Lega! Itulah yang dia rasa apabila keputusan SPM nya sudah berada ditangan. Dia mendapat 9A1B walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang namun itu sudah cukup memuaskan bagi dirinya. Dia harap kedua ibu bapanya gembira dengan pencapaiannya. Dia tersenyum gembira.
"Hoi! Edd sinilah!" terkejut dirinya apabila disergah begitu. Walaweh! Minah ni nak aku mati awal ke apa? Kalau ya pun panggil laa elok-elok.
"Apa? Kau ni kan memang nak aku mati awal ke apa? Terkejut aku tau tak." marahnya.
"Hehehe... sorryla weh aku tak sengaja. Alah bukan salah aku jugak kau tu yang berangan tak sudah aku panggil kau elok-elok kau buat bodoh je aku sergahlaa." Tersengih-sengih dia minta dimaafkan.
"Ekkk... aku berangan ke? Hah, kenapa kau panggil aku?" giliran dirinya pula untuk tersengih. Sedar akan kesalahan yang dilakukan.
"Aku panggil kau sebab aku tengok kau berangan je dari tadi. Dah tu jalan pulak menonong je aku panggil laa. Apa yang kau fikir wehh?" pelik sungguh kelakuan sahabatnya itu nak kata result hampeh pun tak jugak. Itulah Adlea Qasra lebih banyak berdiam diri apabila berfikir tetapi becok apabila gembira satu-satunya sahabat yang memahami dia.
"Aku fikir tentang reaksi mak bapak aku bila tengok result aku ni. Aku takut diorang kecewa." diluahkan rasa hatinya kepada teman yang tersangat rapat disisinya, Amyli. Kepada sahabatnya inilah dikongsi segala suka dan duka hidupnya.
"Apa yang kau nak risaukan result kau bagus apa bukannya gagal tetapi kau lulus. Diaorang mesti happy punya laa." Ibu bapa Adlea memang baik hati tetapi satu aje kelemahan mereka tidak pernah berlaku adil dengan sahabatnya itu. Mereka tidak pernah melayan Adlea seperti adik-beradik yang lain. Dia pun tidak tau apa puncanya.
"Tapi... Am, kau tau kan diaorang macam mana?"
"Ye aku tau... alaa kau buat biasa ajelaa kalau diaorang cakap apa pun. Kau dah cuba sehabis baik dah untuk lulus kan. Dah takyah nak buat muka tempe kau tu. Jom kita pergi makan nak? Aku laparlaa." Memang dia dah buat sebaik mungkin untuk lulus tetapi kalau tidak dapat memuaskan hati orang tuanya tidak tahulaa. Dia hanya mampu pasrah.
"Oklaa jom." Akhirnya di iakan juga kata-kata sahabatnya itu. Beriringan mereka ke kedai makan yang berdekatan dengan sekolah mereka.
Seharian Adlea Qasra keluar dengan Amyli petang baru pulang ke rumah. Sesampainya di rumah dia melihat kakak kembarnya sudah menunggu sambil tersenyum sinis kepadanya. Ahh, mesti ada yang di rancangnya supaya aku kena marah dengan mummy dan daddy. Hishh tak guna betul laa. Nasib baik aku aku ni penyabar orangnya kalau tak habislaa aku kerjakan. Ceh! Sempat lagi perasan.
"Hah, Lea baru balik mana kau pergi merayap aje keje kau kan. Tu mummy dengan daddy dah tunggu kau. Habislah kau." Adlynna menegur adiknya. Dia memang tidak sukakan adiknya itu.
Baginya, Adlea merupakan musuh utamanya. Dia benci melihat adiknya lebih daripadanya. Dia cemburu bila rakan-rakanya di sekolah selalu memuji Adlea pandai, cantik, dan sopan padahal dia lagi hebat daripada Adlea. Huh! Aku akan buat kau menderita Adlea kau tunggu je nanti.
Adlea mengabaikan Adlynna yang cuba menyakitkan hatinya dan terus masuk ke dalam rumah. Ada saja yang Adlynna tidak puas hati dengannya padahal dia tak pernah mengganggu kakaknya itu. Sabar aje laa. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah kedengaran suara mummynya memanggil. Apalagi kali ni, aduhh masalah betul laa, rungutnya di dalam hati.
"Adlea Qasra! Sini ada sesuatu mummy nak tanya." tegas suara Puan Sri Hasliza. Dia betul-betul tidak percaya yang Adlea Qasra sanggup menghina Adlynna Qaira kakaknya sendiri. Kata Adlynna, Adlea menghinanya didepan teman-teman sekolahnya kerana keputusan SPM Adlynna tidak bagus dengan mengatakan Adlynna bodoh dan dirinya lebih bijak. Sampai hati Adlea berkata begitu tidak beradab langsung.
"Ye mummy, ada apa?"Adlea cuba menenangkan hati yang berdebar bimbang jika Adlynna ada mereka cerita buruk tentangnya. Ya Allah! Apa lagi ni. Kau lindungilah aku.
"Macam ni, Lea ada buat apa-apa kesalahan tak dengan Lyna? Jujur dengan daddy." kali ini Tan Sri Kamarul pula yang bersuara. Adlea selalu sahaja menimbulkan masalah dan tidak menghormati kakaknya. Macam-macam nasihat sudah diberi namun tetap juga perangainya tidak berubah.
"Huh?! Tak... takde daddy. Lea tak buat salah apa pun." Lyna apa yang kau tak puas hati lagi ni. Apa dosa aku dengan kau hah. Dia menjeling Lyna yang sedang tersenyum sinis sambil berpura-pura sedih di sebelah mummy. Pandai betul berlakon.
"Tipu! Lea tipu! Sampai hati Lea malukan Lyna depan kawan-kawan Lyna mentang-mentanglah Lea pandai Lea hina Lyna. Lyna malu dengan kawan-kawan Lyna apa salah Lyna sampai Lea buat Lyna macam ni!?" adu Adlynna Qaira sambil menayangkan muka sedih yang kononnya kecewa dengan apa berlaku.
"Adlea Qasra! Kenapa kamu malukan Lyna macam tu? Kamu sedar tak yang kamu malukan tu kakak kamu, kakak kembar kamu?! Sepatutnya kamu bagi Lyna semangat bukan merendah-rendahkan dia. Perangai kamu ni makin lama makin menjadi-jadi makin ditegur banyak pulak agenda kamu kan?!" melengking suara Puan Sri Hasliza membela Adlynna Qaira.
Adlea Qasra hanya mampu tertunduk menerima amarah daripada mummynya. Dia tidak mampu untuk mempertahankan dirinya kerana dia tahu nasib tidak akan menyebelahi dirinya kerana jika dia melawan pasti makin teruk dia dimarah. Bukannya sekali Adlynna Qaira mereka cerita buruk tentangnya tetapi sudah berkali-kali dan setiap kali itu jugalah dia yang harus mengalah menerima segala hukuman diatas kesalahan yang tidak dilakukannya.
"Sudahlah jangan diperbesar-besarkan lagi hal ini. Adlea daddy nak kamu minta maaf dengan Lyna." Tegas Tuan Kamarul bersuara. Dia tidak mahu pertelingkahan itu berlanjutan malah dia juga sudah tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk mendidik Adlea Qasra yang selalu memberikan masalah kepada mereka sekeluarga sedangkan sudah berbuih mulut menasihatinya supaya menghormati Adlynna Qaira.
Adlea Qasra tidak mempunyai pilihan lain kecuali memohon maaf daripada Adlynna Qaira lalu meninggalkan ruang itu dengan perasaan yang terkilan kerana kedua ibu bapanya tidak pernah mahu membelanya. Tambahan pula, setiap apa yang dirinya perkatakan hanya dipandang sepi hanya mendengar pada sebelah pihak sahaja. Sempat Adlea Qasra memandang kepada Adlynna Qaira yang sedang tersenyum puas kerana kemenangan memihak kepadanya.
YOU ARE READING
The Bodyguard
Romance🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Dia. Entah di mana. Tidak berupa. Namun kenapa rasa itu bersatu. 🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀 Aku. Hancur. Angkara si kononnya syurga. Yang bagai air dicencang tidak akan putus. Datangnya 'Kamu' memberi harapan. Ku s...