terhadap dia, tapi dia selalu pesan bahawa dia seorang yg kuat. jadi aku tak perlu kasihankan dia. dia benci akan orang yg kasihankan dia.
hmm.
dan hari ini, dia hadir juga ke sekolah.
dia mengambil tempat di sebelah aku. wajahnya kelihatan langsung tidak bermaya. mata dia sembap,bengkak teruk dan merah. pipinya seperti ada kesan torehan.
dia okay kan?
" em t-tae? " aku cuba memegang tangannya perlahan. tak berani aku nak pukul dia macam selalu, silap haribulan aku yg kena pukul dengan dia.
dia memusing kepala dan memandang aku sayu. aku tak dapat nak tafsirkan pandangan yg dia berikan dekat aku sekarang ini tapi apa yg aku pasti ialah, pandangan dia amatlah,
menyedihkan
" kau okay tak ni, taehyung? " aku risau. risau kalau-kalau dia mempunyai banyak masalah dan dia pendam di dalam hatinya.
aku tak nak dia tanggung semuanya. sekurang-kurangnya, kongsi lah dengan aku masalahnya. kami kan ... kawan baik? bukan ke begitu?
" hani ... "
dia menundukkan wajahnya. suara dia menjadi rendah dan sayu. dia mendongak semula dan berkata,
" ma-maafkan aku "
hidung dia berubah warna menjadi merah, begitu juga dengan wajahnya. mata taehyung? semakin merah dan berair. senang kata, seluruh wajahnya bertukar warna menjadi merah.
" kenapa ni, tae? " aku cuba untuk menenangkannya. aku yakin, dia pasti mempunyai masalah. taehyung yg aku kenal bukan macam ini, taehyung yg aku kenal adalah seorang yg ceria dan susah untuk mengalirkan air mata.
" maafkan aku, hani. tolong maafkan aku "
suara dia bergetar, seperti dia ingin menangis. mata dia juga semakin berair dan ini benar-benar membuat aku berasa sedih.
sedih melihat rakan aku sebegini.
" hei hei, kau tak buat salah apa pun tapi kenapa minta maaf? "
tanpa membalas soalan aku itu, taehyung terus memeluk aku erat sambil bibirnya tidak berhenti mengucapkan kata-kata maaf.
aku diam.
aku membalas pelukannya dan mengusap lembut belakang badannya. aku harus menenangkannya sebelum dia membuat kerja bodoh.
lelaki ini terluka.
sangat terluka.
[ open your eyes ]
YOU ARE READING
backstabber • kim taehyung [completed]
Historia Cortakenapa kau perlukan pisau untuk potong sayur sedangkan kau tak perlukan pisau pun untuk tikam aku dari belakang dulu? [ EDITED ]