Sedang asyik mengelamun,
Beberapa baris lirik lagu bermain dalam benak fikiranku,
Sejujurnya aku tak tahu apa tajuk lagu itu,
Tapi itu semua tidak penting,
Apa yang penting ialah isi lagu itu,
Ada lirik yang berbunyi,
Mulakan belajar ketika kamu masih kecil,
Umpama mengukir di atas batu,
Jangan ketika sudah tua baru kamu hendak belajar,
Umpama mengukir di atas air,Jika diselami, jika diteliti,
Aku faham akan maksud lirik itu,
Dan aku terfikir, adakah sudah terlambat untuk aku menuntut ilmu?
Tidak, belum terlambat lagi.
Belajar lah, dan terus belajar tidak kira kamu tua atau muda.
Di mana sahaja kamu berada.
Asalkan ilmu yang di simpan itu berguna untuk diri sendiri.
Ataupun orang lain.
Belajarlah
Usah hiraukan jika ada yang menghina atau memperlekehkan niatmu.
Kerana jika niatmu baik, ALLAH sentiasa menolongmu.
YOU ARE READING
C.H.A.N.G.E (RANDOM STORY, MY CRAZY WEIRD IMAGINASY)
DiversosHaaaa.... Buku ni saya buat untuk suka2 je.... Sebab tengah bosan dan tak ada idea nak sambung ff, saya pun buatlah buku ni. Just untuk saya luahkan isi hati, luahkan pendapat mengenai isu semasa (lah sangat) dan sebagainya.... Kalau korang bosan2...