OC: Choi Minha
for ; huangwushupandaWaktu rehat telah tiba, aku sedang mengunyah roti vanila manakala Jimin yang duduk berhadapan dengan aku sedang menyiapkan kerja sekolahnya yang sudah berzaman itu. Sedang aku tengah khusyuk menikmati roti tersebut, Jimin menyebut nama aku menyebabkan aku berhenti makan. "Apa?" "Aku nak tanya kau satu soalan ni. Jangan beritahu sesiapa tau." Dia menghulurkan jari kelingkingnya yang kecil itu.
Aku hanya mengelengkan kepala dan mengaitkan jari kelingking kami sebagai tanda perjanjian, macam kanak-kanak. "Aku suka seseorang." Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati. "O...kay. Jadi?" "Jadi...aku nak kau tolong aku pikat dia. Kau kan perempuan, mestilah kau tau apa yang perempuan suka." Amboi, dia ni baru sedar ke jantina aku memang perempuan.
"Hmm...pada pandangan akulah. Perempuan ni tak suka benda yang remeh. Benda tu mesti ringkas tetapi bermakna" Aku memberi pendapat aku. "Kalau ada orang ni nak luahkan perasaan kepada kau. Apa yang patut dia buat?" Jimin bertanya lagi.
"Peliklah kau ni. Citarasa perempuan yang kau suka tu dengan aku tak semestinya sama." "Jawab jelah soalan aku." Aku menjeling Jimin. "Kalau boleh...aku nak orang tu bagi aku surat cinta." Sejurus sahaja aku memberitahu jawapan aku, Jimin gelak dengan kuat.
"Kau duduk era mana ni? Kliselah kau ni." Dia mengutuk aku sambil ketawa. Aku menumbuk lengannya yang tidak berapa sasa itu. "Kau yang nak tau kan? Janganlah gelak!" Aku memarahinya.
"Jimin, siapa perempuan yang kau suka tu?" "Insan terpilih." Dia sengih umpama kerang busuk.
Aku cuba nasib untuk meneka nama perempuan yang disukainya dengan menyebut semua nama pelajar perempuan yang aku tahu tetapi semuanya salah.
Bertuahnya perempuan itu, aku dah lama simpan perasaan kepada Jimin tetapi dia tidak pernah tahu. Kami mengenali antara satu sama lain sejak tadika dan berkawan baik sehingga kini.
"Kan bagus kalau aku boleh beritahu dia..." Aku bercakap seorang diri dan Jimin juga terdengar. "Beritahu dia apa?" Aku mengelengkan kepala aku. "Tiada apa-apa."
Do you have a map?
Because I keep getting lost in your eyes- Prince Charming -
"Jimin! Tengok ni. Budak tu hantar lagilah." Aku menunjukkan sticky note berwarna merah jambu yang aku jumpa di atas meja aku pagi tadi. Jimin memandang sekilas sticky note itu dan kembali fokus ke bukunya."Ni dah kali keenam dia bagi. Ayat dia makin sweet." Aku senyum sendirian. "Kau syak siapa?" "Aku memandang sekeliling kelas aku dan terbuat eye contact dengan Park Jihoon. Jihoon yang terpandang aku membuat aegyo, aku ketawa kecil melihat kecomelan dia.
Aku memandang Jimin semula, dia sedang menjeling aku dengan muka yang tidak puas hati. Tetapi kenapa? "Aku syak Jihoon." Aku berbisik perlahan kepada dia. "Kau pasti? Aku rasa kau salah pilih oranglah." Jimin menafikan tekaan aku.
"Aku rasa je." Aku mengangkat bahu. "Oh ya Jimin. Bagaimana dengan misi memikat crush kau tu?" Jimin memberi senyuman sinis. "Aku dah buat." "Bila? Kau buat apa? Dia dah tahu ke kau suka dia?" Aku memberi soalan bertubi-tubi. "Adalah...nanti kau tahu juga." Apa ni member simpan rahsia daripada aku, merajuklah.
I forgot your name
Can I call you MINE instead?- Prince Charming -
"Ah, aku lambat sangat." Aku membaca sticky note tersebut lalu menyimpannya dengan kemas di dalam beg aku. Lambat apanya, aku sanggup datang satu jam awal semata-mata nak tangkap Prince Charming yang licik itu.Aku dah guna pelbagai helah nak tangkap penghantar tu tetapi semuanya gagal. Harini aku sengaja datang awal sedangkan kelas bermula lagi satu jam.
Apabila aku memasuki kelas, sticky note tersebut sudah ada di atas meja aku dan hanya Jihoon sahaja yang sudah datang. Aku tidak pelik sebab dia memang suka datang kelas awal sangat. Aku berjalan dan berdiri di depan Jihoon.
"Jihoon...Boleh tak aku nak tanya sesuatu?" Aku mengeluarkan kembali sticky note tadi bersama-sama dengan sticky notes yang aku dapat sebelum ini. "Kau ke yang hantar semua sticky notes ni?" Jihoon mengambil sticky notes tersebut lalu membacanya.
"Wah...kau ada secret admirer~ OMG! Maju dah kawan aku seorang ni" Baiklah, sudah terang lagi bersuluh memang bukan dia yang bagi. "Malangnya bukan aku yang bagi. Kenapa kau tak tanya Jimin." Dahi aku berkerut apabila nama Jimin disebut. "Jimin? Kenapa dengan dia?"
"Kau tak tahu ke? Kebelakangan ni, dia asyik datang sekolah lagi awal daripada aku. Lepas je dia masuk kelas, dia terus balik ke rumah dia sekejap. Aku tau pun sebab aku pernah terserempak dengan dia bila aku sampai sekolah." Jihoon menerangkan dengan panjang lebar. Aku merenung tempat Jimin, memikirkan motif perbuatan dia.
Forever is a long time
but I would spend it with youp/s: boleh kita berjumpa di Taman Yeouido lepas sekolah?
- Prince Charming -
Inilah masanya untuk mengetahui Prince Charming tersebut. Dengan sekelip mata sahaja, sesi persekolahan sudah tamat. Aku terus berlari ke taman tersebut yang memang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan aku.Setelah tiba di taman tersebut, aku mendapati ada seorang lelaki yang memakai uniform sekolah seperti aku. Dia sedang berdiri membelakangi aku berdekatan pokok besar di situ. Aku berjalan menghampiri orang itu.
"Park Jimin? Kau buat apa dekat sini?" Aku pelik dengan kehadiran Jimin di sini. "Kau masih tak faham ke? Akulah prince charming tu." Aku berdiri kaku, tidak mengetahui apa yang perlu aku buat. "Bukan ke kau kata kau suka perempuan lain?" "Aku tipu. Sebenarnya, aku suka kau." Jimin menggaru belakang lehernya, malu akibat dia tersasul perasaannya.
Aku senyum, "Nampaknya cinta aku terbalas." Jimin mengangkat kepalanya, "Jadi selama ni memang kau suka akulah. Bukannya nak beritahu pun." Jimin mula mengejar aku. Malangnya kaki dia yang pendek tidak mampu mengejar aku.
Setelah penat berkejaran sekeliling pokok besar tersebut, kami berehat untuk menghilangkan lelah. Aku mengambil dan membaca sticky notes yang dilekat Jimin pada batang pokok itu.
"Are you a sun? Because you light up my world. Jimin, dari mana kau belajar ni?" Aku mula ketawa, ini memang bukan Jimin yang aku kenal. "Jin hyung yang tolong aku. Dia kata ayat tu sesuai untuk kau." Jimin bermain dengan jarinya. Dia kelihatan comel berbuat begitu.
"Terima kasih. Ia sangat bermakna bagi aku. Untuk balas jawapan kau tu. Ya, aku pun suka kau." Aku memberi senyuman paling manis.
💜 nae maeum soge jeojang 💜