OC: Jung Soyeon
Aku seorang tomboy. Tetapi salah ke kalau aku suka seseorang? Tomboy tak bermaksud aku tiada langsung sifat-sifat keperempuanan. Ha ambik kau. Entah wujud ke tidak perkataan tu dalam kamus dewan. Aku dah jatuh cinta pada seorang jantan poyo ni.
Nama dia Min Yoongi. Kami ni kawan baik merangkap musuh. Lebih kurang macam konsep frenemies. Kami ni seperti belangkas melengkapi antara satu sama lain seperti pizza dan cheese. Aku saja reka pepatah baru sebab aku tengah lapar.
"Wey, nampak bola aku tak?" Suga tanya aku sambil merimaskan rambutnya. Aku mengeleng tanda tidak tahu. Sedangkan aku sedang menyorok bola kesayangan dia.
"Ani, tak nampak." Aku nafikan. "Tipu, dalam baju kau tu apa. Dah nampak macam orang pregnant." Dia mengejek aku. Aku mengeluarkan bola dari dalam baju dengan laju lalu baling tepat ke muka dia. Padan muka. Biar huduh muka tu.
"Sakitlah woii!!!" Dia memarahi aku sambil menggosok hidungnya yang sudah kemerahan. "Tolonglah sembuhkan muka aku ni." Dia meminta tolong. "Aku memang tengah tolong pun. Tak nampak ke? Tolong tengok." Balas aku.
Setelah penat bermain, kami berdua duduk di atas bangku berdekatan gelanggang bola keranjang. "Yoongi.." "Hm..." Dia hmm sahaja, menunjukkan dia tengah fokus kepada aku. "Kenapa kau tak ada awek eh? Tak laku eh..." Aku mengusiknya.
"Aku? Tak laku? Hey ni Min Sugalah. Petik jari je dah ramai perempuan beratur." Dia senyum sinis. Aku langsung tidak memberi reaksi apa-apa kerana aku serius.
"Kk, chill." Dia mengangkat kedua-dua belah tangan. "Aku tak minatlah dengan benda alah tu." Aku mengangguk sahaja. "Kenapa kau tanya. Kau nak jadi girlfriend aku ke?" "Apa terjadi kalau aku nak?" Aku memandang tepat ke dalam matanya.
Yoongi mengetawakan aku, dengan kuat. "Aku dengan kau? Itu memang tidak akan terjadi langsung. Aku cuma anggap kau kawan je. Lagipun taste aku jauh beza dengan kau." K aku kena friendzone. Aku hanya menjeling dia, aku tidak boleh menunjukkan bahawa aku terasa dengan ayat dia tadi.
Aku terus bangun dari bangku tersebut lalu lari pecut. Air mata aku dah mula mengalir. Stupid Min Yoongi, aku tidak confess lagi kau dah reject. Tetapi okaylah kan, at least aku dah tahu jawapan dia sebelum aku confess. Itu lebih baik.
"Soyeon-ah!!!" Aku terdengar samar-samar jeritan Yoongi memanggil aku tetapi aku menghiraukan sahaja.