OC: Min Jiwoo
Jung Hoseok. Pesaing aku dalam bidang tarian dari mula-mula dia memasuki akademi menari. Asalnya akulah penari terbaik, selalu mewakili akademi tersebut ke setiap pertandingan sampai ke peringkat antarabangsa.
Kini, aku tidak lagi diberi perhatian kerana Hoseok telah merampas takhta aku. Maruah aku tercalar.
Semua pelajar telah keluar dari kelas menari meninggalkan aku keseorangan. Aku tidak mahu balik lagi kerana aku ingin membaiki tarian aku supaya menjadi lebih perfect. Aku akan buktikan aku lebih hebat daripada lelaki bermuka kuda itu.
"Satu, dua, twist!" Aku bercakap sendirian sambil menari. Aku tidak menyedari bahawa ada seseorang telah memasuki bilik tersebut, memerhatikan aku dari cermin besar. Aku khayal dalam muzik yang kuat di dalam kelas tersebut.
Aku menamatkan tarian aku dan tercungap-cungap menarik nafas. "Sungguh hebat." Aku terdengar tepukan dari belakang aku. Aku tidak perlu memusingkan badan, aku boleh lihat bayangan Hoseok pada pantulan cermin besar di depan aku.
"Apa kau nak? Pergilah balik." Aku menghalaunya. Aku tidak mahu dia mengkritik tarian aku kerana itu memang hobinya. Apa yang aku buat mesti salah di depan matanya dan aku perlu ulang banyak kali sampailah tidak nampak cacat cela bagi dia.
"Nampaknya prestasi kau semakin baik. Biasanya kau kayu semasa menari sebelum ni. Fattah pun tidak sekayu kau." Ehem, ini pujian ke hinaan. Aku menghadapnya dengan tangan yang bersilang, acah garang je ni.
"Daripada dulu lagi kau memang tidak puas hati dengan aku. Apa masalah kau?" Aku terus menanyakan soalan yang memang aku teringin mengetahui jawapannya. "Tiada sebab." Dia memberi senyuman innocent.
Aku tidak mahu berada di dalam satu tempat dengannya terlalu lama, ia hanya membuatkan aku menjadi bad mood. Aku mengambil beg aku dan terus beredar keluar.
"Cute." Komen Hoseok sendirian setelah Jiwoo keluar. Dia sengih seorang diri seperti kerang busuk.
"Baiklah, saya rasa semua pelajar dah tahu bahawa akademi kita akan menyertai World of Dance Competition peringkat kebangsaan. Pemenang akan mewakili negara kita ke New York!!!" Ujar Mr. Wang dengan teruja. Suasana kelas mula menjadi bising dengan bisikan para pelajar.
"Semua sila diam." Mr. Wang mula menepuk tangan dengan kuat untuk menarik perhatian semua pelajar. Aku memandang Hoseok sekilas dan aku perasan dia senyum kepada aku tetapi aku menghiraukannya.
"Jung Hoseok dan Min Jiwoo terpilih. Yang lain boleh keluar. Jumpa minggu depan." Kejap, aku terlepas apa-apa ke. Kenapa masa berlalu dengan cepat. Aku memandang sekeliling dan baru menyedari bahawa pelajar lain telah mula beredar.
"Jiwoo dan Hoseok sila ke sini." Aku terus bangun dan berjalan ke arah Mr. Wang dan Hoseok. "Kamu berdua terpilih jadi saya tidak ingin mendengar apa-apa alasan. Pertandingan ini secara duet dan kamu berdua terpilih kerana kehebatan kamu."
Kami berdua saling berpandangan, aku mengeluh dengan kuat. "Baiklah cikgu..." Aku bersetuju sahaja. "Bagus! Jadi cikgu nak kamu berdua bekerjasama dan kalau ada apa-apa masalah jumpa cikgu." Kami melambai tangan ke arah cikgu sebelum cikgu keluar.
Ini adalah satu nasib malang! Dalam banyak-banyak orang, kenapa aku perlu berduet dengan dia? "Jadi kau ada idea?" Hoseok meminta cadangan aku.
Sepanjang latihan untuk pertandingan, aku dan Hoseok asyik berbeza pendapat pada mulanya. Kami asyik bergaduh sampai aku pernah tertumbuk perut dia.
Akhirnya, kami berbaik dan dapat bertukar pendapat dengan tenang tanpa menyerang antara satu sama lain. Aku sedar Hoseok berusaha untuk berbaik dengan aku tetapi aku masih curiga sebab layanan dia seperti seorang teman lelaki. Jangan-jangan... Merepeklah kau ni Jiwoo! Mustahil dia suka kau. Aku menampar pipi aku dengan perlahan.
World of Dance Competition
Aku melihat banner tersebut. Aku dan Hoseok sedang mendaftarkan nama. Aku melihat para peserta lain, ada yang aku sudah kenali dan ada yang aku baru bertemu. Aku sudah rasa berdebar.
Hangat, itu yang aku rasa pada tangan aku. Aku memandang Hoseok tetapi dia memalingkan muka ke arah lain, mukanya merah. Aku tersenyum kecil lalu mengeratkan lagi pegangan tangan kami. Aku faham, dia cuba tenangkan aku.
"Peserta ke tujuh. Sila naik ke atas pentas." Sudah tiba masanya, aku dan Hoseok berjalan beriringan ke arah pentas. Ramai orang yang berada sepanjang laluan kami memberi kata-kata semangat.
Aku dan Hoseok mula menari, aku cuba menghilangkan rasa takut dengan memandang mata Hoseok sepanjang masa.
Kami menamatkan persembahan dengan pergerakan terakhir iaitu aku berpusing 360° dan berada dalam pelukan Hoseok.
Orang ramai berdiri dan mula bertepuk tangan. Kami berdua menghiraukan orang lain, terlalu sibuk merenung muka masing-masing.
Tanpa aku sedari, Hoseok telah mendaratkan bibirnya pada dahi aku dengan sekelip mata. Aku yang kepenatan dan masih tercungap-cungap terus menyedut lebih banyak oksiJIN akibat terkejut dengan tindakan dia. Dia hanya ketawa melihat reaksi aku dan mengeratkan lagi pelukan kami berdua.
Hoseok berbisik perlahan ke telinga kiri aku, "Aku tak kisah kalau aku tak menang pertandingan ni, aku hanya nak memenangi hati kau." Adakah ini chia chia kawanku sekalian?