BAB 2

72 6 0
                                    


Usai mandi dan solat Adlea Qasra memandang slip peperiksaannya dengan pandangan yang kosong. Air matanya bergenang. Dia sedih. Mummy dan daddy nya langsung tidak bertanyakan tentang result SPM nya. Segala usahanya untuk membuatkan ibu bapanya bangga dengan pencapaiannya hanya sia-sia mereka tidak peduli walau sedikit pun. Dia mengeluh.

Haishh, daripada aku termenung mengenang nasib diri baik aku call Am ajak keluar esok. Telefon bimbitnya dicapai dan mula menaip mesej.

Am! Kau busy tak esok? Teman aku window shopping nak tak!?

Kat ne? Aku ok je lagipun takde keje yang boleh dibuat kat umah ni, daripada dengar mak aku membebel baik aku teman ko :-p.

Kat tempat biasa laa. Jam 10 pagi esok.

Sebaik sahaja mesej itu dihantar pintu biliknya diketuk dan namanya dipanggil bibik. Kenapa pulak bibik datang ni? Aku ada buat salah lagi ke? getus Adlea Qasra di dalam hati. Dia bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke pintu biliknya.

"Ye bik ada apa?" soalnya ingin kepastian daripada bibiknya.

"Tuan tanya mbak Lea ngak mahu turun makan ke?" jawab bik Yani dengan pelatnya.

"Oh ya dah waktu makan malam ye? Takpelaa bik bagitau tuan saya dah makan dengan kawan saya tadi."

Dia tidak mahu turun makan malam kerana dia tidak mahu memandang wajah sinis Lyna yang menyakitkan hatinya lagipun dia sudah makan semasa keluar dengan Amyli petang tadi.

"Baik mbak Lea. Bibik turun dulu ya kalau mbak mahu apa-apa bilang sama bibik ya." Dia hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata bibik lalu menutup pintu biliknya.

Dia bergerak ke katil dan mencapai kembali telefonnya. Dia mengaktifkan laman sosial twitternya yang sudah lama tidak diaktifkan di laman itu jugalah dia meluahkan rasa hatinya. Setiap kali dia dimarahi mummy dan daddy dia akan meluahkan segala ketidakpuasan hatinya di situ.

Selepas beberapa minit dia mula berasa bosan. Hurmm macam takde benda yang menarik je topik pun tentang nasi lemak pondan yang viral dua hari lepas, baik aku tidur, tingkahnya dalam hati.

Di sebuah kelab malam, seorang lelaki sedang asyik dengan telefonnya namun dia tetap berjaga-jaga memastikan tiada musuh yang menghampiri mereka. Dia sebenarnya bekerja dengan seorang dato yang terkenal di Sabah, dia ditugaskan untuk menjaga keselamatan dato itu. Sudah bertahun-tahun dia bekerja sebagai pengawal peribadi. Dia memilih kerjaya itu kerana ingin melupakan kisah silamnya walaupun dia sedar nyawanya mungkin dalam bahaya.

"Huishhh, cun giler awek ni!" Dia bersuara perlahan sambil terus menatap skrin henfonnya yang memaparkan gambar profil twitter seorang gadis. Dia tersenyum melihat gambar itu. Tanpa sedar laju jarinya memilih untuk menyimpan gambar itu di dalam telefon bimbitnya.

"Rayyan, bos dah nak jalan dah tu." Tiba-tiba seorang lelaki datang menegurnya. Lekas dia menyimpan henfonnya di dalam poket seluar lalu mengikut bosnya dari belakang. Dia perlu melupakan tentang gadis itu buat sementara kerana dia perlu fokus dalam kerjanya.

"Alhamdulillah, setelah setahun aku tunggu kau Am akhirnya muncul juga kau ekk." dia memandang Am kecil besar je. Dahla lambat boleh pulak buat muka kerang busuk tersengih-sengih tengok aku. Nasib baik kau sahabat terchenta aku... Larh sangat!

"Alaaa beb, sorry laa wey... aku tunggu pakcik tu haa lambat sangat. Dia yang volunteer nak hantar tapi dia yang banyak ragam." Amyli mengarahkan jari telunjuknya ke arah abangnya yang kononnya tengah control macho sambil berjalan menuju ke arah mereka. Uwekk bukannya hensem pun pakcik tua ni. Perasan je lebih!

"Haa, apa tunjuk tunjuk kat abang ni! Mengumpat abang la tu?" Adam Mika memandang kedua- dua budak di hadapannya dengan mata yang sengaja dikecilkan. Huh, budak dua ni takde lain dah mesti mengutuk aku la ni.

"Haah kitorang ngumpat plus mengutuk abang. Tu pergi pujuk si Edd dah merajuk kesayangan adik... abang punya pasal la sape suruh lambat!"

"Olololo... Edd sayangg janganla merajuk abang Adam minta maaf ekkk. Abang Adam sakit perut laa tadi... lama abang Adam memerut lam toilet tadi." Tak senonoh kau Adam. Kau memerut pun kau nak bagitau budak-budak ni.

"Euwwww... disgusting la kau Adam. Perlu ke beritahu dohh." Pengotor la pakcik tua ni. Adlea Qasra mencebik kegelian.

"Haaa, dah kalau tak nak abang cerita lebih lanjut lagi Edd jangan merajuk lagi. Jom kita shopping, kali ni biar abang Adam yang belanja korang sempena korang dapat result gempak semalam."

"Yuhuuuuuu... masa untuk memufliskan Adam!!" suara Adlea Qasra dan Amyli bersatu. Mereka menjerit kegirangan. Inilah masanya untuk membeli belah dengan sepuas hati tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri.

"Mati aku!" gumam Adam sendiri.

"Burpppppp!!!!! Oppsss!" serentak Amyli dan Adlea sendawa kuat.

"Erkk?!?" terkedu Adam melihat perangai tak senonoh adiknya. Ya Allah betul ke ni adik aku, buruknya perangai. Dia memandang sekeliling risau kalau ada yang melihat kelakuan tak senonoh kedua budak perempuan di hadapannya itu. Huh, nasib baik takde yang perasan.

"Hehehehe, sorry bang Adam. Terlepas," Amyli tayang sengih melihat abangnya yang terkejut dengan perangainya. Adlea hanya membuat muka selenge je sambil tayang peace.

Adam hanya menggeleng kepala sambil meneruskan suapan spaghetti yang terjatuh kerana terkejut dengan ledakan sendawa budak-budak di hadapannya. Hiperbola sangat.

"Cepatlaa makan. Lepas ni hantar Edd balik kang tak pasal kena marah dengan nenek kebayan kat rumah dia." Huh, nenek kebayan as known as Adlynna Qaira.

"Hurm... mengutuk laa kalau nenek kebayan tu tau mati kau Amyli,"

"Kau memang tak nak bagitau hal sebenar kat parents kau. Sampai bila kau nak biarkan si Lyna tu terus- menerus tindas kau?"

"Haah Edd... bukan sekali dua dia buat hal, dah banyak kali tau. Macam semalam hish kalau abang Adam laa memang lunyai budak tu abang kerjakan."

"Biarlah dia... malas nak ambik peduli. Lagipun kalau aku bagitau parents aku pun bukan diorang percaya. Maklumlah kan Lyna tu kan anak kesayangan aku ni anak derhaka."

"Takpela Edd kau sabar je mungkin suatu hari nanti dorang sedar yang dorang tak patut buat kau macam ni." Amyli cuba memujuk Adlea Qasra.

"Betul tu abang Adam setuju, yang penting Adlea sabar je."

Adlea Qasra senyum je. Dia bersyukur walaupun keluarga dia tidak memberi perhatian yang secukupnya untuk dia tetapi dia masih mempunyai sahabat yang menghargai dia. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya nanti.

The BodyguardWhere stories live. Discover now