OC: Kim Mina
"Jin sunbae! Annyeong!" Aku melambai dengan ceria ke arah Jin apabila kelibat dia muncul di hadapan bilik ketua pelajar. Ya, Kim Seokjin ialah ketua pelajar di sekolah aku manakala aku? Hanyalah pelajar biasa yang minat Jin tetapi tidak tahu malu serta tidak tahu berputus asa. "Bye." Jin memberi fake smile lalu masuk ke dalam bilik tersebut. Sebelum aku dapat masuk, dia telah mengunci pintu bilik tersebut.
"Sunbae? Kenapa kunci?" Aku membuat muka sedih. Aku nak beri sesuatu kepada dia, aku terus berdiri di hadapan pintu bilik seperti tunggul kayu. "Eh Mina-ssi! Kenapa awak berdiri dekat sini je?" Jimin sunbae menegur aku dan ingin memulas tombol tersebut tetapi telah dikunci oleh Jin. "Hish mamat jambu ni. Asyik nak kunci pintu je." Jimin membebel sambil tangannya mengeluarkan kunci bilik dari poketnya.
"Awak nak jumpa Jin kan?" Aku mengangguk dan masuk bilik tersebut. "Bertuahlah Jin ada orang suka dia." Jimin berkata. Aku hanya mengerutkan dahi. Dia memang bertuah tetapi aku tidak, dilayan seperti lalat. Sajat pun lagi laku daripada aku.
Jin ternampak kelibat kami dan mukanya menunjukkan reaksi yang tidak puas hati. "Jimin, kenapa kau bawa budak ketot tu masuk?" Alamak, dia dah marah. "Sebab dia nak jumpa kau." Jimin menjawab bagi pihak aku. "Hey, budak." Jin memanggil aku dengan kasar. Aku mengangkat kepalaku yang dari tadi menunduk. "Tolong sedar kedudukan kau dengan aku. Aku tak suka orang yang desperate macam kau ni. Dan ingat ni sampai bila-bila, aku langsung tak akan pandang orang macam kau ni. Pergilah berambus dengan kau punya one sided love tu!" Jin menjerit. Jimin hanya terkedu, aku pula menahan air muka aku. Aku masih tersenyum tetapi emosi aku sudah tidak stabil.
"Saya...faham, sunbae." Aku menunduk. "Bagus, keluar dari bilik ni dan jangan datang balik melainkan kau ada urusan penting." Dia memberi amaran kepada aku. Aku membuka pintu bilik dan berlari. Aku tak patut suka dia dari dulu lagi, menyesalnya. Mesti segala gift yang pernah aku beri dia buang dalam tong sampah.
Selepas beberapa hari...
Aku asyik mengelakkan diri daripada terjumpa Jin sunbae. Jika terjumpa pun, aku akan mencuba sehabis baik menutup muka aku. Macam main sorok-sorok pula tetapi kebelakangan ni, dia asyik muncul depan aku je. Aku pun tak tahu kenapa. "Mina!" Suara seseorang memanggil aku membuatkan aku berhenti mengelamun. "Oh Jimin sunbae. Ada apa ya?" Jimin mula smirk dan adakah ini menunjukkan petanda yang tidak baik? "Awak ada urusan di bilik ketua pelajar." Mata aku menjadi sebesar donut apabila aku teringatkan peristiwa ketika kali terakhir aku berada di zon tersebut. "Jangan risau, tak ada kaitan dengan dia." Boleh caya ke mamat pendek ni? Aku menjeling dia.Tanpa disedari, aku sudah berada di hadapan pintu bilik pelajar. Tangan aku menggeletar, tiba-tiba Jimin membuka pintu dan menolak aku ke dalam bilik tersebut. "Yah sunbae! Apa ni?" Aku mengetuk pintu dari dalam sebab aku tidak boleh memulas tombol tersebut. "Mian! Semoga awak survive dalam tu." Jimin melawak. Siaplah mamat tanpa jams ni bila aku dapat keluar dari bilik ni.
"Ah!" Aku menjerit apabila seseorang menolak aku ke dinding. Jin sunbae? "Hey budak. Apa yang kau dah buat dekat aku? Aku asyik risau bila kau tak tegur aku dah. Kau pun asyik larikan diri. " Dah kenapa dia ni, dulu tengking aku. Ni apa kes? "Sunbae, lepaskan saya. Kalau tak saya report dekat cikgu, ibu bapa saya, kawan-kaw--" Sebelum ayat aku habis, dia memeluk aku dengan erat. "Mianhae sebab bencikan kau. Stop lari daripada aku lagi." Dia senyum. Waduh waduh, hatiku mau cair. Aku dan Jin sunbae menatap mata masing-masing dengan lama. "Ehem ehem..." Suara batukan yang direka-direka oleh Jimin mengacau moment kami berdua. "Pergilah, sibuk jelah kau ni." Jin memarahi Jimin. "Sama-sama, aku memang suka tolong member aku dalam kesusahan." Jimin perli dan keluar dari bilik tersebut. "Sudi tak kau jadi yeoja chingu aku?" Aku membalas ya dengan gembira dan memeluk Jin balik.
Di luar bilik ketua pelajar...
"Huh.. Sedihlah kau ni Jimin. Budak tu dah jadi milik orang lain. Kau terlambat..." Jimin mengeluh dan memandang ke arah lain.