BAB 3

86 4 2
                                    

"Huarghhhh penatnya!! Tak guna punya bos dia sedap berjoli, berfoya dengan perempuan aku pulak yang terpaksa korbankan tidur aku." Bebel Rayyan seorang diri.

Walaupun dia selalu mengeluh dan mengutuk bosnya tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan baik. Jika tidak, masakan dia digelar anak emas bosnya katakan apa sahaja pasti Dato Wong mempercayainya.

"Aku yang pilih kerja ni jalan hidup macam ni terpaksalah hadap. Kalaulah aku boleh putar waktu." Hanya keluhan yang mampu diluahkan.

Dia hanya mampu menggeleng kepala melihat bosnya yang terbaring di tempat duduk penumpang belakang. Kesan daripada pengambilan alkohol yang berlebihan.

"Aku pun pernah minum tak pernah pulak mabuk sampai macam ni, dasar orang tua." Kutuknya.

Rayyan mengangkat tubuh tua itu dan dibawa masuk ke kediaman bosnya. Itulah tugasnya sebagai pengawal peribadi kepada Dato Wong selain menjaga keselamatan bosnya itu. Setiap hujung bulan Dato Wong akan menghadiri satu parti untuk meraikan kerjasama syarikatnya dengan pelabur-pelabur besar, berkumpul atas alasan urusan bisnes mereka sambil berfoya-foya. Dato Wong sangat digeruni di Sabah kerana harta dan pangkatnya mampu menjatuhkan sesiapa sahaja yang berulah dengannya. Dia sangat berbahaya. Hanya orang terdekat yang mengetahui hakikat sebenar.

Sebaik sahaja menghantar bosnya ke bilik dia memeriksa kawasan sekitar banglo untuk memastikan keadaan rumah selamat. Sudah namanya orang ternama pasti ada musuh yang berhasad dengki. Oleh itu perlu dipastikan mereka dalam keadaan selamat. Setelah yakin semuanya selamat, dia memecut pulang. Dia sudah terlampau lelah untuk hari ini.

"Mencintai bukan menguasai, tetapi menghargai. Juga memahami."

Rayyan merebahkan badannya ke katil setelah usai membersihkan badan. Terasa lega segala urat saraf yang tegang sepanjang hari berdiri dan bila malam tiba terpaksa angkut orang tua tu pulang. Dia menggeliat seketika. Arghhh, rasa macam segala urat saraf berterima kasih kat aku selepas penat lelah yang diharungi. Hehehe.

Telefon bimbit dicapai. Dia mencari gambar gadis yang tidak dikenali yang disimpan tanpa disedari. Ada sesuatu pada gadis tersebut yang menarik hatinya tetapi dia sendiri tidak pasti apakah itu. Haish mana pulak gambar budak tu? Hilang dah ke? Aku dah rindu ni? Ehekkk. Dasar gatal.

"Hah!? Jumpa pun. Nasib baik tak hilang maunya tak lena tido aku malam ni." Senget punya orang.

Ditenungnya gambar gadis tersebut. Ada sesuatu yang dia dapat lihat pada mata gadis tersebut. Sesuatu macam kesedihan, kesakitan dan keperitan yang terpendam. Mungkin gadis itu pernah menghadapi situasi yang menyakitkan.

Sejujurnya susah bagi seorang lelaki yang bernama Rayyan ini tertarik dan berminat untuk mengenali perempuan. Makhluk yang bergelar perempuan pernah meninggalkan kenangan buruk kepadanya. Dia serik. Dan gadis ini... tanpa sedar dia mengusap skrin telefon yang terpapar gambar gadis itu.

Tidurnya pada malam itu lena ditemani mimpi indah bersama gadis yang langsung tidak pernah wujud dalam hidupnya. Yang tanpa diketahui mungkin takdirnya bersama gadis itu. Gila!? Mungkin.

"Hi baby, kenapa muka you berkerut semacam je? Ada masalah ke?" entah dari mana datang lelaki itu menegur Adlynna Qaira. Remy lelaki yang dikenali di kelab malam yang sentiasa menjadi tempat persinggahnya apabila berasa rimas berada di rumah. Remy lebih tua daripadanya yang baru berusia tujuh belas tahun itu.

"Nothing... I cuma rimas kat rumah tu asyik tengok muka kembar I tu je. Entahlah I rasa sakit hati sangat bila tengok dia dahlah mummy and daddy I tu asyik lebihkan dia je. Abang- abang I pun sama." Dia sebenarnya cemburu dengan Adela yang sentiasa lebih darinya apatah lagi mengetahui keputusan SPM mereka pada hari itu nasib baik dia telah mengalih perhatian mummy dan daddynya daripada memberi perhatian kepada Adlea.

Adlea Qasra adalah adik kembarnya. Adlynna sememangnya tidak berapa suka akan adiknya itu dia juga tidak tahu mengapa. Orang selalu cakap hubungan adik beradik kembar ini sangat rapat dan tak boleh berpisah tetapi tidak bagi mereka. Adlynna Qaira terlalu susah untuk berbaik dengan kembarnya itu.

"Alahh apa susah you buat je la something yang boleh burukkan adik you tu. Like something yang buat dia kena buang keluarga itupun kalau you ni memang kakak yang tak berhati perutlah."

Sedikit sebanyak rancangan Remy memberi kesan kepada Adlynna. Dia merasakan apa salahnya kalau dia buat Adlea dibuang keluarga jika dia pasti akan mendapat sepenuh perhatian orangtua mereka jika Adlea tiada nanti.

"Remy, you ada idea tak macam mana nak kenakan perempuan tu? You tolong I ehh.. nanti I bagi upah lumayan kat you." Ujarnya sambil tersenyum. Dia tahu dia takkan dapat menjalankan kerja jahatnya berseorangan. Oleh itu, dia mengajak Remy alang-alang dialah yang telah mencetuskan idea jahat tersebut.

"Wow wow, you serious ke? Berani ke you nak buat kerja-kerja jahat ni? Dekat adik you sendiri pula tu. I just cadangkan je tak sangka pula you betul-betul berminat, benci sungguh you dengan kembar you ek?"

"Well, kalau you sanggup untuk bagi upah I takkan sanggup untuk tolak. Kalau I dah ada perancangan nanti I bagitau you. Pastikan upah you betul-betul lumayan I taknak buat kerja sia-sia."

Remy yang sememangnya setan berkepala hitam takkan lepaskan apa-apa je tawaran kotor asalkan dia dapat duit. Dasar bertuhankan duit dan nafsu.

"Okay, nanti I bagitau you sekarang ni masa untuk I berseronok dulu. Jom teman I menari." Malam itu berlalu dengan kelalaian Adlynna Qasra sebagai seorang umat. Jatuh ke lembah kemaksiatan.

The BodyguardWhere stories live. Discover now