Hari ni. Hari ibu. Banyak yang kata hari ibu tu tak boleh disambut.
Hurmmmm.
Tapi.
Saya still nak bagi ucapan tuk MY EOMMA.
Kehadapan eomma.
Terima kasih sebab sanggup bertarung nyawa demi melahirkan saya. Terima kasih sebab terima perangai saya seadanya. Saya ni pemalas, tapi ibu still terima saya se-adanya.
Ibu. Saya pernah fikir. Selalu saya fikir. Kalau suatu hari nanti ibu pergi dulu dari saya. Saya mungkin tak akan ada semangat untuk teruskan hidup ini. Terasa macam separuh dari diri saya pergi. Selalu saya berharap agar saya pergi dulu sebelum ibu.
Ibu ingat lagi tak, dulu masa saya kecik2. Sebelum tidur mesti saya akan bagi salam dan buat bunyi kiss *muah*. Kesian ibu. Baru je terlelap tapi saya dah buat perangai. Merajuk bila ibu tak balas salam dan balas bunyi kiss. Biasalah. Anak perempuan bongsu. Manja.
Ibu. Maaflah. Saya tak macam kakak2 yang lain. Mereka rajin bekerja, tapi saya masih lagi melayang-layang di udara. Macam tak ada hala tuju. Saya ingat lagi dulu masa form 3. Kakak2 semua dah kerja masa start form 3, tapi saya ni lain dari mereka. Saya tak macam mereka. Tapi ibu juga kena ingat, saya tak akan mampu jadi mereka.
Ibu. Selalu ibu dan ayah cakap. Maaf sebab tak dapat kasi keluarga yang mewah. Maaf. Apa yang ibu mampu bagi hanyalah ilmu. Tapi. Ibu tahu tak. Saya selalu berterima kasih dekat ALLAH. Sebab ditakdirkan untuk menjadi anak kepada ibu dan ayah. Saya happy sangat. Saya tak kisah. Hidup sederhana pun sudagh memadai.
Ibu. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Andai suatu hari nanti ibu baca ucapan saya ni. Saya nak cakap yang saya selalu sayangkan ibu dan ayah sepenuh hati. Walau jarang saya buktikan dengan perbuatan atau kata2.
Ok lah. Sampai di sini sahaja ucapan dari saya. SAYA SAYANG IBU.
SELAMAT HARI IBU.
YOU ARE READING
C.H.A.N.G.E (RANDOM STORY, MY CRAZY WEIRD IMAGINASY)
RandomHaaaa.... Buku ni saya buat untuk suka2 je.... Sebab tengah bosan dan tak ada idea nak sambung ff, saya pun buatlah buku ni. Just untuk saya luahkan isi hati, luahkan pendapat mengenai isu semasa (lah sangat) dan sebagainya.... Kalau korang bosan2...